scary and mysterius

PeRnAh DeNgAr TaK?

Pernah dengar ada sebuah lagu tak.. Lagu tu bunyi dia macam ni..

Wasokkrang do iwanoe,
Jinjangga ok subanoi,
Kurongjingga on buawoi,
Cintako sak mulono

 Kalau korang pernah dengar, tahulah kamu.. Satu cerita ini. Dulu, ada seorang nenek. Dia mempunyai seorang anak gadis yang sangat jelita. Satu hari, anak gadisnya hilang sangatlah lama. Sehingga lapan purnama. Akhirnya anak gadisnya itu pulanglah. Nenek itu pula sangatnya gembira. Nama anak gadis itu Oi. Dia pulang dengan membawa anak kepada nenek tua itu. Namun anaknya masih dalam kandungan. 
 
"Maafkan Oi, emakku. Oi sudah terlanjur. Ini anak dari itu, emakku. Jika engkau tidak mahu menerima ku semula, maka terimalah cucu mu ini, emakku." 

Dengan hati yang hiba si nenek pun menerima kedua-dua anak dan cucunya. Dia sudah tidak kisah akan keadaan anaknya yang mengandung luar nikah. Satu hari, bila sahaja sang purnama yang indah dan besar keluar dari balik hutan-hutan yang merimbuni di hadapan rumah si nenek, cucunya pun lahir ke dunia. Namun, anaknya pula dihantar ke alam sana. Menangislah si tua itu. 

Sejak itu dijaganya cucunya sehingga besar. Namun cucunya pula mati disumpah orang. Lalu nenek itu pula berteriak dan bersumpah;

Aku menerimanya walau tuhan tak menerimanya,
Lahirnya ia dari jasad anak ku Oi,
Jadi matinya ia membawa semangat jahat Oi,
Saka lagu ini akan sentiasa bersama oi..

Atau bila dinyanyikan si tua itu dalam bahasa renaunnya, ia berbunyi begini pula.


Wasokkrang do iwanoe,
Jinjangga ok subanoi,
Kurongjingga on buawoi,
Cintako sak mulono.

Tapi jangan risau, ada sambungan dia.

Dare songgaca dowa rokwang,
Hakoi na che wasokkrang,
Knyapo risek non motaang,
Chipana soko ni warang.

Biar saya translatekan.

Aku sudah tua tidak masih berkudrat,
Anak ku Oi sudah menerimanya kuat,
Tatkala ini sumpah ku sudah dimeterai,
Barang setan siapa yang baca dan nyanyi.

Korang dah faham kan.. Ada satu ketika, bila kain hitam yang bertatahkan lagu ini berterbangan di perkampungan. Seorang budak membaca dan ketakutan membuangnya. Namun dia telah mati terbakar tiba-tiba. Kain hitam terbang pada orang ke dua, orang kedua pula menjadi buta matanya. Namun dia sentiasa di dampingi seorang nenek tua yang berupa saka padanya.
Kain Hitam jatuh pada tangan orang ketiga, orang ketiga dirasuk setan menjerit dan mengilai. Dia duduk di atas pohon dan bersenandung menyanyikan lagu sumpahan itu. Kemudian di dengari orang ke empat.

    Orang keempat pula, terlihat seorang nenek tua sedang merangkak di atas siling rumahnya. Nenek tua itu menjelirkan lidahnya dan bersenandung sehingga lelaki keempat mati. Orang kelima mendapatkan kain hitam itu, dibawa ke alam ke dua. Kemudian disumpah matanya supaya sentiasa melihat si nenek tua yang berada disebelahnya. Orang keenam pula memegang kain hitam, membaca dan terus naik gila. Kemudian hidupnya diambang sumpahan. Badannya terkadang ditumbuhi mata liar. Terkadang keluar ulat memanjang. Dan terkadang pula ada tangan yang melingkar. Orang ketujuh merasai kematian apabila si nenek seringkali merenungnya melalui cermin, televisyen mahu pun alatan baru seperti telefon yang digenggamnya. Orang kelapan pula mati lebih tragis, si nenek bertindak ganas dengan menyamar menjadi orang sekelilingnya yang dikenali. Lalu apabila orang itu duduk bersebelahan dengannya, si nenek yang murka itu menyeringai dan menjamah tulang temulangnya.

Adakah anda tahu, anda sedang membaca mesej sumpahan? Kalau anda tahu, cepat-cepatlah berbuat baik.. Sebelum dihantar ke alam sana..

Agaknya, anda akan dihukum seperti orang keberapa, ya?




P/S: CERITA INI ADALAH REKAAN SEMATA-MATA. TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAUPUN YANG MATI. MANTERA DI ATAS BUKANLAH MANTERA YANG BETUL, TAPI INGAT. JANGAN ULANGINYA. TAKUT IA MENJADI KENYATAAN. 

Adik ku yang hilang

"Mana.. Mana adik?" Tanya Suraya

"Adik..? Eh.. Adik.. Adik mana?!" Aalyaa mula panik sebaik sahaja dia menyedari bahawa adiknya tiada di sisinya..

"Iyaa!! Adik mana?! Adik!! Iyaa ape kau dah buat ni!! ADIKKK!!" Terjerit-jerit Suraya memanggil adiknya. Air matanya sudah meleleh.

Adik... HILANG!!! 

Itulah kenyataannya sekarang! Bukan lagi mimpi seperti yang selalu diigaukan Suraya. Ya! Sekarang igauan ngerinya... Kini sudah... Nyata!


                                                          πŸ•‘πŸ•”πŸ•—


    Malam yang sunyi memperlihatkan bintang-bintang yang bergemelapan. Sinarnya cantik dan sungguh mengasyikkan. Siapa yang terpandang, pasti terleka.  Indahnya seindah si teman yang setia bersama di kala malam. Sang bulan yang juga digelar sang menawan sedia menemani bintang yang Suraya panggil, sang terindah.

   Suraya pandang lagi ke langit yang indah dan nyaman malam itu. //ibu... Ayah... Su, akan jaga Iyaa dan adik.. Su takkan biarkan.. Mereka jadi macam iyamm..\\ su merintih sendiri di dalam hati. Air matanya bertakung tatkala mengingati adik lelakinya. 

     Ikhram.. Apa jadi dengan kau, dik? Kenapa kau tiba-tiba hilang.. Dan muncul dalam mimpi Iyaa ni? Iyamm.. Betul ke.. Kau dah... Pergi? Tak mungkin Iyam.. Sebab kali terakhir aku tengok kau sebelum aku balik ke Abu Dhabi.. Aku lihat kau gembira. Tapi.. Bagaimana kau boleh hilang tanpa dijejaki.. Dah 2 tahun.. Sejak kehilangan kau, Iyamm. Aku rindu kat kau..

   Sekali lagi Suraya merintih pilu. Dipeluk lutut kakinya dan sedu sedannya kembali terdengar. //Aku takkan.. Putus asa berdoa pada ALLAH.. Supaya aku dapat kembali menatap wajah Iyam.. Ibu.. Ayah.. Su, akan jadi kakak yang bertanggungjawab..\\ itu janji Suraya.. Dia nekad. Dia mengangkat kepalanya dari lutut. Dan berdiri tekad dengan dua belah kakinya yang mungkin perlu menjadi lebih sasa selepas ini. Supaya dia dapat menanggung hidup adik-adiknya sekali.

                                                     πŸ”¦πŸ”¦πŸ”¦


      Aalyaa memandang sekeliling. Di mana dia? Tempat itu.. Sungguh asing.. Cantik.. Tetapi menakutkan. Rimbunan pokok bunga dan pokok-pokok rendang yang dihiasi dengan dedaun berwarna warni di kira kanannya tampak seperti dalam cerita dongeng kanak kanak. Jalan di kakinya seperyi batu-batu besar yang terbenam dalam tanah yang berkilat seperti di tabur butiran manik-manik yang indah bergemerlapan. Cantik.. Tapi yang membuatkan ianya menyeramkan adalah... Kawasan yang gelap dan tertutup. Dan mungkin... Tidak ada walau seorang pun manusia yang hidup disitu. Nun di kejauhan terlihat seseorang sedang berjalan.

   "Iyam?!" Aalyaa memanggil. Ikhram yang terdengar Aalyaa memanggil memandang ke arahnya.

   "Iyamm, kau nak pergi mana tu? Meh lah kat aku.. Aku takutlah.." Panggil Aalyaa lagi. Ikhram hanya tersenyum dan melambai lemah ke arah kakaknya.

   "Iyamm.. Kau dah kenapa.. Meh lah sini.. Iyam!! Eh, Iyam?!" Aalyaa terkejut apabila melihat ikhram yang tiba-tiba terjelapuk jatuh ke bumi. Dia cepat-cepat berlari ke arah Ikhram dengan resah. Jarak yang dianggarkan 10 langkah bagaikan jauh 100 langkah. Aalyaa mempercepatkan langkah dan akhirnya dia berjaya. 

"Eh?! Mana Iyaamm?!" Aalyaa terkejut apabila mendapati Ikhram sudah hilang sebaik sahaja dia tiba di situ.

   "Iyamm?! Iyaam!! IKHRAAAAAAMMMMM!!!" 


Aalyaa terbangun daripada tidurnya. //Iyaam.. Kenapa aku mimpi kau lagi? Kau nak cakap sesuatu ke? Dua tahun lepas, aku mimpi kau hilang. Bila aku bangun je, baru kami sedar. Kau betul-betul hilang!! Aku tak paham. Aku dah mimpi kau hilang. Dan kau hilang. Kali ini aku mimpi kau hilang lagi. Tapi kau memang dah hilang 2 tahun lalu.. Aku tak paham.. Iyaam.. Mana kau pergi?\\  Aaliyaa menangis tersedu sedan.

                                                               πŸ’€πŸ’€πŸ’€


      "Kak.. Aku mimpi lagi.." Kata Aaliyaa sebaik sahaja wajah Suraya terjengul di hadapan matanya.

    "Mimpi apa, Iyaa?" Tanya Suraya sambil meletakkan nasi goreng yang dimasaknya di atas meja.

   "Aku mimpi.. Iyaamm lagi.." Wajah Aaliyaa tertunduk menyebut nama Ikhram. Suraya tersentak. Air matanya tiba-tiba bergenangan. Tetapi ditahannya seboleh mungkin.

    "Apa kau merepek ni?" Suraya cuba menafikan dengan berpura-pura sibuk menghidangkan nasi goreng ke dalam pinggan.  "Adik!! Jom makan!!" Panggil Suraya. Terkedek-kedek Surina berjalan mendekati Suraya. Budak empat tahun itu kelihatan gembira bermain. Dia terus memanjat kerusi yang separas dagunya dengan bersungguh-sungguh. Suraya yang lucu melihat adiknya membantu Surina  duduk di atas kerusi.

     "Kak. Betul.. Aku mimpi Iyam lagi.." Aaliyaa bersuara lagi.

     "Dah lah tu Iyaa. Aku tahu kau rindu Iyamm.." Suraya cuba menyembunyikan matanya yang sudah bergenangan.

    "Kak... Su.. Su!!" Panggil Aaliyaa.. Suraya yang di dapur buat tidak dengar sahaja teriakan adiknya. Dia tak mahu dengar lagi. Cukuplah dia menderita disebabkan kehilangan Ikhram.

     Tiba-tiba tangan kecil Surina memegang lengan Aaliyaa. Aaliyaa memandang mata buntang Surina yang comel itu. Budak kecil itu kelihatan ceria. "Adik main dengan abang.." Kata Surina. Aaliyaa terkejut.. 

   Dia lantas mendukung Surina ke dalam dakapannya. "A.. Abang? Abang siapa?" Tanya Aaliyaa gementar.

     "Abang.. Iyamm" kata gadis comel itu. Aaliyaa tersentak. "Dekat mana, dik?" Air mata Aaliyaa hampir tumpah dek perasaan yang berjampur baur. Gembira dan takut sekali gus menerpa.

    "Dekat situ." Surina menunjuk ke arah luar rumah.

    "Tadi abang ada main dengan adik.." Katanya lagi. Bersungguh-sungguh wajahnya bercerita. Aaliyaa pula tidak mampu menahan emosi. Dia mendukung Surina dan membawanya ke luar untuk memastikan kata-kata gadis itu.

      "I.. Iyam?" Aaliyaa memanggil seolah-olah berharap adik lelakinya berada di situ. Tapi hampa. Ya, apa yang dilihatnya di kala itu hanyalah bahang terik matahari yang menerjah ke wajahnya. Tiada walau seorang manusia pun diluar. Atau mungkin.. Bukan manusia. Bukankah budak-budak boleh melihat... Makhluk lain..? 

     "De.. Dekat mana adik main dengan Iyamm tadi, dek?" Tanya Aaliyaa gagap. Dia sedaya upaya menahan gelodak perasaannya yang memang bagaikan taufan halilintar. Menyerang dengan hebat dan menusuk laju dalam hatinya. Ditelan air liur dengan payah untuk mendapatkan kembali kekuatannya.

     "Dekat sini laaa" Surina melentok manja pada bahu kakaknya. Dia tersenyum memandang wajah pucat Aaliyaa. Aaliyaa kelihatan kecewa... Memanglah...

     "Adik... Iyamm.. Ade lagi tak dekat sini..?" Walaupun tahu mustahil, tapi die tetap mencuba. Tak kesah lah dia dapat melihat atau pun tidak, dia tetap mahu berjumpa dengan Ikhram.

    "Tak ada. Iyam dah pergi. Adik tak paham lah kak. Abang kata abang dah pergi.. Abang kata abang sayang kak Su dengan Kak Iyaa.. Adek pon sayang kakak..πŸ’•πŸ’•" surina memeluk pangkal leher Aaliyaa. Dia sungguh gembira. 

   Berlainan pula dengan Aaliyaa. Perkataan 'dah pergi' itu membuatkan jantungnya berdegup kencang? //Iyaam.. Aku tak paham! Tolonglah.. Datang.. Dan jelaskan pada aku...\\ Air mata wanita Aaliyaa akhirnya menitik sikit demi sedikit.

                                                                           πŸ’§πŸ’§πŸ’§

  Perkara yang berlaku tadi tidak diberitahu oleh Aaliyaa kepada Suraya. Dia tahu Suraya tidak akan mempercayainya. Tetapi secara jujurnya... Misteri kehilangan Ikhram, sedikit demi sedikit mula tersingkap. Entah lah. Dia pun tidak pasti. Dia pernah terlihat, kelibat Ikhram di satu tempat dalam mimpinya. Tapi dia sendiri tak pasti.. Malahan tidak tahu pun di mana tempat itu.. Jangan kata tidak tahu, dia juga sudah lupa bagaimana rupa tempat itu.. Pening.. Aaliyaa pening.. Bagaimana harus dia pendam perasaan itu sendiri?

   Deringan telefon bimbit mematikan lamunan Aaliyaa. Air yang merenek di tubir matanya segera diketap. "Hello..?" Tanpa melihat siapa gerangan yang menelefon, Aaliyaa menjawab.

     "Siapa ni..?" Tiada sahutan dari orang yang memanggil.

    "Hello..?" Aaliyaa sudah berkira-kira untuk meletakkan sahaja panggilan.

     "Janganlah sedih.. Aku pasti kau tabah.." Kedengaran satu suara yang tidak dikenali dari telefon bimbit itu. Aaliyaa tersentak..

   "Apa..? Kau siapa nih? Hello..?" Aaliyaa cuba bercakap lagi.. Tiada sahutan...

  "Peliknya.. Aku macam dengar ada orang cakap sesuatu.." Aaliyaa sekali lagi ingin menamatkan panggilan.

     "Kakak.. Sabar ye... Iyam akan balik.." Suara itu, kian jelas di telinga Aaliyaa. Talian dimatikan secara tiba-tiba. Aaliyaa menangis.

    "Ya allah....." Aaliyaa pitam. Dunia kian gelap gelita. Dan rintik hujan mula kedengaran semakin lebat. Pendengaran Aaliyaa sedikit demi sedikit beransur sunyi...

                                                                   πŸ“±πŸ“±πŸ“±



      Kelam. Gelap. Sunyi. Tiada apa lagi di situ. Hanya terlintas perkataan-perkataan itu dibenaknya sekarang. Kiri.... Hitam... Kanan... Sunyi... Depan... Kelam... Belakang... Gelap... 
Bagai tiada penghujung.. Dia tidak tahu dia berada di mana. Yang pasti.. Dia bukan dalam realiti. Dia mungkin... Dalam dunia yang tiada siapa tahu.. Dunia kedua..! Yang menghubungkan dua alam...

  Dia tak nampak walau suatu bendasing pun. Hatta tangan dan kaki sendiri. //aku di mana?\\

  Dia mula menapak. Selangkah.. Dua langkah.. Tiga langkah.. Berhenti!! Tiba-tiba kakinya tidak mahu melangkah lagi. Mungkin kerana sedar dia tidak akan ke mana-mana. Ingin menangis.. X berguna. Kerana dia sudah tiada air mata lagi. Nak meraung..? Suara pun tidak kedengaran.. Yang dia terfikir sekarang.. //Di mana aku?\\

  Tiba-tiba suatu cahaya samar menerjah dari belakang. Dia menoleh. Cahaya tersebut hilang. Apa yang mampu di lakukan... Hanya menggaru kepala. Sekali lagi, ada cahaya samar di belakangnya. Dia menoleh lagi. Kali ini dia melihat.. Seorang lelaki sedang tersenyum meleret padanya. Mata lelaki itu bulat dengan urat belirat di atas gelemairnya. Senyuman lelaki itu sinis sehingga ke telinga. Telinga lelaki itu tajam sepeti matanya. Dan hidungnya pesek menampakkan kedua lubang hidungnya yang berbentuk segitiga.

      Dia terkejut. Hampir menjerit dibuatnya. Namun apakan daya, suara dari esofagus tidak dapat keluar. Hanya suara hatinya rancak berkata dan bertanya.. //siapa kau? Apa yang kau mahu? Aku di mana?! Kau kah yang bawa aku ke sini?! Siapa kau?\\

      Lelaki itu tersenyum. Ngeri! Senyumannya menakutkan. Mulut yang panjang seperti terkoyak hingga ke telinga! Tiada apa yang dikeluarkan dari mulut itu selain senyuman yang mengerikan. Lelaki itu berpaling dan berjalan. Secara tiba-tiba, kakinya turut mengkiut pergerakan lelaki tersebut. Sehinggala lelaki itu berhenti.

    //Aku di mana?\\ Soalnya lagi. Bingung.

"KaU aKaN tAhU nAnTi..." Kata lelaki itu sinis. Kemudian kegelapan kembali menjelma menenggelamkan kewujudan lelaki itu dan dia... Ikhram!

                              >>>>>>>>>>>>>>>>>>¥<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

     Kala itu.. Langit tidak berapa megah.. Tiada biru lembut yang menceriakan hati.. Tiada hitam pekat yang menyejukkan diri.. Hanya ada sebentang lautan langit yang kemerah merahan. Magrib telah menjelma. Pintu dan tingkap rumah sudah ditutup kemas. Kicauan burung langsung tidak kedengaran lagi. Dari jauh kelegapan malam mula menjelmakan diri.

     Seorang gadis berjalan sendiri. Tunduk meneliti jalan yang sepi. Jalannya ia hanya berpandukan naluri. Tiada siapa yang sudi menemani. Gadis itu hanya berjalan tanpa arah tujuan dan sekali ia berhenti. Kepalanya diangkat, dan matahari yang semakin hilang tenung lama. Dia harap tiada siapa akan menghalangnya.

     Dari jauh lagi.. Seseorang meneliti. Melihat dan cuba merapati. Tetapi sayangnya tidak akan di dapati. Dia berlari pada gadis itu. Bila sampai di sebelahnya, dia cuba memberitahu gadis itu sesuatu.. Tetapi gadis itu tidak boleh mendengarnya. Dia cuba mengatakan sesuatu.. Tetapi gadis itu seperti tidak mengetahui kewujudannya.

     Akhirnya dia mengambil keputusan berbisik pada gadis itu. //pulanglah ke rumah kak. Jangan kau cari aku lagi.. Aku sudah pergi menghadap ilahi... Jika dizinkan, kau pastikan aku menjumpai 'jasad' ku, kak Iya!\\ lalu berlalu dengan berta hatinya. Setapak, dua tapak dia melangkah.. Gadis itu bertempik dan menangis.

      "Iyam..? Iyam.. Kau di mana? Jangan kau buat aku begini..? Aku sanggup meninggalkan Su dan adik semata-mata mahu mencari kau, Iyam!! Kembalilah.. Aku dah penat terselsa..!" 

      Iyam terkedu. Dia mengepal penumbuk. Tidak mungkin dia akan kembali. Dia sedar siapa dia sekarang. Dia sedar di 'alam' mana dia sekarang. Tak mungkin dia akan kembali. Kecuali jika ditakdir ilahi. Dia mahu menunjukkan sesuatu pada Aaliya! Dengan itu sahaja cara untuk membuktikan kematiannya pada mereka!

       //Aku akan buat kau percaya tentang kematian ku, kak\\ Iyam berpaling menghadap Aaliya yang sedang terjelapuk menangis sendiri.

                             >>>>>>>>>>>>>>>>>>¥<<<<<<<<<<<<<<<<<<<


    //Sekali lagi?!\\ Getaran suara Aaliya bergema di ruangan gelap itu. Ya, dia kembali pada mimpi itu.

    //Kali ini aku kene dapatkan jawapannya. Aku akan cari kau dan buktikan kau belum mati, Iyam!\\  air mata yang merenek terus diseka dengan laju.

    Tiba-tiba dari satu arah satu cahaya menerangi suatu tempat. Dari situ dia dapat melihat.. Seseorang.. Tak.. Bukan seorang! Tetapi dua.. Dan..

    //Tak mungkin!! Itu Iyam!!\\ Aaliya menjerit memanggil adiknya tetapi tidak kesampaian. Iyam kelihatan sedang mengikuti seseorang.. Seseorang yang berwajah aneh. Mereka memasuki sebuah pintu. Aaliya berlari selaju-lajunya dan berjaya memasuki pintu yang terbuka itu. Sebaik sahaja Aaliya memasuki pintu itu, pintu tersebut terus tertutup dengan sendirinya dan ghaib! Begitu sahaja..?!

                             >>>>>>>>>>>>>>>>>>¥<<<<<<<<<<<<<<<<<<<


         Iyam mengikuti lelaki aneh itu masuk ke sebuah pintu. Pintu itu hodoh! Buruk macam lelaki aneh tersebut!! Iyam terus berjalan dengan sendirinya bagaikan kakinya memang diprogramkan untuk mengikut lelaki aneh itu. Beberapa langkah berjalan dan mereka berhenti. Lelaki itu tersenyum menakutkan lagi. Iyam dapat melihat senyumannya yang mengerikan dari belakang. Sedikit lebar lagi dia tersenyum, pasti koyakan pada mulut itu akan menyentuh telinga. Ngeri!!

     "NaMpAk KeRuSi Tu?~ DuDuK sItU!!" Arahnya. Iyam tidak mahu tetapi kakinya beroperasi dengan lancar berjalan dan menghenyakkan punggung di atas kerusi besi itu. Iyam menjerit. Kerusi itu bukan sahaja mempunya terpat duduk yang terdapat kaca yang tegak berdiri bagai menanti seseorang duduk di atasnya, tetapi mempunyai elektrik statik. 

      Meraung-raung Iyam kesakitan. Kaca tersebut menusuk jauh ke dalam punggungnya dan renjatan elektrik mengalir terus ke lukanya dipunggung menyebabkan luka tersebut terbakar dan terkoyak dengan lebih besar. //WARGHHHHHHH!!\\ Meritan terseksa Iyam bergema. Lelaki aneh itu senyum senget. Dia menutup eletrik statik tersebut.

     //Apa salah aku sampai kau buat aku macam ni?\\ Dalam kesakitan, Iyam bertanya. Lelaki aneh itu akhirnya gelak. 

   "TaK aDa! KaU lAnGsUnG tAk BeRsAlAh!" Jawab lelaki itu sambil ketawa kuat. 

   //Kau tipu! Kenapa kau seksa aku kalau aku tak ada dosa dengan kau?\\ Iyam terus meberanikan diri bertanya. Lelaki itu menyeringai geram. Dia mengambil pisau di atas meja dan mendekati Iyam.

     //AARGHHHHHH!! Sakit!!\\ Iyam berteriak nyaring sebaik sahaja lengannya tertusuk pisau besar itu. Lalu elektrik statik dihidupkan menyebabkan elektrik memasuki badan melalui pisau pada luka di lengannya. Mengalir dalam darahnya. Lelaki itu memberhentikan eletrik statik tersebut.

    //s..sa..kitt.. Apa.. Salah.. A.. Aku?\\ Air mata jantan Iyam mengalir deras. Tidak terungkap sakitnya apabila air mata itu mengenai setiap luka renjatan eletrik diwajahnya.

    "TaK aDa! TaK aDa! AkU kAtA tAk AdA!!" Lelaki itu menengking lagi. Kali ini kapak di atas meja diambil dan dikapak di peha Iyam.. Menjerit kesakitan Iyam dibuatnya.

    //Ibu.. Ayah.. Apa salah Iyam.. Sampai dia seksa Iyam sampai macam ni sekali?\\ Tangis Iyam lagi. Kesakitan yang dirasai tidak mampu diungkap dek mulut. Tidak mampu ditafsir dek akal. Hanya deria rasanya yang maha mengetahui kesakitan itu. 

   Lelaki itu tersenyum. "Ya. BeTuL tU.. IbU aYaH kAu.. SuAtU kEtIkA dUlU jAdIkAn AkU pEmBuNuh!! DiOrAnG pAkSa AkU bUnUh BaPak AkU sEnDiRi SeDaNgKaN aKu TaK nAk.. TaPi DoRaNg UgUt AkU, kAlAu AkU tAk BuAt DoRaNg AkAn FiTnAh AkU yAnG rOgOl AnAk DoRaNg SeDaNgKaN KaKak KaU dIrOgOl OlEh BaPaK kAu SeNdIrI! WaLaUpOn DiA dAh MaSuK pEnJaRa, KaU iNgAt AkU pUaS... DiA dAh BuNuh AyAh aKu.. So ApA kAtA aKu BuNuH aNaK DiA pUlak..?" 

    //Tunggu!! Ayah.. Ayah rogol kakak aku? Siapa..? Siapa? Su atau.. Iya?\\ Iyam yang hampir pitam dari tadi terus tersedar bila lelaki itu mengatakan salah seorang kakaknya telah dorogol ayahnya sendiri!

    "YaNg NoMbOr 2.." Kata lelaki itu sambil tergelak besar.. Sebelum elektrik statik dipasangkan dan dibiarkan Iyam direnjat sehingga mati! 

    Aaliya yang mendengar menekup mulut.. "Aku.. Aku pernah dirogol..? Ayah..ayah yang rogol aku? Tidak.. Tidak.. Iyam.. Iyam tak boleh mati.. Iyam.. Aku kene rogol? Iyam jangan mati.. Tidak.. Apa ni..? Aku keliru.. Iyam diseksa.. Dia dah mati.. Tapi aku kena rogol.. Dengan AYAH?! Tidak.. TIDAKKK!!" 

                            >>>>>>>>>>>>>>>>>>¥<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

     Dalam kekeliruan yang melanda, pasti ada jalan kalau kau bisa memahaminya. Kau perlu mencari haluan terbaik untuk memahami kekeliruan itu. Kau perlukan ketenangan. Sama ada masalah atau kau yang bermasalah. Itu berpunca dari hati masing-masing. Tetapi kalau jalan yang kau pilih salah. Kau akan mati dalam kebinasaan. Contoh depan mata yang kau boleh ambil.. Aaliya bt. Arufin.. Mati akibat menusukkan kepalanya dengan pisau belati di dapur rumahnya. Dia bukan sahaja meninggalkan tanda tanya yang sangat banyak pada kakaknya, tetapi menarik segala kekuatan dan kewarasan seorang gadis bernama Suraya bt. Arufin yang sekarang berada di hospital sakit mental. Adiknya.. Mungkin hilang.. Mungkin diambil orang.. Siapa tahu.. Dan siapa kesah..?!