Wasokkrang do iwanoe,
Jinjangga ok subanoi,
Kurongjingga on buawoi,
Cintako sak mulono
Kalau korang pernah dengar, tahulah kamu.. Satu cerita ini. Dulu, ada seorang nenek. Dia mempunyai seorang anak gadis yang sangat jelita. Satu hari, anak gadisnya hilang sangatlah lama. Sehingga lapan purnama. Akhirnya anak gadisnya itu pulanglah. Nenek itu pula sangatnya gembira. Nama anak gadis itu Oi. Dia pulang dengan membawa anak kepada nenek tua itu. Namun anaknya masih dalam kandungan.
"Maafkan Oi, emakku. Oi sudah terlanjur. Ini anak dari itu, emakku. Jika engkau tidak mahu menerima ku semula, maka terimalah cucu mu ini, emakku."
Dengan hati yang hiba si nenek pun menerima kedua-dua anak dan cucunya. Dia sudah tidak kisah akan keadaan anaknya yang mengandung luar nikah. Satu hari, bila sahaja sang purnama yang indah dan besar keluar dari balik hutan-hutan yang merimbuni di hadapan rumah si nenek, cucunya pun lahir ke dunia. Namun, anaknya pula dihantar ke alam sana. Menangislah si tua itu.
Sejak itu dijaganya cucunya sehingga besar. Namun cucunya pula mati disumpah orang. Lalu nenek itu pula berteriak dan bersumpah;
Aku menerimanya walau tuhan tak menerimanya,
Lahirnya ia dari jasad anak ku Oi,
Jadi matinya ia membawa semangat jahat Oi,
Saka lagu ini akan sentiasa bersama oi..
Atau bila dinyanyikan si tua itu dalam bahasa renaunnya, ia berbunyi begini pula.
Wasokkrang do iwanoe,
Jinjangga ok subanoi,
Kurongjingga on buawoi,
Cintako sak mulono.
Tapi jangan risau, ada sambungan dia.
Dare songgaca dowa rokwang,
Hakoi na che wasokkrang,
Knyapo risek non motaang,
Chipana soko ni warang.
Biar saya translatekan.
Aku sudah tua tidak masih berkudrat,
Anak ku Oi sudah menerimanya kuat,
Tatkala ini sumpah ku sudah dimeterai,
Barang setan siapa yang baca dan nyanyi.
Korang dah faham kan.. Ada satu ketika, bila kain hitam yang bertatahkan lagu ini berterbangan di perkampungan. Seorang budak membaca dan ketakutan membuangnya. Namun dia telah mati terbakar tiba-tiba. Kain hitam terbang pada orang ke dua, orang kedua pula menjadi buta matanya. Namun dia sentiasa di dampingi seorang nenek tua yang berupa saka padanya.
Kain Hitam jatuh pada tangan orang ketiga, orang ketiga dirasuk setan menjerit dan mengilai. Dia duduk di atas pohon dan bersenandung menyanyikan lagu sumpahan itu. Kemudian di dengari orang ke empat.
Orang keempat pula, terlihat seorang nenek tua sedang merangkak di atas siling rumahnya. Nenek tua itu menjelirkan lidahnya dan bersenandung sehingga lelaki keempat mati. Orang kelima mendapatkan kain hitam itu, dibawa ke alam ke dua. Kemudian disumpah matanya supaya sentiasa melihat si nenek tua yang berada disebelahnya. Orang keenam pula memegang kain hitam, membaca dan terus naik gila. Kemudian hidupnya diambang sumpahan. Badannya terkadang ditumbuhi mata liar. Terkadang keluar ulat memanjang. Dan terkadang pula ada tangan yang melingkar. Orang ketujuh merasai kematian apabila si nenek seringkali merenungnya melalui cermin, televisyen mahu pun alatan baru seperti telefon yang digenggamnya. Orang kelapan pula mati lebih tragis, si nenek bertindak ganas dengan menyamar menjadi orang sekelilingnya yang dikenali. Lalu apabila orang itu duduk bersebelahan dengannya, si nenek yang murka itu menyeringai dan menjamah tulang temulangnya.
Adakah anda tahu, anda sedang membaca mesej sumpahan? Kalau anda tahu, cepat-cepatlah berbuat baik.. Sebelum dihantar ke alam sana..
Agaknya, anda akan dihukum seperti orang keberapa, ya?
P/S: CERITA INI ADALAH REKAAN SEMATA-MATA. TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAUPUN YANG MATI. MANTERA DI ATAS BUKANLAH MANTERA YANG BETUL, TAPI INGAT. JANGAN ULANGINYA. TAKUT IA MENJADI KENYATAAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan