scary and mysterius

Sinopsis Cerita Akan Datang

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia para pembaca yang dihormati sekalian. Tentu para pembaca tak puas hati membaca blog ini kan? Memang yelah sebab baru ada satu cerita sahaja dalam blog ini. Maaflah sebab minggu ini hanya ada satu cerita sahaja. Tapi pembaca semua jangan risau. Dekat sini, saya akan beri peluang untuk anda mengetahui cerita akan datang melalui sinopsis yang bakal saya coretkan ini. Insyaallah, pada hari Isnin atau Selasa minggu hadapan saya akan mula menulis cerita baru. Jadi, saya tak mahu buat para pembaca tertunggu-tunggu. Mari baca sinopsis cerita seram dibawah.


Diari Misteri

Sebagai seorang Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Aina ditugaskan untuk mengawasi kawasan Pusat Sumber Sekolah yang baru-baru ini telah digembar-gemburkan tentang kes kesan darah pada lorong buku-buku kelas Fantasi dibahagian paling hujung dan tersorok di dalam Pusat Sumber. Kebanyakan pengawas pusat yang lain telah meletak jawatan atas alasan bimbang diganggu perkara aneh yang telah terjadi beberapa kali ke atas seorang  pelajar tingkatan satu.

      Demi tanggungjawab yang besar itu, Aina sendiri berikhrar di dalam hatinya untik mencari punca dan penyebab keadaan huru-hara itu berlaku. Sehinggalah suatu kejadian aneh yang membuatkan Aina terjumpa sebuah diari ungu yang dipenuhi kesan titisan darah lama. Walaupun hatinya bereblah bahagi untuk membaca isi kandungan diari itu, akhirnya Aina mengambil keputusan untuk terus menyiasat tentang empunya diari. Hanya dengan cara itu sahaja dia dapat mengetahui perkara sebenar yang mungkin terkandung seribu dalam diari coretan tangan itu.

       Namun badai yang disangka tidak akan muncul mula memunculkan diri sebaik sahaja sehelai muka surat diselak. Menyebabkan si gadis harus menghabiskan bacaan untuk mengerahui perkara lebih lanjut berkenaan isi diari yang terselit beribu kesedihan dan seksaan itu. Setiap tajuk diari itu, setiap coretan ayat di dalam diari itu, menjelaskan Aina setiap sudut yang terpendam di dalam hati si penulis. Sehinggalah Aina menyedari, bahawa setiap coretan diari itu penuh dengan sedutan pembulian dan pembunuhan yang kejam.

      Sesuatu yang bermain dibenak Aina kala itu. Siapakah si penulis diari yang begitu menakutkan itu? Mengapa setiap kejadian yang menakutkan dicoret di situ? Apakah yang sebenarnya ingin diberitahu oleh si penulis? Dalam hati Aina, perasaan besar yang menenggelamkan keyakinan dirinya  kuat mengatakan si penulis ialah seorang PEMBUNUH!!! Setiap kisah di dalamnya, adakah semuanya mengenai PEMBUNUHAN si penulis???



Ruangan Perkongsian 1

Macam blog-blog saye yang dulu, blog ni pon hampir tak kan dibuka selamanya. Sebab saya terdelete  account google.. Sedihnya... Tapi alhamdulillah.. Account ni dah pulih.. Jadi dekat sini saya nak bagi tahu.. Di sebabkan blog ni baru dibuat pada hari Khamis yang lalu, saya akan buat satu cerita sahaja bagi minggu ini. Jadi kalau nak macam cerita yang lain kena lah tunggu hari Isnin. Insyaallah macam saya cakap, seminggu dua cerita yang akan saya karang..

           Jadi pembaca semua hanya tunggu je.. Mungkin bagi memeriahkan blog ini, saya akan menambah apa-apa yang menarik seperti sinopsis-sinopsis cerita yang bakal saya karang, perkembangan-perkembangan terkini dan lagu-lagu hit mengikut peredaran semasa..

              Jadi insyaallah blog ini tak kan bersawang.. Jadi rajin-rajinlah datang jenguk blog ni.. Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi membaca setiap bait-bait ayat yang saya coretkan ini.. Terima kasih banyka-banyak kepada pembaca yang menggembari dan tidak menggembari cerpen ringkas ini.. Insyaallah kalau ada cerita yang tak menarik hati semua, saya akan cuba mengarang cerpen yang lebih baik akan datang. Insyaallah.