scary and mysterius

IsTaNa MiMpI NgErI Part 1

Assalamualikum pembaca semua.. Pembaca semua sihat tak? Kalau sihat alhamdulillah lah ye. Kali ini, saya nak sampaikan cerita yang berbeza sedikit. Cerita yang berkonsepkan ala-ala drama bersiri ye. Tetapi cerita seramlah. Ianya dihasilkan bagi menjadikan blog ini lebih meriah dan tak bersawang. Barulah tak krik2 aje.. Cerita ini akan saya tulis sekali seminggu je. Sebab bile dh dicampukan cerita drama bersiri ini dengan dua buah lg cerpen saya, dah jadi tiga lah pulak.. Jd nk tak nak, pembaca semua kenalah tunggu episod nye setiap minggu terima kasih kerana memahami.. Jadi, jemput-jemputlah baca bab pertama ini ye..


  Bab 1

       Harziq berjalan menyusuri lorong kecil dan gelap untuk pulang ke rumahnya. Hatinya sarat berdoa agar tiada apa-apa perkara yang menakutkan akan berlaku. Langkahnya laju membelah keheningan malam. Cuaca sejuk malam itu tidak langsung menghilangkan peluh yang merenek di dahinya. Sesekali jam dipergelangan tangannya dipandang sekilas. Sedaya upaya dia mengelak daripada melalui lorong itu di waktu malam. Sudah beberapa kali dia terdengar beberapa kisah seram yang pernah berlaku dilorong kecil dan sunyi itu. Memorinya ligak berputar mengingati kisah-kisah seram itu.

      Ada sebuah kisah seram yang pernah didengarinya daripada seorang senior atasan bernama Jamri Adman. Kisah seram yang berlaku dilorong itu. Ketika itu, senior yang dikenali dengan nama glamournya, senior Jam berjalan berseorangan melalui lorong itu setelah menghantar teman baiknya pulang dari kelas tambahan. Ketika dia melalui lorong itu, bulu romanya tiba-tiba tegak berdiri. Dia merasakan ada sesuatu yang menghampirinya dari belakang. Dia cuba menoleh tetapi lehernya seperti kejang. Ekor matanya menangkap suatu imej bayang-bayang yang sangat menyeramkan. Seorang gadis berambut panjang dengan dua kepala. Ada titisan darah menitik mengenai kakinya. Kemudin bunyi seseorang menangis pula kedengaran. Sesungguhnya senior Jam tersangatlah ketakutan. Lalu dengan sekuat tenaga yang diperolehinya, dia berlari tidak cukup tanah keluar dari lorong yang menakutkan itu.

        Sebuah cerita yang hampir sama didengarinya daripada seorang mahasiswa yang pernah mengajar mereka buat sementara waktu juga terngiang-ngiang diingatan. Diwaktu itu, jam sudah menunjukkan tepat angka 10.25 malam. Dia berjalan-jalan bagi menikmati angin malam. Setelah puas berjalan, dia mengambil jalan pintas untuk pulang ke rumahnya dengan melalui lorong kecil itu. Ketika memasuki lorong gelap dan sunyi itu, mahasiswa itu dapat menangkap bunyi semperti ada sesuatu disebalik kotak-kotak yang terbuang di situ. Dia menyangka ada haiwan seperti kucing atau anjing. Dia cuba melihat disebalik kotak yang kelihatan bergerak-gerak itu. Tanpa disangka, dia terlihat suatu imej seorang gadis berkepala dua. Wajah kedua-dua kepala itu tidak dapat dilihat jelas. Yang pasti, kepala disebelah kiri mengalami kecederaan di dahi dan di sebelah kanan mengalami kecederaan dipipi. Terkejut dengan imej misteri itu, mahasiswa itu terus berlari meninggalkan lorong itu.

         Harziq sudah menggeletar sendiri. Ketakutan menguasai diri. Sudah berkali-kali cerita -cerita seram itu cuma diusir tetapi tidak berjaya. Sedang ralit dia melayan perasaan, sesuatu telah melintasnya. Dia terkejut lalu terjatuh. Sebaik sahaja mengangkat muka, Harziq terkejut dengan apa yang dilihatnya. Seorang gadis dengan dua kepala. Dahi mereka bertampal. Harziq rasa hendak pitam. Dia menjerit sekuat hati. Lalu dia berlari keluar dari lorong gelap itu. Sebaik sahaja keluar dari lorong itu, Harziq terdengar suara dekahan ketawa. Dia mengintai ke dalam lorong itu.

      Terkejut Harziq apabila melihat lembaga gadis berkepala dua itu ialah sepasang kembar yang seiras dan cukup sifat. Mereka sedang ketawa berdekah-dekah. Langsung tidak perasan yang mereka sedang diperhati oleh Harziq.Harziq berasa geram. Lalu, langkah dihayun mendekati kembar itu.

"Seronok sangatkah mempermainkan orang?" Tanya Harziq. Kembar yang tadinya berdekah dekah ketawa pucat lesi.

"Erkk.."

"Sudah.. Saya mahu tanya.. Mengapa kamu berdua mengacau orang yang lalu di sini?" Tanya Harziq. Matanya ralit memerhati dua orang kembar seiras itu. Seorang berambut lurus panjang separas pinggang berwarna coklat pekat, bermata hitam bersinar, kulitnya putih kemerah-merahan, berbaju sejuk berwarna ungu. Seorang lagi berambut panjang paras pinggang kerinting dibahagia bawah berwarna hitam pekat berkilat, matanya tercalit sedikit warna coklat menawan sekali, kulitnya putih bersih kemerah merahan dan memakai baju sejuk berwarna merah jambu.

"Mana ada!! Kami tidak berniat mahu menakutkan orang di sini.. Mereka yang takut dengan kami.. Kami hanya kembar seiras yang selalu bernasib malang dan selalu tercedera..." Kata salah seorang kembar yang memakai sweater berwarna ungu.

"Ya Kah?Habes tu kenapa awak gelakkan saya tadi?" Harziq masih lagi mencurigai kembar itu.

"Kami kelakar kerana melihat awak menjerit seperti perempuan dan lari sebegitu.." Pecah tawa gadis bersweater merah jambu itu. Merona merah wajah Harziq. Menahan malu yang teramat di hadapan dua gadis comel itu.

"Ouhh.. Maafkan saya.." 

"Tidak! Kami yang patut minta maaf.. Sebab kami yang ketawa kan awak.. Sorry.." Si gadis bersepweater merah memohon maaf dengan sopan.

"Tak mengape.. Siapa name awak berdua?" 

"Saya Shahiema. Saya kakak." Gadis bersweater ungu itu memperkenalkan dirinya.

"Saya Shahiera.." Gadis bewsweater merah jambu itu pula memperkenalkan dirinya.

" kenapa awak berdua selalu keluar merayau malam-malam macam ni?"Tanya Harziq.

"Mana ada kami merayau. Kami baru balik dari kerja sambilanlah..." Terang si kakak. Nadanya yang tadi ceria agak menurun sedikit. Wajahnya masih tetap tersenyum ceria walaupun tampak begitu ketara kelatnya.

"Ouhh.. Nak saya hantar awak berdua balik tak?" Enggan memanjangkan isu, Harziq mengambil pendekatan lain.

"Hmm.. Bukan kami nak menolak.. Cuma sesiapa yang berjalan dengan kami akan ditimpa malang seperti kami.." Shahiema memandang tapak tangannya yang luka.

"Kenapa pula?" Harziq betul2 hairan dengan kata-kata si kembar berdua itu.

"Hmmm.. Tak ada apelah... Kami balik dulu..." Terus sahaja Shahiema menarik tangan Shahiera segera bergegas pergi dari situ. Dia tidak senang bercerita hal peribadi tentang keluarganya. Apatah lagi, ianya adalah berpunca daripada ilmu sihir buatan orang.

                >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>BeRsAmBuNg<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<