scary and mysterius

Lembah berdarah 1 (aku lihat.. Ungu part 2)

Di daerah Kosue, terdapat sebuah kampung yang sedang dikuasai oleh kejahatan dan kegelapan. Kampung yang indah itu, terus terlihat bagaikan pernah terjadi peperangan penuh kezaliman disitu. Paling aneh, kampung yang dulunya pernah wujud di dalam peta dunia, akhirnya langsung kelihatan tidak wujud dalam dunia ini. Malah bagaikan bayang kepada kampung daerah Monsue. Dengan diperintah oleh Monzuela Awiela, kampung itu penuh dengan kezaliman yang amat. Yang baik bertukar keji, yang keji bertambah lagi. 

    Perempuan sihir yang bernama Monzuela Awiela itu telah menggunakan seluruh kemahiran ilmu hitamnya untuk menakluki kampung yang dulunya suci dengan ramai para alim mendiaminya. Akhirnya, semua imam, alim ulamak malahan ke orang yang baru memeluk islam telah ditangkap dan direjam dengan batu yang disihir kepada mereka dengan kejamnya. Akibatnya, semua yang direjam serta merta warna kulit mereka bertukar biru, mata hitam mereka hilang, dan yang paling mengerikan... Mereka semua bertukar menjadi.. Syaitan!

    Bukan. Syaitan itu bukan alim ulamak dan yang lain. Syaitan itu hanya menggunakan jasat mati mereka untuk bersemadi di dalamnya. Dan memberikan Monzuela Awiela kekuasaan sepenuhnya untuk menakluki daerah kosue! Mahalah. Mungkin sehingga wilayah suley!. Setiap hari, Monzuela Awiela pasti menangkap hatta seorang kanak-kanak yang beragama islam pun. Kerana dia, mahu kan dunianya.. Tanpa penganut agama suci itu. Dia mahu... Dirinya menjadi tuhan kepada semua manusia.. Hatta binatang dan jin juga. Betapa tamaknya Monzuela Awiela.

"Ibu... Ibu!! Kenapa Atin?! Ramai lagi mereka, bu!! Kenapa pilih Atin?!!!" Fatin Nabilla menjerit dan meraung sekuat hati sebaik sahaja dua orang lelaki berbadan besar iaitu orang-orang suruhan Monzuela Awiela yang datang untuk menangkap Fatin Nabilla sebagai bahan sembahan Monzuela Awiela untuk dewanya.

"I.. Ibu terpaksa, Atin.. Atin, Atin kena tabah ye." Tiada riak bersalah dalam wajah Puan Arwina. Fatin Nabilla kembali bengis. 

"Apa?! Ibu, dalam ramai-ramai kenapa, Atin?! Kenapa ibu?! KENAPA?!" Fatin Nabilla menengking wanita itu. 

Puan Arwina mengeluh. "Payah lah budak ni. Atin.. Dengar sini.. Dekat kampung ni, hanya ibu je yang ada anak perempuan 10 orang.. Jadi, nak tak nak.. Ibu terpaksa jugak jadikan salah seorang anak ibu sebagai korban. Kita dah janji dengan Monzuela. Kalau kita nak kampung kita bebas, kita kena beri dia korban. Seorang je. Bukan seratus. Dia nak anak gadis sunti. Atin sunti kan? Ke... Atin dah...?" Puan Arwina mula memprovok. Fatin Nabilla membuntang matanya. Air matanya jatuh tumpah dengan lajunya. Dia mengetap bibir. Seluruh tubuhnya yang sudah dipegang kuat oleh dua orang suruhan Monzuela Awiela itu terus lembik dia menangis.

"Kenapa Atin..? Ramai lagi bu!! Atin bukan anak first yang kena bertanggungjawab dan berkorban demi adik-adik! Macam Shahi tu.. Dia yang patut mati.. Sebab dia first.. Dia kena berkorban.." Mata putih Fatin Nabilla mula memerah. Menahan amarah. Fatin Shahirah yang mendengar menekup mulut. Ingin ketawa sekuat hati tetapi dia hanya menahan. Dia tidak mahu, Fatin Nabilla mati dalam dendam terhadapnya. Biarlah dia menghina gadis itu setelah dia telah mati!!

"Atin bukan anak last yang memang betul-betul tak berguna macam Amirah!!!" Fatin Nabilla memandang Amirah Anis dengan kemarahan yang membuak-buak. Amirah Anis menggenggam penumbuknya. Dia mahu melawan, tetapi dia tahu. Padah jika bermain dengan korban Monzuela Awiela. Bila korban Monzuela Awiela mati, mereka yang membuatkan korban tersebut marah diberi peluang untuk membalas dendam.

"Kenapa mesti Atin?!! Atin Anak keenam, bu!!! Kenapa tak Teah dia anak kedua kot?! Kenapa tak izzah yang anak ketiga tu?! Kenapa tak Aida yang keempat?! Kenapa tak Anis tu?! Kenapa tak dijah?! Kenapa tak Sofea? Kenapa tak Iqeen?! Kenapa?! Kenapa Atin?! Kenapa?!!!" Jerkah Fatin Nabilla dengan kemarahan yang membuak.

Fatehah, Izzah, Aida, Anis, Khadijah, Sofea dan Iqeen menahan senyum. Bodohnyalah. Takkan ibu nak pilih kitorang. Kitorang pandai, paling cantik, baik. Tapi kau apa ada? Tak berguna!! Hina mereka dalam hati. Tawa yang hampir terburai, hanya ditampal dengan pelekat senyuman sinis dan muka kasihan yang dibuat-buat. 

"Dah lah Atin.. Ibu dah tak sanggup.." Puan Arwina menoleh dan berlalu. Dia tersenyum sinis. "Maaf. Kau je yang layak." Katanya perlahan.

"Bawak dia pergi sekarang.." Puan Arwina berbisik di telinga pengawal tersebut. Pengawal tersebut mengangguk dan menarik Fatin Nabilla dengan sekuat-kuatnya. Fatin Nabilla menjerit sekuat-kuat hati.

"Aku bersumpah! Kalau aku mati, aku akan seksa korang bila aku dapat peluang untuk balas dendam!! Tak ada siapa pun akan tinggal. Termasuklah kau berdua pengawala bodoh!! Aku akan buat hidup korang menderita dengan warna ungu aku!! Itu sumpah aku!!" Sumpah Fatin Nabilla yang terakhir membuatkan Puan Arwina, Fatin Shahira, Fatehah, Izzah, Aida, Anis, Khadijah, Sofea, Iqeen dan Amirah Anis yang ingin berlalu memasuki rumah terkejut. Dan secara tidak sengaja, mereka semua menjerit dan memohon maaf. Sehingga menangis- nangis ketakutan. Hatta dua orang pengawal tersebut, terpaksa menahan rasa. Mereka akan meminta perlindungan daripada Monzuela Awiela bila mereka tiba nanti. Fatin Nabilla tersenyum. Kau merayulah macam mana pun. Aku tetap akan balas dendam. Fatin Nabilla tersenyum sinis dalam linangan air matanya. Baju ungu yang dipakai, menjadi saksi sumpahannya ke atas ke-13 orang manusia itu.


        πŸ‘ΊπŸ‘ΊπŸ‘ΊπŸ‘ΊπŸ‘ΊπŸ‘ΊπŸ‘ΊπŸ‘ΊπŸ‘ΊπŸ‘ΊπŸ‘ΊπŸ‘ΊπŸ‘ΊπŸ‘ΊπŸ‘ΊπŸ‘ΊπŸ‘ΊπŸ‘ΊπŸ‘ΊπŸ‘ΊπŸ‘ΊπŸ‘ΊπŸ‘ΊπŸ‘ΊπŸ‘ΊπŸ‘ΊπŸ‘Ί


"PaRaNg KrApAt PaRaNg KrApU... Ku PaNgGiL rApAt.. DaTaNg KePaDaKu.. GrOpo WiErAnG.. GrOpO gUeTu.. SyAiTaN yAnG dAtAnG.. BeRsAtU jAsAt Ku.." Mantera yang dibaca berulang kali oleh Manziela Awiela bergema disegenap pelusok kampung. Tandanya, korban Monzuela Awiela telah di 'TELAN' oleh dewa yang kononnya berada di dalam lahar gunung berapi.

"PaRaNg KrApAt PaRaNg KrApU... Ku PaNgGiL rApAt.. DaTaNg KePaDaKu.. GrOpo WiErAnG.. GrOpO gUeTu.. SyAiTaN yAnG dAtAnG.. BeRsAtU jAsAt Ku.." Mantera itu berdengung lagi disetiap gegendang telinga orang-orang kampung. Yang paling ketara, tentulah orang-orang yang didendami oleh korban itu.


"Masanya telah tiba.." Dengan nada ketakutan Puan Awirna berteriak menyuruh anak-anak gadisnya menutup pintu dan tingkap dengan rapat. Kipas dan lampu dimatikan supaya roh korban tidak dapat terbang di dalam ruang udara di dalam rumah yang tidak berudara dingin.

"Sofea, Aida!!! Pintu semua dah pastikan tertutup rapat ke?!" Tanya Puan Arwina dengan suara lantang. Cemas. Masa untuk korban membalas dendam sudah tiba. Roh Fatin Nabilla akan datng bila-bila masa sahaja. Tidak tahu bagaimana caranya. Tapi, mereka yang didendami roh korban, tidak boleh buka tingkap dan pintu hatta sesaat pun. Mereka perlu berkurung di dalam bilik supaya korban tidak dapat mencari mereka.

"Su.. Sudah ibu.." Sahut aida dan Sofea serentak. 

"Yang lain cepat masuk bilik. Cepat!" Jerit Puan Arwina lagi. Terpusu-pusulah mereka anak beranak masuk kedalam bilik mencari perlindungan.

"Apa yang kita nak buat ni ibu? Mira takut.." Amirah Anis sudah menangis teresak-esak. Ketakutan menghantui dirinya.

 "Diamlah.. Kita duduk je dalam ni.. Apa-apa pun jadi.. Jangan keluar!! Jangan buka pintu.. Kalau tak.. Matilah kita!!" Arahan Puan Arwina kedengaran begitu jelas. Mereka mengangguk faham. Tiada siapa akan buka pintu. 


      πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£

"PaRaNg KrApAt PaRaNg KrApU... Ku PaNgGiL rApAt.. DaTaNg KePaDaKu.. GrOpo WiErAnG.. GrOpO gUeTu.. SyAiTaN yAnG dAtAnG.. BeRsAtU jAsAt Ku.." Monzuela Awiela mengungkapkan mantera buat kesekian kalinya. 

Kali ini, lahar gunung berapi yang menggelegak, meletuk satu demi satu. Suasana panas tadi, bertambah bahang bagai dalam ketuhar pemanggang manusia. Api yang tadinya menggelegak hebat tiba-tiba meninggi dan membentuk sesuatu. Keluar dari lavar api tersebut. Sesosok tubuh bersayap yang berkulit seakana-akan abu yang sudah habis terpakar dengan sedikit calitan api yang masih kelihatan. Korban itu.. Sudah keluar!! Dialah syaitan yang mengabdikan diri di dalam jasat mati korban Monzuela Awiela. 

"Kau dah keluar.." Monzuela yang tadinya membelakangi gunung berapi tersebut memalingkan badannya. Dia melihat syaitan seruannya.

"Aku peliklah.. Kau satu-satunya syaitan yang aku seru, lain dari yang lain.. Mesti hati kau ni memang hitam dan penuh dosa walaupun sebelum aku menyihir kau kan..?" Monzuela Awiela tergelak jahat.

"Baguslah tu.. Lagi jahat, lagi berkualiti kerja kau.." Sekali lagi gelak tawa Monzuela Awiela berkumandang kuat. Syaitan yang keluar dari lahar gunung berapi itu, perlahan-lahan membuka matanya. Matanya jelas kelihatan sudah berlubang. Tiada langsung rupa seorang manusia.

"Pergilah. Aku bebaskan kau dalam masa 3 hari untuk kau membalas dendam. Kalau sudah membalas dendam, bawa semua mayat itu pada aku.. Aku nak jadikan sembahan aku pada dewa lahar api ini.." Monzuela Awiela sekali lagi tersenyum jahat. 

Fatin Nabilla menyeringai nyaring. Taring yang tadinya tidak ada, tiba-tiba sahaja terjojol keluar daripada gusi yang sudah hangus terbakar. Kukunya juga sudah panjang dan tajam bak belati. Matanya yang tadi sudah hancur, kini merah menyala bak api dendam yang sudah ditabur sumpah kepada 13 orang manusia. Jaga-jagalah engkau semua. Aku dah tiba!!


        TOK TOK TOK!! Ketukan dipintu rumah Puan Arwina kedengaran. Tiada derap tapak kaki kedengaran. Malahan satu suara serta bunyi pun, langsung tidak kedengaran. Cengkerik dan unggas juga tidak langsung berbunyi. Keadaan pelik yang menyelubungi rumah. 10 gadis di dalam bilik tidur tersebut ketakutan. Puan Arwina menggagahkan diri bangun dari katil.

Belum sempat dia menuju ke arah pintu, tangannya ditarik oleh Izzah. "Ibu, jangan!! Tu.. Tu.. Mesti.. Atin.." Puan Arwina terkejut. Keadaan betul-betul membuatkannya tertekan. Dan dia hampir lupa bahawa mereka akan mati jika membuka pintu walaupun sebarang bunyi kedengaran. Semua kesepuluh gadis sudah berpeluh hebat. Manakan tidak, kipas serta lampu dimatikan supaya roh korban menganggap mereka toada di situ.

Malangnya korban kali ini bukan bodoh. Dia senyum disebalik pintu yang tidak terbuka. TOK TOK TOK TOK TOK!! Bunyi itu kelihatan semakin kuat. Malahan bertambah laju daripada tadi. Seakan-akan menggesa mereka membuka pintu. Kali ini Aida pula seperti terpukau. Dia cuba bangun untuk membuka pintu. Namun cepat ditarik oleh Khadijah dan Fatehah. Mereka menarik Aida dan dipeluk erat sehingga Aida sedar. Aida yang mula tersedar terus menekup mulut ketakutan. Air matanya sudah meleleh membasahi bajunya.

"Ibu.. Aida takut..." Tangisan Aida kedengaran halus. 8 orang adik beradiknya yang lain juga sudah menahan empangan air mata dari melimpah keluar. Puan Arwina hanya memeluk erat anaknya Aida. Cuba menenangkan perasaan gadis itu.

Suasana di luar tiba-tiba senyap sunyi. Tiada lagi bunyi ketukan. 1 minit.. Tiada apa-apa berlaku.. 2 minit.. Masih senyap sunyi.. 3 minit.. Masa seakan-akan kaku.. 

Titt.. Bunyi air menitik dari siling rumah. Tiada apa-apa kedengaran. Suasana sunyi. Tiada sesiapa berani menegur. Titt.. Kali ini air jatuh ke atas Amirah. Amirah menyapu air tersebut dan melihat cecair itu dalam kesamaran cahaya bulan yang menerjah di sebalik langsir. Cecair ungu.. Pekat likat seperti darah!! Tetapi berwarna ungu.. Baunya... Hanyir seakan-akan darah.

Kemudian setitik lagi menerjah ruang wajah Iqeen. Seterusnya, Sofea dan Khadijah serentak. Dan akhirnya, titisan yang banyak terkena pada baju dan rambut Anis, Aida, Izzah, Fatehah dan Fatin Shahirah. Mereka masing-masing kaku. Terkejut dengan situasi tersebut. Sepakat mereka memandang ke siling.

Alangkah terkejutny mereka sebaik sahaja mendapati Fatin Nabilla yang badannya seakan-akan terbakar, dengan memakai baju ungu yang seakan-akai mencair bercampur dengan darahnya sedang meniarap gaya terbalik di atas siling. Mulutnya menyeringai nyaring. He he he~~

"IBU!!!!!" Jeritan 9 gadis itu menggemakan seisi bilik sempit tersebut. "Ibu!!"

"IBU!!" Sambung-menyambung jeritan mereka. Namun, tiada langsung sahutan daripada Puan Arwina. Dimana.. Puan Arwina?

"Ibu?!! Ibu mana?!" Fatehah memanggil ibunya. Dia orang lertama ynag menyedari ketiadaan puan Arwina. 

Tiba-tiba mereka semua menoleh kearah pintu. Mereka kaku. Seakan-akan sudah hilang harapan. Semuanya sekali jatuh bersimpuh ke tanah. Pintu yang mereka kunci dan mereka pasti tertutup serapat-rapatnya sudah terbukak luas. Ibu.. Sudah lari selamatkan dirinya.. Pentingkan diri punya ibu. Pastutlah 'DIA' boleh masuk. 

Kesembila gadis tersebut menangis. Dah tiada harapan untuk mereka. Pintu ditutup dengan kuat. Dari luar tangisan dan jeritan yang mula menguasai suasana semakin lama semakin kuat. Dan akhirnya.... Lenyap begitu sahaja... Tiada lagi bunyi. Dan pintu bilik, terbuka semula.

Di dalam bilik tersebut, bgaikan neraka. Semua kesembilan gadis mati. Entah yang mana satunya, kepala mereka semua dipenggal. Ada yang sambil hancur lumat. Mata dikorek sehingga ke otak. Hidung serta telinga dicabut dari tempat sepatutnya.. Dan mulut mereka.. Dikoyak sebesar-besarnya. Badan pula.. Ada yang sudah hancur sehingga menampakkan usus. Ada yang masih boleh dilihat sempurna. Tetapi bila dipusingkan bandanya. Lubang besar yang berulat bagaikan menyedut sesiapa sahaja. Tiada apa yang tinggal. Sekelip mata sahaja.. Semuanya tamat.

Yang paling pelik dan mengerikan.. Sehelai blaus ungu, tersarung pada bahagian badan mayat. Dan di atas siling terukir tulisan dengan lendiran ungu.. 'Selepas ini kau, ibu'..