Setelah Aaliya menyerah diri di balai polis dengan ditemani oleh Aina, kes-kes aneh dan misteri sudah tidak menghantui kawasan pusat sumber lagi. Kawasan pusat sumber sudah menjadi seperti dahulu. Ramai pelajar yang mula mengunjungi perpustakaan itu setelah diadakan bacaan yassin dan doa-doa yang dibaca beramai-ramai di dalam pusat sumber tersebut. Walaupun misteri kematian gadis itu terbongkar, dan si pembunuh sudah ditangkap tetapi tiada sesiapa pun yang tahu tentang kejadiaan sebenar. Aina tidak mahu memberi tahu sesiapa tentang kewujudan diari dan pembunuhan itu.
Merahsiakan hal sebenar daripada pelajar amatlah sukar, apatah lagi apabila ramai yang mengatakan Aina lah punca kepada penyelesaian masalah ini disebabkan cadangan Aina mengadakan bacaan yassin dan doa-doa di perpustakaan tersebut. Bagi pandanga Aina pula, pembunuhan itu masih belum selesai. Isi diari itu mengatakan si mati telah 'membunuh' pembulinya dan membuang mayat tersebut di suatu tempat yang tidak diketahui. Sehingga kini, Aina sangat hairan. Dimanakah mayat-mayat yang telah dibunuh oleh si mati itu dibuang? Sudah beberapa kali Aina mencari di kawasan sekeliling sekolah. Malahan distor sukan serta kawasan pembuangan sampah juga. Tetapi langsung tidak dijumpai walau secalit kesan darah.
"Apa maksud Ika yang dia dah bunuh pembuli-pembuli dia? Dan apa maksud Aaliya yang Ika dah bunuh kakak dia? Betul ke Ika membunuh? Kalau betul, kenapa aku tak jumpa lagi mayat-mayat tu?" Serabut pemikiran Aina apabila teringatkan kata-kata di dalam diari yang ditemuinya tempoh hari.
"Walaupun sekarang saya layak digelar pembunuh. Tetapi saya tidak kesah. Saya sudah bebas. Saya benci mereka. Setelah saya membunuh mereka, mayatnya tentu sekali saya biarkan ditempatnya. Tempat yang sesuai dengan mereka. Tempat yang busuk dan jauh daripada orang. Yang takkan orang tahu dimana. Hanya jika pengangkut sampah yang menjumpainya. Mereka itu lebih layak dibunuh. Seorang demi seorang saya bunuh."
Membaca berulang kali ayat itu, Aina menjadi semakin tidak keruan. Apakah maksud disebalik kata-kata yang diluahkan oleh si mati? Segala persoalan bermain-main dibenak pemikiran Aina. Dia menyelak beberapa helaian muka surat yang masih tidak terusik lagi. Di helaian muka surat terakhir, sesuatu yang pelik tentang bahagian kertas itu terlihat jua. Seperti ada benda keras dan berminyak yang melapisi permukaan helaian terakhir itu. Aina lalu mengambil sebatang pensel dan menghitamkan seluruh helaian terakhir muka surat itu. Semakin padat lorekan, semakin jelas tulisan yang terpapar di atas kertas terakhir itu.
'TEMPAT KESUKAAN SAYA? TENTULAH BANGSAL PERTANIAN.'
Bait-bait ayat itu ditafsir oleh otak Aina dengan segera. Dia perlu mencari maklumat berdasarkan tulisan yang terpapar dihadapan matanya. "Bangsal pertanian? Kenapa dia suka tempat macam tu? Bukan ke kelab pertanian dah lama dibubarkan? Sejak tahun 2010 lagi. Mungkin dia seorang yang suka bertani. Atau ada sebab lain kenapa dia sukakan tempat yang busuk itu.." Aina berfikir lagi. Setelah diteliti dan otaknya berjaya memproses dengan cekap, Aina baru tersedar klu yang sangat penting.
"Tempat yang busuk dan jauh daripada orang... Bermaksud bengkel pertanian yang terbiar dan sudah tiada orang yang pergi kesana. Lagi-lagi tempat tu busuk dengan bau sampah sarap yang kini sudah penuh di dalam bengkel pertanian tu. Tentu mayat-mayat tu ada dekat sana!! Kalau macam tu, petang ni aku akan ajak Hanie ke sana." Aina sudah menggenggam penumbuk penuh bersemangat.
Petang itu, seperti yang ditekadkan oleh Aina, dia datang bersama Hanie ke bengkel pertanian yang sudah lama dan usang itu. "Apa awak ni? Bawak pergi sini buat apa? Takutlah." Bisik Hanie. Dia yang sudah meremang bulu roma tidak mampu membuat apa-apa selain mengekor Aina dari belakang.
"Alaaa, ikut jelah. Kata suka benda advanture. Takkan baru masuk tempat macam ni dah takut?" Aina memerli Hanie yang sudah seperti cacing kepanasan tu.
"Saya suka advanture yang lasak. Bukannya menyeramkan. Tak suka lah pergi tempat menakutkan macam ni. Benkel pertanian ni sudah lima tahun terbiar. Lepastu hari entah mimpi apa ajak masuk bengkel ni. Mana saya tak kecut. Dah lah main tarik je. Orang tak sanggup tahu tak?" Bebel Hanie. Hanie yang oada asalnya seorang gadis yang pendiam kini sudah banyak membebel kerana perkara-perkara gila yang selalu dicipta Aina.
"Advanture lah tu... Alahh, tak pe. Siang lagi. Mana ada hantu.." Bedal Aina. Geram dengan kata-kata Aina, Hanie memberi satu tamparan kuat pada lengan Aina.
"Sakitlah Hanie." Aina menggosok lengannya yang ditampar kuat.
"Rasakan. Memang layak." Hanie hanya tersenyum sinis. Meneruskan langkah mengekori Aina yang sengaja mempercepatkan langkahnya memasuki benkel pertanian ynag bersepah-sepah itu, Hanie menangkap lengan Aina agar sentiasa merapatinya.
"Apa kita buat ni Aina?" Hanie masih lagi ketakutan yang teramat. Aina tidak menjawab. Dia menyuluh lampu picitnya ke serata bengkel pertanian. Menghampiri botol-botol besar peletak baja, Aina membuka satu persatu penutup botol itu. Sebaik sahaja membuka salah sebuah penutup, bau yang sangat busuk menerpa ke lubang hidung mereka. Bau najis yang masih baru. Tentu tukang kebun baru meletakkannya.
Cepat-cepat Aina menutup semula botol itu. Kemudian, Aina menghampiri locker-locker bungaan. Seperti yang dilakukan tadi, Aina memeriksa setiap satu locker dengan cermat. Setelah berpuas hati tiada apa di situ, Aina melilau memerhati kawasan bengkel pertanian itu. Dia menuju ke tempat tanah-tanah hitam. Melilau secara membuta tuli, Aina menghela nafas berat. "Tak adalah nampaknya..." Keluh Aina. Hanie yang dari tadi membisu terus-terusan memukul habuk-habuk yang melayang-layang disekelilingnya.
"Cepatlah keluar dari sini. Banyak habuk." Omel Hanie. Dia berundur beberapa tapak sebelum kakinya terlanggar sesuatu lalu terjatuh menyebabkan sesuatu bunyi pelik kedengaran.
"Aduh.. Sakitnya. Macam ada benda tajam dekat sini.. Tulang saya patah ke?" Hanie membebel lagi. Aina yang mendengar bunyi seperti sesuatu terpatah itu segera mendapatkan Hanie dan membantunya bangkit.
"Kalau tulang awak patah, dah lama awak tak boleh bangun." Kata Aina sambil menyuluh lampunya ke arah tempat Hanie terjatuh. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat sekujur beberapa kujur manusia terlipat-lipat dengan dipenuhi darah pekat merah mengalir keluar daripada guni yang telah terkoyak. Apa lagi, menjeritlah kedua-dua gadis itu berlari keluar dari bengkel pertanian. Aina yang mendahului terus menarik lengan Hanie supaya rakannya itu berlari dengan lebih pantas.
Mereka berlari ke pondok jaga seperti tidak cukup tanah. Nafas mereka turun naik. Suhu badan pula sudah meningkat kerana terlalu takut dan terkejut. Muka pula pucat lesi sekali. Subgguh perasaan takut menggila di dalam diri mereka. Sebaik tiba di hadapan pindok jaga, tercungap-cungap mereka mengambil nafas semula. Air mata sudah turun dengan deras membasahi pipi. Sebaik nafas dapat berjalan dengan lancar semula, tiba-tiba Hanie yang tadinya berdiri kepenatan pengsan dengan tiba-tiba mukanya pucat dan wajahnya jelas menungjukkan ketakutan yang bermaharajalela di dalam benaknya.
"Hanie.. Hanie bangunlah.. Hanie Elvira!!!" Laung Aina. Laungan Aina yang kuat berjaya memanggil seorang pengawal keselamatan.
"Kenapa ni?" Tergesa-gesa pengawal itu datang membantu mengangkat Hani ke atas meja.
"Pak dik... De.. Dekat.. Beng.. Bengkel.. Bengkel.. Per.. Pertanian tu... Ada... Ada... MAYAT!!!" Kata Aina tergagap-gagap sebelum dia juga hampir rebah ke tanah. Nasibnya baik kerana pengawal keselamatan itu sempat menyambutnya.
"Mayat?!" Pengawal keselamatan yang mendengar itu juga sudah naik panik. Terus sahaja dia mendail panggilan kepada pihak polis.
PIHAK polis berjalan keluar daripada bengkel pertanian dengan bermuka serious. Dua mayat yang telah diangkut dengan lori polis itu sudah selamat bergerak. Beberapa orang pegawai polis datang menghampiri Aina dan Hanie yang baru sahaja sedar dari pengsannya. "Kami ucapkan terima kasih kerana membantu. Pihak kami akan siasat punca sebenar kematian dua mayat itu. Umur mayat itu dianggarkan berusia 17 tahun dan baru sahaja mati beberapa hari yang lalu. Terima kasih sekali lagi kerana cik berdua telah membantu kami. Tetapi boleh saya tahu, mengapa cik berdua datang ke tempat begini?" Pegawai polis bernama Hanafi itu tegas bertanya kepada dua orang gadis yang masih trauma itu.
"Maafkan saya. Sebenarnya... Diari ini yang membawa saya kepada penjumpaan mayat itu.. Ini adalah diari seorang gadis yang ditemui mati diperpustakaan sekolah kami. Saya hanya mahu siasat sahaja." Kata Aina dengan kesal. Pegawai-pegawai polis itu kelihatan terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Aina.
"Tak mengapalah. Lain kali serahkan bahan bukti kepada pihak polis. Supaya kami boleh menjalankan siasatan dengan lebih terperinci. Apa-apa pun, diari ini kami akan bawa sebagia bahan bukti untuk siasatan kami." Pegawai polis itu mengambil diari daripada pegangan Aina. Aina tidak dapat membuat apa-apa. Dia tidak boleh bertindak merampas semula diari itu. Walaupun dia kini tidak lagi boleh menjalankan siasatan sendiri, tetapi dia cukup bersyukur kerana dapat menyelesaikan kes yang rumit ini.
SELANG beberapa hari, keputusan makmal bagi mayat-mayat itu telah dikeluarkan. Kedua-dua mayat itu disyaki mati akibat diracun dengan racun rumput. Setelah siasatan dijalankan, seorang daripada mayat itu mempunyai DNA yang sama dengan Aaliya. Pihak polis mendapati bahawa mayat itu merupakan kakak kepada pembunuh bagi kes pembunuhan di perpustakaan itu. Siasatan lanjut mendapati, pembunuh sebenar bukanlah gadis yang mati diperpustakaan itu. Ini kerana, cap jarinya langsung tidak dijumpai di mana-mana pada tubuh mayat. Selain itu, pihak polis percaya. Gadis yang mati diperpustakaan itu, menganggap dua orang pembulinya itu kati disebabkan dirinya kerana dia telah meletakkan racun tikus pada makanan dua orang mayat itu. Namun, dua orang pembuli itu sudah memuntahkannya semula.
Masih terdapat sedikit kesan racun tikus di dalam tekak si pembuli. Namun, ianya tidak membunuh si pembuli malahan penyebab kepada kematian itu adallah racun rumput yang biasa digunakan oleh petani. Polis masih menyiasat suspek sebenar bagi kes pembunuhan itu. Selain itu, dua mayat itu juga mempunyai kesan calar-balar pada badan mereka. Mungkin disebabkan mereka dibiarkan di dalam bengkel pertanian yang penuh dengan barang-barang yang tajam. Tulisan terakhir dimuka surat akhir pada diari itu juga disahkan bukan tulisan gadis yang mati diperpustakaan itu. Kerana ada cap jari lain di situ. Pihak polis kengandaikan, ada seseorang yang cuba memerangkap si mati.
Setelah beberapa penyiasatan dijalankan, akhirnya terbukti bahawa Nur Aaliya binti Hussen bersalah kerana telah membunuh tiga orang pelajar perempuan. Dia didapati membunuh kakaknya dan rakan kakaknya kerana membuli rakannya Ika. Dan membunuh Ika kerana si mati mengetahui rahsianya sebagai seorang pembunuh. Pemeriksaan dijalankan dan mendapati Aaliya menghadapi masalah mental yang menyebabkan dia kehilangan kewarasannya sekali-sekala. Aaliya kini dimasukkan ke dalam hospital sakit mental untuk penjagaan rapi.