scary and mysterius

Ruangan Permintaan Anda.

Hai dan selamat malam pembaca Flower Purple yang dikasihi sekalian. Pada hari Siang hari ini, saya sudah  memuat naik atau mengarang sebuah cerita bertajuk Diari Misteri. Pada pendapat saya sendiri, cerpen mengenai Diari Misteri ini tidak terlalu menarik. Walaupun saya yang menulisnya tetapi pada pandangan saya tidak terlalu mengujakan atau orang kata tak berapa best. Tetapi ada segelintir yang mengatakan jalan ceritanya menarik dan seronok tetapi ceritanya seperti tidak habis dan tidak berapa difahami. Jadi atas permintaan daripada rakan saya, saya akan menyambung semula cerita Diari Misteri itu dengan episod Diari Misteri : Kebenaran dibongkar. Jadi, insyaallah sambungan kepada cerpen diari misteri itu akan lebih difahami oleh semua pembaca. Insyaallah. Kalau ada nak tanya atau nak cakap sesuatu boleh berikan kata-kata anda di ruangan ulasan. Segala keridakpuasan hati, pertanyaan, pengesyoran dan komen anda amat dihargai dan diharapkan anda semua memberi komen yang positif walaupun berunsurkan negatif. Maaf kan saya jika cerita-cerita saya tidak menepati selera anda. Saya tidak akan sama sekali marah atau berdendam dengan anda jika anda menulis perkara negatif. Saya cukup bersyukur kerana anda melawati blog  yang masih bayi ini. Terima kasih sekali lagi. Nantikan episod Diari Misteri : Kebenaran Dibongkar pada hari esok. Insyaallah.    

DiArI MiStErI


"Kak Aina, saya nak letak jawatan Pengawas Perpustakaan ni." Seorang gadis tanpa memberi salam mengucapkan apa yang terbuku di hatinya.

    "Kenapa? Awak tak suka ke jadi pengawas perpustakaan ni? Bukankah awak suka membaca?" Aina yang sudah tahu puncanya masih lagi bertanya punca peletakan jawatan gadis berkaca mata merah jambu itu.

    "Kak Aina, saya takutlah. Sudah beberapa orang yang terkena kejadiaan yang sama sewaktu bertugas. Saya tidak mahu jadi seperti itu. Maafkan saya Kak Aina. Saya memang seorang yang pengecut." Gadis itu menangis teresak-esak. Tentu dia betul-betul takut sehingga terpaksa meletak jawatan yang disukainya. Mana tidaknya, semasa mula-mula bergelar pengawas pusat sumber, si gadis selalu tersenyum dan sangat gembira. Tetapi lain pula yang jadi pada hari ini.

     Aina mengangguk faham. Dia sudah jelas dengan situasi sekarang ini. Termasuk si gadis berkaca mata merah jambu ini, sudah 17 orang telah meletak jawatan pada minggu itu. Ini menjadikan Aina sangat runsing dan tertekan.  "Tak apalah. Nak buat macam mana. Tapi Kak Aina hanya boleh tolong sampaikan pada Cikgu Arifah sahaja. Kak Aina tak ada kuasa untuk memberi kebenaran kepada kamu meletak jawatan." Aina tersenyum kepada si gadis sebelum menyambung tugasnya.

    Sudah seminggu, kejadian pembunuhan itu berlaku. Seorang pelajar  perempuan mati di dalam perpustakaan di bahagian rak buku bahagian fantasti yang terletak disudut paling hujung kawasan perpustakaan. Kematiannya tidak diketahui puncanya sama ada bunuh diri atau pun telah dibunuh. Ramai pihak mengandaikan bahawa kejadian itu adalah kejadian bunuh diri atas sebab kes pembulian yang selalu terjadi di dalam kawasan sekolah. Namun, tiada bukti kukuh yang mengaitkan antara kematian pelajar perempuan itu dengan kes pembulian yang diwar-warkan itu.

     Ada juga yang mengatakan gadis yang membunuh diri ini, kecewa kerana pasangannya curang dan ada juga gosip liar dan murahan yang mengatakan gadis itu terlalu tertekan kerana menghadapai masalah keluarga yang teruk menyebabkan dia mengambil keputusan terburu-buru. Namun, tiada bukti sahih yang dapat dipastikan lagi. Kawasan kematian gadis itu semasa ditemui, penuh dengan darah yang terpercik di sana sini. Habis satu lorong dipenuhi darah sehingga buku-buku juga menjadi tempias darah-darah itu. Keadaan gadis itu juga sangat mengerikan.

     Seorang pelajar tingkatan tiga yang menjumpai mayat gadis itu, tiba-tiba pitam setelah terlihat rupa mayat yang sangat menakutkan itu. Beberapa saksi yang lain juga kelihatan hampir pengsan setelah melihat keadaan mayat itu. Sejak daripada peristiwa itu, beberapa orang pelajar yelah diganggu dengan beberapa kejadian yang aneh. Salah seorang pelajar yang baru pindah, pelajar lelaki tingkatan satu telah terlihat seperti seseorang sedang mengesot di atas lantai. Setelah diperhatikan betul-betul, wajah si pengesot itu mula terlihat mengerikan. Seperti ada satu kaca besar di atas kepalanya. Tertusuk jauh kedalam sehingga menampakkan isi mukanya.

      Ada juga beberapa orang pelajar yang terkena histeria sebaik sahaja masuk ke dalam pusat sumber itu. Dan beberapa kes yang hampir sama yang lain. Disebabkan itulah, bilangan pengawas perpustakaan mengurang. Popilasi pengawas pusat sumber telah merundum teruk disebabkan tiada pelajar yang berani memohon untuk menjadi pengawas perpustakaan. Keadaan perpustakaan yang dulunya sentiasa dikunjungi orang juga sudah menjadi sepi.

    Aina berfikir sejenak. Dia mengira-ngira sesuatu di dalam kepala. Akhirnya dia tekad. Dia akan mencari penyelesaian kepada keadaan yang terjadi ini. Dia akan membersihkan imej perpustakaan ini walaupun bukan tugasnya sebagai ketua pengawas pusat sumber untuk menyiasat punca sebenar kematian gadis itu. Dalam hati dia berdoa agar segera mendapat bukti tentang keadaan gadis yang mati itu.

      Petang itu, Aina masih lagi bertapa di perpustakaan tempatnya selalu berada. Dia mahu menyelesaikan misinya petang itu juga. Seperti yang ketahui ramai, Aina perhi ke ruangan fantasti di sudut paling tersorak di dalam perpustakaan itu. Di mana tempat gadis itu ditemui mati. Sejak daripada peristiwa itu, tiada sesiapa yang berani menjejakkan kaki ke ruangan fantasti. Disebakan itulah Aina mengambil keputusan untuk menyiasat di tempat itu. Selalunya, tempat yang tidak dikunjungi orang ada banyak rahsia-rahsianya.

      Setibanya Aina di ruangan fantasti, Aina segera menjalankan misinya. Walaupun dalam hati berasa agak takut dan gelisah, tetapi Aina memberanikan diri demi membersihkan nama tempat kesukaannya itu. Mula dari bahagian paling atas, Aina menyelongkar satu persatu rak buku yang tersedia. Membelek beberapa buah buku yang masih tercalit kesan darah, dia terlihat sebuah buku yang tersorok dibelakang sebuah buku tebal. Buku itu kelihatan berwarna merah. Mengeluarkan buku yang mencurigakan itu, Aina dapat mengecam sesuatu yang aneh tentang buku itu. Muka depannya dipenuhi dengan sesuatu yang berwarna kecoklatan. Seperti darah merah yang sudah kering. Muka belakangnya pulak berwarna ungu. Terjalit beberapa titisan warna coklat tua.

      Selepas membelek buat seketika, Aina mengambil keputusan untuk membaca isi buku tersebut. Sebaik membuka muka surat pertama, terpapar tulisan besar yang cantik dicoret. 'Му Diаяу'. Satu muka surat ke satu muka surat, semua dibacanya dengan teliti tanpa meninggalkan walau suatu ayat pun. Semakin membaca, semakin Aina tahu tentang isi hati si penulis. Semakin jauh Aina baca, semakin jauh Aina tahu tentang kesedihan yang di alami oleh si penulis. Menurut apa yang Aina baca, si penulis ialah seorang mangsa buli. Dia telah dibuli oleh teruk dengan pelajar tingkatan empat.

     Si penulis yang naif tidak pandai untuk melawan. Setiap hari, dia dibuli dan diugut akan dibunuh rakan karibnya jika dia memberi tahu orang lain tentang pembulian itu. Disebabkan itulah, dia tidak berani memberitahu sesiapa. Pernah juga tangannya diguris dengan kaca dengan sengaja. Sakitnya tidak terkata. Apabila guru dan ibu bapanya bertanya, dia hanya jawab terjatuh dan tangannya terkena serpihan kaca. Bermacam-macam lagi pembulian yang telah dialami oleh si penulis. Sehinggalah dimuka surat tengah.

"27 JULAI 2014

Hari ini, hari yang sangat menggembirakan. Setelah sekian lama saya dibuli. Setelah sekian lama saya diseksa. Akhirnya, pembalasan yang setimpal sudah pun mereka dapat. Saya sangat gembira atas apa yang terjadi pada mereka. Mereka sangat kejam. Sebelum semua itu berlaku, mereka hampir-hampir menetak jari saya. Saya tidak tahu apa salah saya. Yang saya tahu, mereka menggunakan saya untuk melampiaskan marah mereka. Saya gembira sekarang. Sangat gembira. Walaupun sekarang saya layak digelar pembunuh. Tetapi saya tidak kesah. Saya sudah bebas. Saya benci mereka. Setelah saya membunuh mereka, mayatnya tentu sekali saya biarkan ditempatnya. Tempat yang sesuai dengan mereka. Tempat yang busuk dan jauh daripada orang. Yang takkan orang tahu dimana. Hanya jika pengangkut sampah yang menjumpainya. Mereka itu lebih layak dibunuh. Seirang demi seorang saya bunuh. Jangan risau diari. Tiada sesiapa yang tahu perbuatan saya ini. Melainkan kalau ada orang yang jumpa diari saya ini. Saya akan pastikan dia MERANA..."

       Sebaik menyidahkan bacaan itu, dahi Aina berpeluh hebat. Dia kini diambang ketakutan. Dia sudah terbaca sebuah diari pembunuhan. Diari yang sangat menakutkan. Segala tercoret di dalam ini. Tentang kata-kata si penulis, yang akan memastikan pembaca diari ini merana. Kerakutan mulai menguasaia diri. Aina kelam kabut bangu dari lantai. Sebaik sahaja bangun, dia terasa ada seseorang dibelakangnya.

"Seronok dapat baca diari orang?" Gadis itu memegang bahu Aina.

     Aina yang ketakutan dan terkejut terus memalingkan wajah melihat si pemanggil. Sebaik melihat kearah suara itu, Aina hampir-hampir pitam apabila melihat seorang gadis yang wajahnya ditusuk dengan kaca. Matanya terkeluar. Dan seluruh kepalanya bagai hendak jatuh bergolek. Darah merah pekat mengalir dari setiap lubang pada wajahnya. Aina tidak dapat bernafas dengan baik. Ketakutannya sewaktu itu berada dikemuncak. Namun, dia tidak boleh bergerak. Kakinya bagai dipaku sesuatu. Tidak dapat berganjak walaupun seinci.

   Lama- kelamaan wajah lembaga yang seram itu mula berubah menjadi seorang manusia yang berwajah pucat. Dia tersenyum kearah Aina. Mendekati Aina tanpa melangkah. Ianya kelihatan terbang tkdak berkaki. Aina betul-betul kerakutan. Air matanya meleleh turun membasahi baju hijaunya. Kini, jarak antara Aina dan lembaga ini hanya seinci. Bunyi nafas Aina dapat didengari dengan jelasnya. Aina hanya mampu menutup matanya.

"Nur Aaliya binti Hussen." Sebaris nama penuh itu tiba-tiba diucapkan oleh lembaga itu sebelum menghilang secara tiba-tiba.

      Setelah beberapa saat, Aina yang tadi pegun tidak bergerak akhirnya dapat membuka mata dengan aman. Dalam hati dia mengucap syukur berkali-kali kerana kemunculan jelmaan itu hanya untuk memberitahu satu nama. Satu nama itu. Siapakah pemilik nama Nur Aaliya binti Hussen? Aina mengambil keputusan untuk terus beredar dari perpustakaan itu. Dia ingin pulang secepat mungkin. Dia tidak mahu fikirkan mengenai itu lagi. Sedang dia tergesa-gesa mengunci pintu perpustakaan, seorang pelajar perempuan datang kenghampirinya. Muka gadis itu nampak naif dan baik.

"Perpustakaan dah tutup ya?" Gadis itu bertanya kepada Aina.

"Ya, ya" Aina yang masih lagi ketakutan hanya menjawab acuh tak acuh. Sempat dia memandang tanda nama pada tudung gadis itu sebelum tergesa-gesa untuk pergi. Sebaik melepasi gadis itu, dia terhenti seketika. Ada sesuatu yang tidak kena dengan tanda nama gadis itu. Memusingkan badan ke arah belakang, Aina dalat melihat gadis itu masih berdiri kaku di hadapan pintu perpustakaan. Kelihatan sedang tersedu sedan.

"Awak.." Aina memanggil si gadis.

"Ya. Saya." Gadis itu kelihatan sedang menyeka air mata dan terus memaling ke arah Aina.

"Saya Aina. Ketua Pengawas Pusat Sumber ini. Awak nak jadi pengawas pusat sumber tak?" Aina cuba-cuba bertanya soalan perbukaan.

"Saya Aaliya. Tak apalah." Gadis bernama Aaliya itu menolak.

"Aaliya? Apa nama penuh awak? Nur Aaliya binti Hussen?" Sangkal Aina.

"Macam mana awak tahu nama saya?" Terkejut dengan apa yang dikatakan Aaliya, Aina menekup mulut tanda tidak percaya.

"Aaliya.. Boleh kita ber.." Belum sempat Aina menghabiskan ayatnya Aaliya menjerit sekuat hatinya.

"Kenapa ni?"

"Sebenarnya saya seorang pembunuh. Saya telah bunuh Ika. Saya dah bunuh budak yang ditemui mati dalam pusat sumber itu. Saya.. Saya sedih sebab dia dah bunuh kakak saya.. Kakak saya salah seorang pembulinya.. Saya tahu tentang itu.. Saya yang suruh kaka buli dia.. Sebab saya tak suka dia.. Saya benci dia... Dia.. Dia lebih pandai dari saya.. Tapi bila saya baca diari dia yang dia cakap, saya lebih penting dari nyawa dia saya jadi sangat serba salah dan sangat sedih.. Ika sanggup korbankan nayawa demi saya tetapi saya bunuh dia... Saya patutnya bersyukur dapat kawan seperti dia walaupun dia juga seorang pembunuh...." Aina tergamam. Terkejut dengan pengakuaan Aaliya.

     Lututnya longlai. Dia jatuh terjelapuk sambil menekup mulut. Air matanya bertakung mendengar cerita Aaliya. Setelah memberanikan diri, dia berjalan lemah menuju ke arah Aaliya.. Tangannya menggeletak memeluk bahu Aaliya. "Tolong serah diri pada polis.."

"Awak akan rasa lebih selesa nanti." Aina berbisik kepada Aaliya yang sedang menangis.

Keesokan harinya, Aaliya menyerahkan dirinya kepada pihak polis dengan ditemani Aina. Aina berasa sangat bersyukur dan bersimpati atas nasib Ika dan Aaliya. Sementara itu, kejadian menakutkan yang selalu berlaku diperpustakaan sekolah itu mulai reda. Lama-kelamaan pelajar-pelajar mulai mengunjungi pusat sumber semula.