scary and mysterius

Lembah berdarah 2 (Aku Lihat... UNGU 2)

           Sambungan...

"Aku mesti lari kan diri.. Paling tidak pun pergi jumpe awang!!" Puan Arwina berlari laju. Dari kejauhan di belakangnya. Masih terdengar jerit pekik anak-anaknya. Apa yang penting, keselamatan dirinya sendiri. 

"Awang!! Awang!!! Buka pintu!! Awang!!" Pintu rumah Awang bagai hendak tercabut diketuk oleh Puan Arwina. Awang membuka pintu.

"Kau dah kenapa ni Arwina?" Tanya Awang dengan bersahaja. Puan Arwina menolak Awang masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu serapatnya. 

"Dengar sini Awang!! Atin dah balik!! Dia dah bunuh adik beradiknya.. Sekarang giliran aku pulak!! Kau kena tolong aku!!" Gesa Puan Arwina. Awang bagaimana pun kelihatan begitu bersahaja.

"Balik? Aku tak paham.." Awang mengajak Puan Arwina duduk.

"Haishh.. Diakan dah dijadikan korban Monzuela!!" Puan Arwina mengingatkan Awang. Awang tersentak. Jatuh pecah berderai cawan kaca ditangannya.

"Sekarang ni, dia nak membalas dendam!!" Sambung Puan Arwina lagi. Awang panik.

"Apa perlu kita buat ni Awang?!! Aku takutlah!! Anak-anak aku dah mati.. Lepas ni aku pulak!!" Getar suara Puan Arwina menggamit telinga Awang.

"Kau tinggalkan anak-anak kau?!" Awang seperti tidak percaya. Perempuan yang dianggap penuh kasih dan sayang itu, sanggup meninggalkan anak-anaknya demi tidak mahu mati ditangan Fatin Nabilla. Pentingkan diri.

"Yelah.. Takkan aku nak biarkan saja dia ambik nyawa aku!! Aku tak nak mati!!"

"Habis tu sekarang nak buat apa?! Bukan selamat pun dekat rumah aku!! Aku ni pun pernah jadi mangsa korban dulu!!"

"Tapi kau selamat, Wang!! Sebab tu aku boleh harap kau sorang je!!" Awang mengeluh. Ya, dulu Awang pernah terselamat daripada mati diatas tangan adik perempuannya yang telah menjadi korban Monzuela Awiela 20 tahun lalu.

"Macam ni lah.. Malam ni kau tido dulu rumah aku.. Aku, dengan orang-orang aku.. Akan pergi lahar gunung berapi Monzuela tu.. Aku akan buat perhitungan tentang perjanjian kita dan dia yang akan membebaskan kita daripada sihir dia ni!!" Pemuda gagah itu membuat keputusan.

"Ya. Baguslah macam tu!! Aku dah tak tahan,.. Asyik menggelupur je kalau terdengar benda melaung dari daerah seberang.. Sakit telinga aku.. 5 kali sehari pulak tu.. Nasib baik rumah aku tu jauh daripada kawasan berdekatan daerah Monsue.. Kalau tak.. Mesti benda melaung tu akan rosakkan telinga aku!!" Puan Arwina berleter. Awang terus mengambil ketuk-ketuk dan mengetuk sekuatnya di hadapan pintu. Beberapa minit kemudian, 3 orang pemuda gagah lagi perkasa berjalan menghampiri rumah Awang.

"Mereka dah sampai Awang.. Pergilah.. Selamatkan aku.. Aku tak nak mati lagi.." Puan Arwina menyuruh Awang bersegera ke gunung berapi tempat Monzuela Awiela berada.

Awang menyiapkan kelengkapannya. Parang panjang diselitkan dibelakang badannya. Manakala dedaun sumbat yang digunakan untuk menyakiti syaitan Monzuela Awiela diselitkan di dalam seluar. Dia memperkemaskan pisau di kaki. "Aku pergi dulu. Kalau ada apa-apa.. Tu haa.. Dedaun sumbat.. Aku baru siap sediakan semalam.. Tulah dua bulan lalu kau tak mahu ikut kitorang buat dedaun sumbat.. Yakin sangat diri tu takkan dihantui syaitan Monzuela tu. Lain kali ikut.. Kalau dah dapat musibah baru nak buat.. Dah tak berguna.. Dedaun sumbat tu kena perap dalam air dan api selama dua bulan baru berkesan.. Dah.. Pesan aku.. Ke mana kau nak pergi.. Bawa dedaun sumbat tu.. Syaitan Korban tu takkan berani sentuh kau sikit pun.. Tapi ingat.. Jangan kau kesat kat kulit kau.. Mahu busuk 10 hari nanti. Dah aku nak pergi dulu. Kunci pintu nih.. Kalau jadi apa-apa kat rumah kesayangan aku ni.. Aku carik kau.." Pesan Awang panjang lebar. Dia membuka pintu hadapan rumah.

"Haa, lagi satu.. Aku nak tabur sikit dedaun sumbat depan pintu.. Kau jangan bukak pulak.. Faham tak? Kalau kau bukak jugak.. Aku harap kau mati jelah.." Awang menutup pintu. Dia menaburkan dedaun sumbat di depan pintu. Dan mengetuk pintu tersebut 2-3 kali sebagai amaran kepada Puan Arwina supaya tidak membuka pintu. Lalu Awang dan tiga orang rakannya berlalu untuk pergi ke Lahar Gunung Berapi Monzuela Awiela.

"Ishh, Awang ni.. Aku tahulah!! Bukannya aku bodoh sangat.. Membebel macam mak nenek... Mak nenek aku pun tak membebel macam tu... Kalah perempuan.. Hesiihh.. Ade ke dia kata aku patut mati kalau aku bukak jugak pintu.. Heii.. Memang tak lah aku nak bukak pintu.. Aku dah serik kot.." Puan Arwina membebel-bebel sambil pergi ke dapur. Meneguk air beberapa kali. Di atas bumbung rumah Awang.. Terlihat seekor lembaga sedang bertenggek sambil bergoyang kaki. Dia.. Fatin Nabilla... Bukan.. Syaitan yang mengambil alih jasat mati Fatin Nabilla. Dan melunaskan dendam Untuknya.

KTOK KTOK KTOK!! Bunyi ketukan pintu membuatkan Puan Arwina yang di dapur tersentak. Bulu romanya tiba-tiba menegak. Aura di sekelilingnya memberitahu kepadanya bahawa itu bukanlah manusia. Dia takut. Baru sebentar tadi anak-anaknya dibunuh. Takkanlah dia datang lagi.

KTOK TOK!! Bunyi itu kuat sekali. "Woi bukak lah!! Aku tertinggal keris lilit aku ni.." Kedengaran suara Awang di luar rumah. Awang? Tak mungkin.. Tadi aku tengok, barangnya semua sudah lengkap. Tak mungkin barangnya tertinggal. Muslihat dari syaitan itu. Ya. Muslihat. Puan Arwina hanya mendiamkan diri. Peluh yang mulai merenek di dahi setitik demi setitik turun meluncur ke wajahnya.

Sunyi... Suara Awang sudah tidak kedengaran lagi. Aneh.. Sah!! Itu bukan Awang.. Seketika Puan Arwina menarik nafas lega. Dia mengambil dedaun sumbat yang disembunyikan Awang disebalik telur busuk tesebut dan di masukkan kedalam bajunya. Berharap agar dedaun sumbat itu dapat melindungi dirinya dari syaitan tersebut.

Puan Arwina menunggu.. Terus menunggu.. Suasana sepi lagi mengilukan. Dia tidak berani berganjak. Takut akan kehadiran syaitan yang mungkin boleh berada dimana-mana sahaja. Sehinggalah dia tertidur di dapur. 

Bunyi anjing melalak entah kali keberapa pagi itu berbunyi lagi. Cahaya mentari sudah mula menerangi hari. Anjing-anjing liar di luar sudah mula memekak. Puan Arwina membuka matanya. Dia dapat melihat persekitarannya dengan kelam. Semakin lama semakin terang. Dia berada di Dapur. Ya! Tidak salah. Dia belum lupa peristiwa semalam. 

   Jam sudah menunjukkan pukul 11.45 pagi. Kelibat Awang langsung tidak kelihatan. Mungkin sudah pulang dan berani di bilik atas. Puan Arwina laju melangkah dan mencari Awang. Namun pencariannya hampa. Tiada.. Awang tiada di rumah. Mana mungkin Awang tiada di rumah. Tidak mungkin dari malam semalam hingga ke pagi itu Awang masih belum pulang. Puan Arwina sudah tidak sedap hati.

   Dia laju ke katil di dalam bilik Awang. Menarik keluar segulung kain hitam dari sebalik tilam. Ternyata betullah keris lilit Awang tertinggal. Jadi betullah yang semalam mengetuk pintu itu Awang!! Tapi kenapa dia ketuk hanya sekali?! Selalunya dia tidak akan mengalah selagi tidak dapat apa yang dia mahu! Mungkin dia tahu Puan Arwina tidak akan membuka pintu bagi langkah berjaga-jaga. Itu fikiran positif Puan Arwina. Namun, walau sepositif mana pon dia... Dia tetap inginkan kepastian.

   Langkah diorak menuruni tangga menuju ke pintu masuk rumah. Pintu hitam tersebut terlihat agak usang sedikit. Perlahan-lahan tangan Puan Arwina menggenggam tombol puntu tersebut. Dengan teragak-agak dia membuka pintu tersebut...

  "WAAAARRGGHHHHH?!!" Jeritan Puan Arwina bergema di seluruh rumah. Sekujur tubuh yang hangus terbakar dengan mata yang lopong dan perut yang terburai. Seluruh tubuhnya dibalut dengan kain.. Kain berwarna.. UNGU?! 

    "AWANG!!! Sial punya SYAITAN!! Berani kau bunuh orang yang aku cinta!!" Puan Arwina melenting. Dia menangis dan mengamuk sekuat hati. Namun mayat yang dihadapan matanya tidak langsung dibawa masuk ke rumah. Puan Arwina menutup puntu kembali. Menangis terjerit-jerit histeria. Dia menekup muka.

   "Habislah aku!!! Matilah aku!!" Gumamnya.. Puan Arwina bangkit. Dia mengenggam penumbuk. Mengambil semangat dari udara. Dia bertekad untuk bertahan sehingga akhirnya!!

   Puan Arwina memperkemaskan penumbuk. Dia mendongak ke siling. Sebaik sahaja mendongak kesiling.. Dia terjelapok semula.. Sebaris tulisan yang amat mengundang keguguran jantung...

"TuNgGu Je MaSa KaU~~"

.........

Siang melabuhkan tirai. Mentari tenggelam ke lautan. Kicauan burung sudah senyap. Unggas di sekeliling rumah langsung tidak berdetik.. Dari luar rumah yang kelam.. Dapat lihat.. Sesuatu bergayut di siling.. Mendekati seorang wanita lewat 40-an. Kemudian lembaga tersebut bertenggek di atas bahu si wanita. Wanita tersebut kelihatan langsung tidak menyedarinya. Hanya sesekali dia mengurut bahunya yang kelihatan sengal sengal. 

   Lembaga tersebut kemudian membisikkan sesuatu di telinga wanita tersebut sebelum wanita tersebut pergi ke dapur dan mengambil sesuatu. Sesuatu tersebut kemudian di letakkan di atas permukaan lengannya. Kemudian dikoyakkan sehingga telihat isi.. Kemudian wanita itu meraung dan menangis. Lembaga itu berbisik lagi ditelinga wanita tersebut. Kali ini wanita itu membelah pehanya sehingga ke betis. Wanita itu meraung sekali lagi sambil menangis. Sekali lagi makhluk itu berbisik... Kali ini.. Wanita tersebut memegang pisau tersebut dengan kedua-dua belah tangannya.. Meraung-raung wanita itu menggeleng sebelum tangannya laju menghunuskan pisau tajam tersebut ke kepalanya. Dalam. Sehingga mencecah ke otak. Darah laju membasahi seluruh mukanya. Jeritan hilang.. Wanita itu menggelupur di lantai sebelum.. Kaku..

    Dari atas bumbung Fatin Nabila menyeringai kegirangan... Matilah kau ibu...