Saya... Nak buat cerita bersiri.. ππ tapi malangnya.. Saya akan malas tulis sambungan citer tu.. ππ.. Hopefully saye boley buat ciet bersiri lagi.. Alamak typo lah pulak.. Malas nak padam.. *citer.. Heyhey.. Ehh.. Lupa pulak nak cakap.. Saya nk cietr sikit pasal.. Aku lihat.. Ungu! Cerita tu cerita bersiri.. Tapi.. Setiap episodnya cerita semua lain2.. Ni saya nak kupas sikit pasal.. Aku lihat.. Ungu! Part 1..
Izzah Salim tak tahu makhluk itu apa sebenarnya. Mungkin bunian. Atau makhluk halus. Tapi dia tidak mahu ambil tahu. Yang dia tahu, dia nak rahsiakan daripada orang lain. Takkan lah dia nak menjaja cerita pasal makhluk itu. Sudah cukup dia ketakutan bagai nak tercabut nyawa ketika bersua muka dengan gadis berjubah ungu itu. Tetapi, secara jujur lagi zahiriahnya, dia juga mahu tahu apa dan kenapa mahkluk itu berada di situ. Tetapi apa kan daya. Dia tidak mampu. Dia takut. Dia bukan seorang yang kuat semangat. Apatah lagi yang punya jati diri yang jitu. Dia tidak berani. Biarlah apa yang dilihatnya, dia sahaja yang tahu. Bila tiba waktunya nanti, baru dia akan ceritakan pada mereka tentang perkara itu. Itu pun, kalau dia terpaksa...
Itulah yang difikirkan Izzah Salim semasa menyapa Aqilah dan Syirah ketika itu. Namun, tanpa disedari, gadis berjubah ungu dan bermuka separuh hitam terbakar itu, sedang merenung penuh geram kepadanya. Tetapi makhluk itu tidak akan melakukan apa-apa kepadanya. Kerana makhluk itu, bunian yang tidak mengapa-apakan kanak-kanak yang bersalah. Bunian itu mengeluh dan perlahan-lahan berpaling dan menghilang. Secalit senyuman manis menghiasi bibir gadis berjubah ungu itu. Dia sudah punya teman selepas ini..!

Aku lihat.. Ungu! Part 1
PURPLE/UNGU
Pagi itu, cuaca dingin membekukan dedaun yang segar dititip embun. Ayam jantan kedua berkokok menjamah pendengaran. Langit yang mula menunjukkan sinar masih belum berawan. Bulan pun sudah pergi diganti mentari pagi. Sayup-sayup burung berkicauan lagi.
"BANGUNNNNN!!!!" Jeritan Sarah menggegarkan seisi bilik dorm yang agak sempit.
Terpisat-pisat mata Aqilah dibuatnya mendengar lolongan pagi-pagi itu. Nak aja diluku bertubi-tubi si Sarah ni. Dahlah buat onar pagi-pagi. Nak menjerit, jeritlah dekat tengah-tengah alam dalam dorm tu. Ini disampuknya Aqilah sebelah telinga. Mahu pecah gegendang telinganya. Silap-silap kepala Sarah pun pecah diratah Aqilah. Nasiblah pagi-pagi macam ni dia tak ada semangat nak bergaduh. Kalau tak dah di wrestlingnya Sarah.
"Ya allah!! Bangunlah... Dahlah tak solat, tido terbongkang, bangun lambat pulak tu!! Hei bangunnn.. Orang nak kemas dorm ni!! Pergilah ikut Syida dengan Syira mandi tu!! Hancing tau tak?!!" Sarah membebel dalam nada tertahan-tahan. Dia mencuit lengan Aqilah berulang kali.
Aqilah yang terganggu terus bangun bersila di atas hamparan tilam nipis di lantai. Mukanya blur memproses kata-kata Sarah. Ditenungnya Sarah lama dengan mata yang hampir terkatup semula. Mulutnya masih berat bertutur. "Tak boleh solatlah...." Jawabnya perlahan. Dia kemudian bangun membuka locker.
"Aku tak tanya pun.. Haa dah bangun tu pergi mandi sekali.. Kambing pun tak macam ni.. Dengan air liur basinya.. Dah lah pakai bedak sejuk tak sapu dekat dagu.. Bertepu semua tempat sampai ke rambut.. Tapi dagu tak kena.. Dah pergi mandi.." Bebelan Sarah ditelan bulat-bulat oleh Aqilah. Dia kemudian mengambil roti gardenia dan menjamah sedikit sebelum memakai tudung untuk ke tandas.
"Bising betullah kau ni.." Aqilah buat muka mengejek Sarah yang masih lagi duduk mengeringkan rambut.
>>>>>>>>>>>>>>€>|<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Sebuah diary berwarna ungu bertatahkan kelip-kelipan tersadai kemas di atas meja Aqilah. Syira yang paling awal naik ke block untuk sesi prep pagi pada hari Sabtu itu masuk tanpa menyedari kehadiran buku itu. Setelah dikemas sana sini di atas mejanya, dia mengeluarkan sebuah diary coklat yang ditulis perkataan 'GOOD DIARY IS MY GOOD DREAM'. Dia kemudian menyelak beberapa helain muka surat sebelum terhenti pada satu muka surat yang membuatkan beberapa titisan air mata menitik dipipinya. Kemudian ditutup kembali diary tersebut lalu diseka air matanya. syirah bangun untuk ke meja Syida. Adik kembarnya yang tidak sekepala.
"Ape benda ni? Macam diari je.. Aqilah punye ke? Dh lah pepel.. Tp aqilah suke warne oren kan?" Diari yang berada kemas di atas meja itu dibelek lama oleh Syirah sebelum tiba-tiba terkejut apabila disergah oleh seseorang.
"Ya allah.. Kau nak ape?! Terkejut akulah.." Marah Syira. Mukanya berkerut sambil tangannya mula memainkan function. Aqilah senyum sumbing.
"Apa tu? Kau rembat sape punye diary neyy?" Diary yang berada ditangan Syira beralih tuan.
"Entah.. Bukan kau punya ke? Aku ambik dari tempat kauuuu.."
"Eeeeiiik?! Masa bila pulakkkk...." Aqilah diam. Dia membelek diary itu sebelum mengambil keputusan membukannya.
"Dream of PurpleLand." Sebutnya setelah membaca perkataan pertama yang dilihatnya pada muka surat pertama.
"Jom lah bace... Ni ni.. Ape niii?" Coretan pertama pada muka surat ketiga diteliliti..
[[ 1/2/2013|
KAWAN-KAWANA BARU KU CERITA,
INDAHNYA BILA ADA,
YANG SELALU MEMERHATI,
DAN TAKE CARE ABOUT KITA...
TAPI BAGI AKU...
SESUATU SEPERTI ITU..
SUDAH SINONIM DENGAN HIDUP KU..
DENGAN KATA LAEN...
WARNA MERAH YANG DIGERUNI..
BAGAI DARAH PEKAT DARI TUBUH SEORANG MANUSIA PON..
AKU DAH TAK AKAN TAKUT..
SEBAB...
HANYA AKU ADA KEBOLEHAN INI...
DARAH ITU..
TAK AKAN MENJADI MERAH LAGI..
KALI INI..
DREAM OF PURPLELAND KU..
MENJADI KENYATAAN!!!
|Lover of Purple / Miss. P|]]
"Apa nii?" Syira menolak kuat buku itu. Bulu romanya meremang. Sekali lagi dia menekup telinga dan mata...
"Relex lah.. Nak baca lagi ke tak nak ni?" Aqilah sudah menyuakan diari itu untuk kali kedua. Syira geleng. Sudah malas untuk mengambil kisah tentang diari itu lagi. Aqilah meneruskan bacaan.
"Ehh.. Peliknya... Cuba kau dengar ni.."
[[ 1/3/2013
Aku sukaaaa...
Sukaaa sangat dengan anak mata ni...
Aku tak tahu apa yang jadi...
Tapi anak mata aku..
Berwarna unguu!!
Walaupun hampir ditoreh oleh gengster yang cuba merompak ku..
Anak mata ini..
Yaaa, dialah penyelamat ku..
Walaupun dunia ku kini penuh dengan ungu!!
Aku tak kisah..
Kerna aku hanya cinta ungu..
Tiada yang laen..
Warna laen akan buat ku terluka..
Seperti tumpahnya darah ungu ku..
Bila air mata ungu ku mencurah..
Membasuh luka yang ungu..
Tetapi kini..
Tiada lagi warna lain..
Selain UNGU!!
|Lover of purple]]
"Okey pelik.." Kali ni Syira menepis buku itu sekuat hati lalu tercampak.
"Syira.. Ambik balik.."
"Ehh awal korang naik.." Belum sempat pergaduhan dipanjangkan Sarah dan Syida memasuki kelas dengan wajah ceria. Mematikan terus kata-kata Aqilah.
"Budak ni lah yang naik awal giler.. Aku naik pukul 8.05 tadi.. Aku tengok dia dh ade dok belek diary tu.. Ehh, mane diary tu? Syira kau dah ambik ke?" Aqilah memandang arah tempat tercampaknya diary tadi. Ghaib!! Diari itu sudah hilang dari pandangan. Aqilah memandang Syira meminta jawapan sebelum Syirah menggeleng pasti.
"Seriesly tak!! Diary tu dh lah seram.. Mane pulak bende tu pegi.. Gi lah cari.." Syira menolak bahu Aqilah sedikit ke arah tempat buku itu diyakini tercampak.
Tanpa mereka sedari, seorang gadis sedang memerhati kelakuan mereka dengan wajah pucat. Ya! Dia nampak segalanya. Dari bagaimana buku itu berada di atas meja Aqilah, sehinggakan bagaimana buku itu hilang sekelip mata. Dia yang mempunya kelebihan deria keenam. Izzah Salim! Gadis itu hanya diam dan berlalu pergi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Izzah Salim ialah orang yang paling awal naik ke block. Dia ingin mencari satu ruang untuk mengkhaskan waktu itu hanya untuk belajar. Lagi pun, setiap hari kerja sekolah hanya dibuat main-main sahaja. Jadi dia ingin menggunakan masa itu sebaik mungkin. Dia terfikir untuk pergi ke tandas sebentar sebelum memulakan sesi ulangkajinya pada hari itu. Sebaik menaiki tangga ketingkat tiga, izzah terkejut. Dia menggigil sendiri. Dilihatnya satu figura berjubah ungu bersih sedang melalui koridor itu memasuki kelas 2.2. Figura itu membawa bersama sebuah diari ungu yang cantik berkelipan.
Tanpa disedari Izzah, figura itu dapat mengesan kehadiran Izzah sebaik sahaja terlihat pantulan wajah Izzah yang sedang berdiri di tangga melalui cermin di atas meja Aqilah. Mungkin figura itu terkejut atau tidak mahu dilihat, dia terus meletakkan buku ungu itu diatas meja Aqilah. Atau lebih tepat, mungkin terjatuhkan buku itu di atas meja Aqilah. Figura itu berpaling untuk mendapatkan semula buku ungunya. Tetapi sebaik sahaja dia berpaling, dia melihat Izzah sudah terjelapok ke lantai memandangnya penuh ketakutan sambil air matanya laju meluncur turun.
Izzah dapat melihat jelas. Wajah lembaga itu. Sabahagiannya berwajah manusia normal. Yang pucat lesi bagai tiada aliran darah lagi di badannya. Yang sebelah lagi bahagian wajahnya..!! Hitam!! Bagai terbakar... Hodoh dan sangat menjijikkan... Izzah tak dapat berkata apa lagi. Dia terus terjelapok duduk tanpa disedari air matanya kini sudah laju mencurah-curah.
Lembaga itu tiba-tiba hilang. Ghaib. Lesap dari pandangan. Buku di atas meja Aqilah kekal pegun. Tidak berganjak sedikit pon.
Izzah masih tercegat disitu sehinggaLah dia mendengar derapan tapak kaki seseorang dan mendapati itu Syira. Izzah cepat-cepat bergerak menuju ke tandas sambil menyeka air matanya.
Izzah keluar dari tandas. Dia sudah lupa peristiwa tadi. Dia berjalan dengan riang sambil melintas kelas 2.2. Sebentar dia teringat peristiwa tadi semula. Wajahnya terus pucat lesi. Apatah lagi sebaik sahaja dia memandang ke dalam kelas tersebut, dia melihat Aqilah dan Syira sedang membaca buku ungu itu. Sewaktu itu, Izzah saja yang nampak. Bertapa menakutkannya wajah gadis berjubah ungu itu yang sedang merenung ke arah dua orang gadis yang sedang membaca buku itu. Sebentar gadis berjubah ungu itu hilang. Sehinggalah Syira tercampak buku ungu itu. Izzah terlihat. Satu tangan hitam, reput dan nampak menjijikkan mengambil buku yang tercampak dilantai itu tanpa disedari Aqilah dan Syira!
SEBAB AKU.. SUKA UNGU..
"Wei, bosan.. BOSAN!!" Hambur Ayunie. Dia membuat muka masam.
"Lisa.. Tak nak citer ape-ape ke?" Maryunie kembar Ayunie yang kebosanan mensarankan Lisa supaya bercerita sesuatu.
"Yelah. Awak tu kan penuh dengan cerita pantasi n hantu awak tueh.." Ayunie kembali bersemangat setelah menyedari mungkin ada topik yang bakal Lisa sampaikan selepas ini.
"Hmm.. Saya nak cerita...Saya tak pasti ni cerita betul ke tak.. Tapi... Korang dengar dulu citer ni.. Citer ni.. Berlaku dekat kampung Hilir, seberang Kota Anjung.. Dekat kampung sebelah tu..."
ππππππππππππππππππππππππππ
"Inaaa!! Ina sayang!! Ina kat mana..?!!!" Suara jerit pekik seorang wanita memenuhi segenap ruang .
"Inaa!! Inaa!! Baliklah!!! Jangan buang kami risau!!!" Seorang wanita lagi kedengaran terjerit pekik bagai nak terkeluar anak tekak.
"Ini semua salah Ayu, mak! Salah Ayu..!! Kalau lah Ayu tak cakap kasar-kasar dengan Ina tadi.. Mesti Ina takkan buat cam ni, mak.." Rintih Ayu. Ya. Perasaan bersalah menggunug di dalam benaknya. Manakan tidak. Seluruh anggotanya bagai nak tercabut. Otaknya bagai tak dapat berfikir lagi.. Organ pernafasannya pula bagai sudah tidak mampu menampung udara. Dia tahu adiknya tidak boleh dimarah dan dikasari. Adiknya itu seorang yang senang berkecil hati. Mungkin sebab statusnya yang seorang OKU kerana terencat akal itu.
"Maafkan kakak Ina!! Maafkan kakak.. Kakak bersalah.. Ina.." Rintihan Ayu kedengaran mendatar. Dan ketika itu, hujan lebat mula mencurah-curah turun membasahi bumi.
Ayu yang sudah terjelapuk duduk di tanah bagaikan tiba-tiba terkejut bagai terkena kejutan elektrik. Dia seperti terkaku dan badannya mengejang. Matanya tidak kelihatan tompok hitam lagi. Air mata yang tadinya jernih tiba-tiba berganti warna. Yang tadi putih jernih, kini berubah seratus peratus kepada warna ungu. Untu dengan sedikit calitan merah. Ungu warna kesukaan Ina.
Dua orang wanita yang dari tadi tidak mampu untuk berkata apa-apa terkejut melihat perubahan drastik pada anak gadisnya. "A.. Ayu.. Ayu!! Kenapa ni?" Puan wardi tercungap-cungap mengambil nafasnya yang sesak dik hujan lebat yang bagai menghalau mereka dari terus berdiri di buminya itu.
"MaKkk~~~~~" Ayu merengek sakit. Ada sesuatu yang sedang mencengkamnya dan membuatkan dia tidak boleh bergerak.
"Ayu.. Ayu.." Ayu terdengar suatu suara yang amat dikenalinya memanggilnya.
"Tak habis-habis Ayu.. Aku pun manusia jugak... Kenapa nak asyik bangga dengan Ayu?!" Suara itu bergema lagi. Tetapi yang peliknya. Suara itu hanya didengari Ayu yang kejang itu sahaja.
"Aku tahu aku OKU!!! Aku tahu aku tak pandai!!" Suara itu bergema lebih kuat. Sehingga menghasilkan sedikit gegaran pada bumi.
Tiba-tiba, disebalik hujan lebat yang mencurah-curah bagai tiada penghujung itu, seorang gadis berbaju ungu dengan rambut perang muncul dengan wajah yang masam mencuka. Matanya tepat menikam si kakak.
"Pergi mati!! Pergi mati!! PERGI MATI!!!"Tengking Ina sebelum kilat sabung menyabung. Dan..
TUMMMMMM!! ⚡️⚡️⚡️
Kilat memanah ke arah pokok menyebabkan pokok tersebut tumbang. Dan terus jatuh menimpa ketiga-tiga orang wanita itu. Ayu menjerit sekuat hati. Ayu ditimpa pokok tersebut. Pokok yang berat tersebut menimpa badannya membuatkan semua tulang temulang serta orang dlamannya berkecai. Malang tiba berbau lagi kepada Puan Wardi Dan Puan Ainu kerana mereka masing-masing dihempap pokok dikepala menyebabkan kepala mereka pecah teruk. Kepala Puan Wardi pecah sehingga menampakkan otaknya dan darah pekat mula mewarnai hujan disekelilingnya. Manakala Puan Ainu pula sehingga terkeluar segala isi, mata dan seluruh kepalanya hancur sehingga tidak nampak rupa kepala lagi.
"Mm.. Ma.. Maafkan.. K.. Kakak.. Ina.." Dengan tenaga yang masih ada, Ayu mengatur kata sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ina tersenyum. Air matanya berjuraian turun bagaikan hujan. Air mata yang tadinya perlahan kini deras dan bersatu dengan air hujan.
Keesokannya... Orang ramai terjumpa mayat Ayu, Puan Wardi dan Puan Ainu. Tidak jauh daripada tempat mayat mereka ditemui, mayat Ina kelihatan seperti membunuh diri. Batang buluh yang panjang dan tajam kelihatan ditusuk-tusuk di badan oleh Ina sendiri. Dia kelihatan seperti.. Membunuh diri. Dengan matanya yang masih terbuka. Dan mulutnya yang tersenyum menyeringai. Baju ungu yang dipakai, sudah basah dengan kesan darah dan kesan hujan.
☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️
"Weyh.." Maryunie yang sudah meremang menyiku-nyiku Lisa.
"Seram kot.." Kata Maryunie lagi.
"Kan.. Kau pulak?" Tanya Lisa kepada Ayunie. Ayunie hanya senyum.
"Tak lah cerita tu salah. Ina yang buatkan Ayu tu sedih. Dan Ayu tulah yg bunuh diri tu. Yang kene hempap pokok tu Ina.." Ayunie berkata pula.
"Hek eley.. Konfiden je jawab.. Mana kau tahu.."
"Sebab aku.. Suka warna ungu.." Ayunie tersenyum sambil terus berlalu. Lisa kaget.. Dia tidak faham. Dia keliru.
"Apahal Ayuni tu, Mar?"
"Ayuni apa pulak kau ni?" Tanya Maryunie dengan nada hairan.
"Kembar kau tulah.. Hadui.. Nak buat lawak bodo pulak.." Lisa tergelak kecil. Gelak pura-pura. Dia rasa tidak sedap hati.
"Kembar? Wei.. Kau ni merepek!! Aku?! Kembar.. Hahahhaha.. Kelakar.. Kau ni.kan.. Dekat sini mana ade orang nama Ayunie... Ape lah.. Kau ni dah terikut-ikut dengan cerita kau tulah.. Ehh.. Tak silap aku.. Budak yang kau cerita tu.. Namanya sebenarnya Ayunie.. Orang panggil dia Ayu.. Tapi sebenarnya.. Bukan Ina yang suka warna purple.. Dan bukan Ina yang bunuh diri tu.. Yang suka warna purple dan bunuh diri tu.. Ayu tu lah.." Kata-kata Maryunie membuatkan Lisa rasa mahu rebah.
"Habis tu tadi aku cerita dengan siapa..?" Tanya Lisa dengan keadaan bingung. Bertambah lagi rasa takut yang sudah menjalar hingga ke seluruh urat tulangnya.
"Aku 'je' lah.. Hishh.. Kau ni.. Buat aku meremang je.." Maryunie mengerutkan dahinya. Lisa gelabah. Seluruh tubuhnya menggigil. Dan dia.. Pitam dengan seribu persoalan dan ketakutan yang tidak terhingga.
Tahun Baru Qaira Hazira
[just for fun]
Nama aku Hazira. Nama panjang Haziiiraaaa... Hehehe, tak adalah.. Nama sebenar aku Nur Hazira Qaina bt. Hazeeri. Orang panggil aku Haz je. Tapi untuk orang yang rapat sangat dengan aku jelah. Kalau rapat tak rapat macam tu panggil aku Zira. Kalau guru-guru atau seangkatan dengannya akan panggil aku Hazira. Tapi, hanya saudara mara akan panggil aku Ira. Family pulak panggil angah Haz je. Banyak kan nama panggilan aku? Biasalah orang famous macam aku mesti ada banyak gelaran.
Hari ni, hari pertama dalam 2015 aku bersekolah. Exited tak exited jangan cakaplah. Aku pon tak tahu aku ni exited ke tak. Masa baru budak sekolah rendah dulu, setiap kali tahun baru mesti exited. Tapi sekarang hambar je. Pagi ni, aku bangun awal. Bukan pasal bersemangat sangat, tapi pasal aku tak lena tidur sebab stress skolah dah buka. Oh No ?!!
"Angah Haz!!! Bangun cepat!!" Pagi-pagi lagi mama dah memekik panggil nama comel aku ni. Wal hal aku dah bangun dari pukul 5.30 tadi. Sakit kepala aku dengar pekikan mama.
"Angah Haz dan bangun lah ma." Jawab ku malas. Aku yang sudah siap beruniform mula mendamparkan badan ke atas katil comel aku ni. Aku malas nak turun awal-awal. Kalau aku turun awal-awal tak pasal-pasal kena buat itulah inilah. Tak pun mesti mama soal siasat aku kenapa aku bangun awal sangat hari ni. Aku langsung tak peduli kalau baju aku berkedut balik. Lantaklah berkedut pon. Orang pergi sekolah nak belajar bukan nak cantik.
"Dah tu cepatlah turun!!" Suara mama bergema lagi. Mengeluh aku mendengar pekikan tak berinsuran mama ni. Perlahan-lahan aku bangun dari pembaringan nak mencapai beg galas purple ku. Aku menggagahkan diri untuk turun ke ruang makan.
Dari tangga lagi aku dapat lihat kelibat beberapa orang sedang duduk kusyuk di meja makan. Alamak banyak lemak, adalah pula orang-orang sewel yang dah turun dulu dari aku kat situ. Masak lah aku macam ni. Dah lah aku selalu jadi bahan dorang. Sakit pulak otak aku tengok manusia berdua tu.
"Oi oi oi.. Loser dah bangun lah... Haaa, meh sini loser duduk dengan si cantik kat sini ye." Haa, kalau nak tahu yang nilah kakak sulung aku. Nama dia Nur Haziqah Qirana. Aku panggil dia Along Iqa je. Dia ni memang kaki buli dan kaki maki. Tak habis-habis ayat sentap dia bagi kat aku. Aku sebagai adik ni hanya mampu berserah kepada allah. Kakak aku ni aku panggil cekodok kodok. Dah lah perasan cantik padahal muka sebijik macak kodok belakang rumah Pak Wan.
"Alah alah si sememeh ni.. Aku ingat kan kau masih buat air liur basi lagi tadi. Awal bangun yek. Mimpi ngeri ke?" Satu lagi soalan menyakitkan hati dari kembar along Iqa aku ni. Dia ni satu-satunya anak lelaki dalam keluarga ni. Dia yang paling bongsu dalan kembar tiga. Nama dia ni Haiziq Qairan. Orang nombor dua paling mnyakitkan hati. Dia ni kah sekutu along Iqa. Elok-elok mama dengan papa suruh aku panggil dia along Iziq tapi aku panggil dia muka spender. Sebab malam-malam dia tidur dengan spender dekat kepala. Ahahhahahah.. Selekeh gile. Harap muka je cun.
"Jangan kacau dialah. Tak matang langsung." Suara gemersik halus yang mebuatkan aku tersenyum lebar mendengarnya. Sudah tentulah suara along Ima. Siapa lagi yang akan protec aku masa-masa macam ni. Nak harap kan mama, mama malas nak ambil peduli kalau perkara tu dia tak dengar sangat. Along Ima ni kembar ke dua dari triplet ni. Nama sebenar dia Nur Haizimah Qairini. Aku paling sayang dia antara tiplet bertiga ni. Dia selalu protec aku kalau aku kena bash dengan si cekodok kodok dengan muka spender ni. Maklumlah aku ni jenis yang tak melawan orang yang lagi tua dari aku. Cerita pasal along Iama ni aku dengar sebenarnye along Ima ni banyak peminat tapi dia ni jenis yang alim sikit. Sebab tulah dia tak minat dengan benda-benda macam ni. Lagi pun dia ni garang and tegas orangnya. Mesti lelaki-lelaki takut nak dekat. Dah lah ada skill karate walaupun baru level kuning.
"Biarlah.. Angah Haz suka kan along Iqa dengan along Iziq buli kan?" Satu soalan bodoh menerpa ku yang diajukan oleh Along Iziq. Matanya membuntang membeti amaran. Aku mals nak menjawab. Terus aku berlari mendapatkan Along Ima. Dengan cara tu je aku dapat diselamatkan. Biasalah, along Iqa dan along Iziq pun takut dengan along Ima yang garang mengalahkan singa. Along Ima hanya akan berlembut dengan mama, papa, aku dan dan Iya. Adik aku yang terakhir.
"Meh sini angah duduk sebelah along Ima eh.. Jangan layan budak sewel dua orang tu." Along ima baik memeluk bahu ku. Aku tersenyum gembira. Aku menjeling tanda menang ke arah dua orang along gile yang tidak berperikemanusiaan itu.
"Ape hal pagi-pagi ni kau bisu pulak?" Laser sungguh lah mulut si along Iqa ni.. Orang tengah tak ade mood ni.
"Tak de mood.." Aku akhirnya bersuara juga. Aku memandang Roti telur cheese di hadapan ku yang baru dimakan segigit.
"Kesah apa.." Dengar tu jawapan sengal menonggeng dari si along Iqa ni. Kau yang tanya aku, kau boleh jawab macam tu. Nak aje aku bidas. Nasib aku tak ada mood nak berlawan kata. Kalau tak mati kutu kau nanti aku kerjakan. Buat sakai aje pagi-pagi dengan lawak bangang berbaldi dia tu.
Sebenarnya along Iqa dengan along Iziq ni bukannya jahat sangat. Diorang ni nampak je macam tu tapi dia memang orang kata save on aku dengan Iya adik aku yang berumur 10 tahun kat sekolah. Pantang dia kalau ada orang sakitkan hati adik dia, tapi kalau dia yang sakitkan hati aku tak apa pulak. Sewel punya dua orang along ni. Bila depan aku macam taiko segala teko. Depan kawan-kawan macam baik sangat. Puih lah weh.. Geram aku dengan dua cempedak busuk bergolek-golek ni.
"Mama, angah nak pergi sekolah dulu lah. Angah jalan kaki jelah hari ni." Aku bangun dari kerusi. Roti yang berbaki suku aku biarkan. Aku pandang along Ima dan bersalam dengannya. Makcik sorang ni dah berkedut muka macam mak nenek dah aku tengok. Along Ima kelihatan tidak bersetuju. Tapi aku tahu dia tidak suka mengongkong ku. Mama yang baru hendak duduk di kerusi terus tak jadi duduk. Sampai macam tu sekali nak bantah.
"Kenapa? Bas kan akan sampai sekejap lagi? Angah Haz nak melencong ke?" Mama serkap jarang bertanya padaku . Amboi, bukan main lagi ye fikir mcm tu.
"Tak lah. Malas lah nak jadi tunggul hidup depan rumah. Baik angah Haz pegi dulu je." Aku malas mahu bercakap jujur. Aku tak nak panjang-panjangkan cerita. Nanti habis si dua orang cempedak busuk tu kena marah sebab aku. Tak sanpai hatilah pulak.
"Hmmm.. Boleh ke sorang-sorang ? Tak bahaya ke ?" Mama risau pada ku. Eishh, bila along2 yang dua ekor tu kacau dengan usik aku mama tak risau pulak. Buat pekak tahi telinga dia aje.
"Tak palah mama... Angah kan ada body gurd tak berbayar." Macam lah aku tak tahu yang ketiga-tiga along aku tu selalu spy aku. Nak pastikan aku selamat. Kalau tak tiga-tiga mesti dua atau satu. Tapi selalunya seorang je.
Along Iqa, Along Iziq dan Along Ima terjegil mata,endengar aku menyebut perihal kerjaya tanpa bayaran mereka. Terus mereka berpura-pura tidak mendengar. Aku pun hanya pura-pura tak tahu. "Mama, Angah pegi dulu lah." Aku mencapai tangan mama dengan segera dan terus mengucup tangan tua itu. Nak tunggu mama bagi kata putus sampai bulan depan pun tak pergi sekolah aku jawabnya.
Setelah menyalam tangan mama, aku meraih tangan along Iqa dan along Iziq juga. Walaupun masih geram dengan mereka berdua, tapi tak baik lah kalau aku terus melupakan dua 'body gurd' aku tu.. Karang tak pasal2 merajuk tak bertempat, hilang terus body gurd free aku ni.. Mereka menyambut dengan baik. Setelah keluar dari pintu rumah, aku dapat mendengar kerusi berlaga dengan lantai. Seperti ada orang yang ramai menolak kerusi untuk bangun dengan tergesa-gesa. Pastilah si triplet itu mahu memastikan keselamatan aku. Lantaklah dorang.
Aku berjalan dengan selamat menuju ke sekolah aku yang hanya terletak satu kilometer dari kawasan rumah aku. Aku dapat rasa diekori. Dan aku tahu siapa yang ekori aku sebab masa melalui sebuah kereta disebelah kanan jalan raya aku dapat melihat dengan jelas biasan wajah-wajah along-along aku itu. Biarlah dorang nak buat apa. Asalkan dorang happy. Masuk sahaja dalam kawasan sekolah, aku terus melalui lorong menuju ke kelas aku. Aku tak buang masa, terus sahaja aku duduk ditempat paling belakang dalam kelas. Tujuan hanya satu. Aku tak nak duduk depan. Menyusahkan je.
Sebaik sahaja aku duduk. Tiga orang kawan aku datang berlari ke arah ku. Macam dalam adegan dalam drama hollywood. Macam sepuluh tahun tak jumpa. Padahal baru sebulan lebih. Macam jauh berpisah. Padahal baru kelas lain-lain. Pelik aku dengan geng2 aku ni. Memang jenis yang setia agaknya. Mungkin jugak dorang sedih sebab aku sorang je yang lain kelas dari dorang. Aku sorang je naik kelas. Tapi dorang stay. Aku pon tak kesah. Walupun mungkin aku tak kan ada kawan dalam kelas tu, sekurang-kurangnya dekat luar aku ada kawan. Sekarang, tiba-tiba je aku nampak ada budak kelas aku asyik tengok-tengok dekat kitorang. Tersengih sengih macam kerang busuk. Apa yang lawak sangat. Aku sepak bagi biul terus kepala hotak dorang nanti.
"Haz!!! Sedihlah.. Kenapa kita tak satu kelas.. Kau sorang je pandai..." Nilah Shahiema Abdul Ra'ien. Atau aku panggil dia Shiema. Dia ni yang paling happening dan ceria. Memang gila-gila pulak tu. Tapi sikit je gila2 dia tu. Dia ni memang manja dengan aku. Dia yang orang nombor dua paling tua dalam geng kitorang ni. Aku pulak paling tua. Dia ni jiran aku je. Anak bongsu dari dua orang. Abang dia ni kira mat romeo sekolah ni. Hensem wuh. Tapi, dia ni gila-gila sikit. Aku tahu dia frust bila kami berdua tak sama kelas. Tapi aku walaupun sedih aku malas nak ulas.
"Nak buat macam mana. Dah aku memang pandaikan.." Aku cuba blawak dengan menjadi perasan santan. Bagi menceriakan suasana.
"Puji diri sendiri nampak?!" Masya memegang lengan baju sekolah ku. Dia duduk di kerusi sebelah ku. Memegang erat lengan ku yang berbalut dengan kain lembut. Dia ni jenis yang pendiam. Tak banyak cakap sangat sebenarnya. Tapi dia ni prihatin dan pemurah. Susah nak dapat kawan macam dia ni. Walaupun dia ni jenis yang bila orang tengok nampak sombong, tapi dia ni sangat baik. Nama sebenarnya Airisya Nur Iman bt. Asyaharian. Aku tak tahu apa kena mengena Masya dengan nama sebenar dia. Tapi hanya kitorang berempat panggil dia Masya. Termasuk dengan family dia. Aku pun tak ingat cerita macam mana nama Airisya Nur Iman boleh jadi Masya. Pelik rasanya cerita dia ni.
Seorang lagi kawan hanya mendengar perbualan kami. Si Hanie Hananie bt. Hanan ni memang seorang yang tak bercakap. Kalau Masya jenis yang pendiam dia jenis yang tak nak bercakap langsung. Sampai kadang-kadang ada orang kata dia bisu. Dia hanya akan berbisik je kalau nak bercakap. Dan kalau berbisik hanya pada aku, Masya dan Shiema. Itu pun jarang. Kadang-kadang seminggu dua tiga kali je dia bisik. Kalau orang lain kirim salam jelah. Dia ni yang paling muda dan paling rapat dengan aku. Maklumlah, aku yang selalu layan dia. Nak diharapkan dengan Shiema tu, dia ni jenis yang layan orang yang cakap aje. Masya pula pendiam sangat. Kira kitorang ni geng yang agak bosan lah. Tapi tetap rapat.
"Nanti masa rehat kita jumpa lagi ye. Dah nak masuk waktu belajar dah ni. Korang baliklah kelas eh. Aku tak nak korang kena marah." Aku menghalau dorang dengan cara yang baik. Tidak mahu dorang tidak selesa dikelas yang asing ini.
"Hanie, i sure you want to talk something... But i'm really sorry.. Nanti dekat kantin awak cakaplah yea.." Aku memegang erat tangan Hanie dengan tangan kiri ku. Tangan kanan sudah diraih Masya. Hanie mengangguk sambil tersenyum. Dia melambai buat kali terakhir dan menarik tangan Masya. Dia merangkul tangan Masya seperti pasangan kekasih. Masya pula merangkul tangan Shiema yang senyum tak bergusi. Mereka seia dan sekata berjalan ke kelas sendiri. Aku melentokkan kepala ke atas meja. Masih tiada siapa yang memenuhi ruang kosong disebelah aku. Aku tak kesah pon. Aku ni memang nampak tak friendly sebab tu ramai yang macam tak nak kwan dengar aku. Tapi sebenarnya aku hanya friendly dengan orang yang aku percaya macam Shiema, Hanie dan Masya.
"Hai hoi hui, menantu raja. Buat ape sorang2 tu? Senyap je.. Tak ade kawan ke? Ouhh, lupa semua kawan kau tak layak masuk kelas atas.. Hahahahaha.." Dah mengilai dah suara jantan keparat ayam air liur ni. Semak menyemak je. Sampah menyampah aje dekat sini.
Haa, yang jantan sekor yang tegur aku macam orang tak beradab ni nama dia Hamil. Haaa, memang sesuai nama Hamil tu dekat dia.. Dah lah macam orang hamil asyik nak melenting macam hormon tak stabil. Sikit-sikit nak ejek orang. Dasar jantan santan hutan betul. Dah lah panggil aku menantu raja. Aku belum kahwin lagi eh.. Tolong sikit. Menantu raja tu abang sedara aku, bukan aku lah mamat biul. Dah kena bius ke otak dia ni. Aku dah cakap banyak kali dah.
"Semak.. Semak.." Perlahan aku bercakap. Malas aku nak layan sebenarnya. Aku berpaling ke arah tingkap. Aku tahu jantan depan aku tu tengah berasap. Lantak apa aku. Pagi-pagi lagi dah cari pasal dengan aku.
"Semak? Aku manusialah bukan semak!! Semak tu kau... Hahahahaha" jahat betul budak ni ketawakan aku. Aku tahulah kau tengah tahan sabar. Kesah apa aku.
"Buta ke budak ni. Aku ni manusia bukan semak pokok macam dia. Rambut pun mengerbang macam pokok...." Laser mulut aku membalas dengan perlahan. Mata aku tetap tertancap ke luar tingkap. Aku sengaja perli macam tu. Kononnya tak nak bagi dia dengar. Tapi dalam hati memang aku nak dia dengar.
Apa lagi, berdesinglah telinga dia dengar aku perli rambut dia. Pantang betul dia kalau ada orang ejek rambut ala-ala Hafiz awan nano dia tu. Yelah, dia punyalah bangga dengan rambut mengerbang dia tu aku boleh kata rambut dia macam semak pokok. Berasap terus kepala otak dia. "Hei, budak ni. Kau tak layak lah nak ejek rambut aku ni. Rambut aku ni setaraf artis terkenal tau. Setakat keropok lekor macam kau, aku komfem kau..... Kau... Err, aku tahu lah kau tak tahu fesyen sekarang.. Dasar keropok lekor tak laku..."
Dia panggil aku keropok lekor tak laku? Dah lah cakap tersekat-sekat. Tak tahu apa nak cakap lah tu. Biul betul. Keropok lekor tak laku kau kata aku eh? Betul bengap jantan sorang ni. Kat tangan kau tu apa? Bukan keropok lekor ke? Apa yang tak lakunya. Aku tahulah kau tak tahu nk panggil aku apa, sampai jatuh nama keropok lekor tu. Macam aku tak tahu setiap hari kau makan keropok lekor. Tak laku ke tu? Sampai tiga ringgit pulak tu. Berapalah duit kau bawak setiap hari.
"Tak ada kena mengena keropok lekor dengan rambut semak kau tu. Yang kau tengah makan tu apa? Dahan pokok? Bukan keropok lekor ke?" Bidas aku. Kalaulah ada api kat mulut aku ni, dah lame tersembur dekat muka dia. Biar padan muka mati kejung dekat situ.
"Bengang betul aku dengan minah sekor ni... Panas betul..."
"Dia yang mula dulu, dia yang panas dulu... Tulah orang kata, siapa yang cari api dia yang terbakar..." Aku memerli lagi sebelum sempat Hamil membuka kata-kata pedas dia tu. Kemudian terus aku angkat punggung berlalu dari situ. Aku sengaja nak biar dia malu sorang-sorang. Biar habis merah muka dia macam lipstick mama. Tapi kalau aku ada dekat situ lagi, mesti dia malu jugak kan? Entah-entah jadi hulk versi merah pulak lepas ni. Dari aku tunggu dia jadi makhluk perosak, lebih baik aku chaw. Walaupun sekejap lagi mesti cikgu nak masuk. Aku cakap jelah yang aku tak sihat. Tambahan lagi muka aku masih pucat sebab menahan sakit hati.
AKU berjalan lemah menuju ke kantin. Sebenarnya kau malas nak turun makan di kantin. Banyak faktor yang mempengaruhi kenapa aku malas nak pergi kantin. Pertama, aku malas nak beratur. Kedua, malas nak sesak-sesak cari meja. Ketiga, aku baru kena marah dengan cikgu sebab masuk lambat. Aku dah bagi alasan aku tak berapa sihat. Tapi cikgu tahu aku tipu. Katanya muka aku tak pucat macam orang sakit pun. Wahai cikgu ku yang serba pandai, semua orang yang sakit haruskah bermuka pucat? Kenapa masa aku sakit kaki hari tu muka aku tak pucat pun? Aku sakit mata tak pernah muka pucat... Agaknya cikgu ni terlebih makan kerepek ni.. Tulah yang dah jadi merepek.
Sambil aku jalan sambil aku berfikir. Dalam hati menyumpah seranah si Hamil tu. Sebab dia lah aku kena marah. Dah lah masa aku kena marah, dia boleh gelak kan aku!! Heishhh, panas betul. Kalau slow tu tak pe lagi. Aku boleh buat-buat tak tahu. Tapi dia gelak macam nak bagi tahu satu dunia yang dia tengah gembira sebab aku kena marah. Yang paling bestnya, lepas dia gelakkan aku terus dia jatuh kerusi. Haa, padan muka kau. Paku perang paku serpih, kata orang dia yang lebih. Masa tu aku tahan je nak gelak ni. Aku ni tak delah jahat mana.
Aku yang begitu malas mahu beratur terus sahaja mencari tempat duduk. Malas nak makan. Nanti dekat rumah aku sumbat segala macam makanan yang Kak mama masak. Pembantu rumah rumah aku ni masak memang sedap. Sampai kadang-kadang nak tiru mamam masak. Tapi mama masak lagi sedap. Yang paling aku suka dengan Kak mama ni, dia orang melayu Brunei yang rajin membuat ibadah. Kerja rumah pula selalu beres dalam masa hanya lima jam. Pehh, dahsyat tak dahsyat?
Dari kejauhan aku melihat Shiema sedang melambaikan tangan dengan bersungguh-sungguh. Tak sakit ke tangan tu? Tak payahlah beria-ria sangat. Lambai macam biasa pun aku dah boleh nampak. Kalau lambai bersungguh-sungguh macam tu bukan membantu, lagi menyusahkan adalah. Aku tersenyum sendiri. Kaki ku tetap melangkah menuju ke arah Shiema. Di hadapan Shiema sudah terletak elok sepinggan nasi lemak ayam goreng dan secawan besar Laici kang Makcik Rabeah, pemilik kantin bergred A+ ini. Sebenarnya aku tak berapa gemar makan dekat kantin. Yalah, aku takut karang tak pasal-pasal pembantu yang berekrja kat situ tak bersihkan tangan atau apa-apa jelah kotor. Aku memang lemah antibody. Sekejap je nanti masuk wad lah aku.
Lagi dua minah cute's masih tak nampak lubang hidung. Mungkin sedang beratur membeli makanan. Aku masih belum mahu makan. Tekak aku berasa pahit yang teramat. Tak tahulah apa puncanya. Jangan kata aku nak demam sudahlah. Baru hari pertama kot. Jangan buat hal. Nanti nama aku kena checklist sebagai murid terawal yang ponteng sekolah. Aku memerhati Shiema menyuap nasi lemak ayam gorengnya. Sudah menjadi kebiasaan Shiema makan dengan menggunakan tangan. Bukan kerana dia bergaya kampungan. Tetapi dia memang sering melalkukan sunah Rasulullah SAW. Aku pula? Kirim salamlah kalau nak makan guna tangan dekat sekolah. Kotor baju aku ke tudung aku ke, sepuluh hari sepuluh malam aku cuci sampai tak ada kesan langsung. Mana boleh suruh Kak mama basuhkan. Nanti Kak mama membebel sebab aku selalu kotorkan baju.
Beberapa minit kemudian, baru terlihat dua orang gadis sedang berjalan menuju ke meja yang aku dan Shiema duduk. Dari tadi kami membisu aje. Yelah aku malas nak ganggu Shiema makan. Kena sound nanti tebal muka karang. Hanie dan Masya berjalan sambil tersenyum ke arah ku. Hanie memegang secawan air sirap selasih dan dua bekas polistren yang entah apa isinya. Masya pula membawa seplastik air milo dan sepinggan nasi ayam. Meletakkan makanan di atas meja, mereka berdua duduk dengan selesa. Hanie tentu sekali duduk di sebelah aku manakala Masya duduk di hadapan aku. Aku yang pelik melihat Hanie yang kebiasaannya makan sikit membeli sehingga dua bungkus makanan melihat Hanie dan bekas polistren itu bersilih ganti sebagai isyarat.
Hanie yang sudah faham maksud isyarat ku terus menyerahkan salah satu berkas polistren itu kepada ku. Dia membisikkan sesuatu ditelinga ku. "Saya tahu awak tak kan pergi beli makanan." ku tersenyum memandangnya.
"Thanks Han.. Nah ni duitnya..." Aku menghulurkan tiga keping not seringgit. Hanie menolak.
"Ambillah.. Nanti awak nak simpan duit untuk hari jadi mak awak kan?" Aku sudah mengingatkan Hanie tentang tujuan dia menabung. Hanie mangguk lalu mengambil dua not seringgit dam memulangkan seringgit lagi kepada ku. Aku menyambutnya dan memasukkan duit itu kedalam poket baju kurung ku. Polistrin yang tidak diketahui isinya ku buka. Mahu jugalah aku merasa sedikit makanan. Nanti kebulur pulak dalam kelas. Aku lihat dua biji karipap gergasi elok terletak di dalam polistrin. Karipap gergasi memang kuih kegemaran ku. Aku memandang Hanie yang sesang menikmati karipap gergasinya.
"Thanks Han. Hanie memang tahu apa yang saya suka.." Hanie mangguk. Dia kemudian kenyambung makan.
Selepas habis menikmati makan tengahhari, aku mengajak rakan-rakan ku masuk ke kelas. Malaslah nak terperap dekat situ. Nanti tak pasal-pasal terlambat masuk kelas. Kami berempat berpisah di hadapan kelas ku. Aku melambai perlahan ke arah mereka sebelum berlalu duduk ke tempat ku. Sebaik aku melabuhkan punggung, PRURRTTTTTT... Bunui seakan-akan bunyi kentut dari arah kerusi ku. Berdekah ketawa Hamil, Megat, Zuzamri dan Warkif. Memang sah kerja mereka ni. Merona merah muka ku akibat malu yang teramat sangat. Aku mengangkat punggung dan mengambil beg kentut berwarna merah. Terjengil mata ku melihat benda alah yang sungguh memalukan. Ishhhh, biul betullah otak empat jantan ni. Nak aku operate ke? Kalau aku operate mati terus jantan bengap ni.
Tanpa sebarang amaran, aku mara ke arah keempat-empat lelaki yang tiba-tiba saja cuak memandang muka merah membara ku. Tahu takut. Eeeee, sengalnya jantan ni. Dengan kuat, aku membaling beg kentut merah yang tebal itu ke arah muka Hamil. Kuat terkena muka berbintiknya. Sampai tersungkur dia dibuatku. Hambik kau. Berani kau malukan aku. Megat, Zuzamri dan Warkif terpinga-pinga memandang Hamil yang tersungkur kelantai. Hamil pula sudah pucat mukanya melihat aku hendak meletup. Kemudia, wajah tika lelaki itu beralih ke arah ku. Tanpa disangka-sangkap tiga bekas pensel milik Hamil dan Zuzamri melekat ke muka Warkif dan Megat. Apa lagi, terundurlah dua mangkuk tingkat tu. Zuzamri pula takut-takut. Dia mahu melarikan diri. Aku yang masih marah, lantas membiarkan si mangkuk tandas itu oergi tanpa membalas dendam.
Cukuplah tu dua orang yang kena penangan aku. Macamlah aku tak tahu, Zuzamri tu memang kuat menangis. Nanti dia report dekat cikgu karang, tak pasal-pasal aku dicop jadi pembuli bertamadun. Aku kembali ke tempat ku. Buku mata pelajaran Sejarah aku keluarkan. Setelah beberapa minit aku menunggu kehadiran cikgu, akhirnya seorang guru pun memunculkan diri. Tetapi bukan guru mata pelajaran Sejarah tetapi guru ganti. Nasiblah mata pelajaran kegemaran aku tak belajar hari ni. Haisshhh...
Balik itu, aku menunggu papa datang menjemput. Papa sudah janji hari pertama dia mahu menjemput ku. Di belakang ku pula along Iziq yang macam tunggul jadi pengawal kat belakang aku. Aku buat tak nampak je. Lantak dialah. Sedang aku duduk menunggu, tiba-tiba Hamil, Megat dan Warkif datang. Tak puas hati lagi lah tu. Muka bajet gangster je. Dengan misai palsu yang kau beli dekat Cik Nenot tu. Konon-konon nak serang aku, dorang berhenti berul-betul depan aku. Aku tak takut langsung. Aku boleh hentuk je kepala dorang dengan batu kongkrit yang pecah sebelah aku tu kalau dorang cuba buli aku. Lagi pun belakang aku ada pengawal tak bertauliah. Jafi aku tak perlu risau.
"Hoi!!! Berani kau baling bende tu kat aku?!! Kurang ajar betul.. Kali ni aku nak...." Belum sempat si Megat nak bukak kuda-kuda menyerang aku, along Iziq menjeling mereka sambil berkata dengan kejam.
"Nak apa? Nak aku hentuk ekpala kau dekat konkrit ni? Aku berani je.. Dha berape ramai aku belasah samoai belubang kepala.. Kau nak cuba ke?" Seram suara along Iziq aku dengar. Apa lagi kecut terus semangat membara Si tiga jantan mangkuk tu.
"Ehh, tak ada bang.. Saya nak.. Nak.. Nak bagi dia thumb's up je sebab dia hebat kalahkan kitorang kan.. Haa, kan kan.. Hehehe.. Thumb's up.. KAN KAN.." Hamil menunjukkan tanda thumb's up dua jari kepada ku. Warkaf dan Megat juga mengikut dengan senyum kerang. Macam aku tak tahu senyum takut.
"Dah blah.." Arah along Iziq. Terus cabut mangkuk tingkat, mangkuk tandas, dengan mangkuk bujur tu. Tak toleh belakang dah. Aku diam je. Malas nak masuk campur. Lantak kaulah.
Sepuluh minit menunggu papa, akhirnya papa tiba sambil membawa sekotak coklat untuk ku. Dia menghulurkan coklat sambil tersenyum mesra. "Hai, anak papa yang cantik ni.. Sorrylah papa lambat. Ni papa belikan coklat untuk angah ye. Jom balik." Aku menyambut gembira coklat pemberian papa. Mahal ni.
Aku membuka pintu belakang dan terus melabuhkan punggung. Along Iziq pula duduk di kerusi depan bersama papa. Dalam perjalanan pulang aku tertidur. Penat sangat. Macam-macam aku tempuhi hari ni. Macam manalah hari esok. Aku harap hari esok lebih indah dari hari ini.
TAMAT
Langgan:
Catatan (Atom)