scary and mysterius

SEBAB AKU.. SUKA UNGU..

"Wei, bosan.. BOSAN!!" Hambur Ayunie. Dia membuat muka masam.

"Lisa.. Tak nak citer ape-ape ke?" Maryunie kembar Ayunie yang kebosanan mensarankan Lisa supaya bercerita sesuatu.

"Yelah. Awak tu kan penuh dengan cerita pantasi n hantu awak tueh.." Ayunie kembali bersemangat setelah menyedari mungkin ada topik yang bakal Lisa sampaikan selepas ini.

"Hmm.. Saya nak cerita...Saya tak pasti ni cerita betul ke tak.. Tapi... Korang dengar dulu citer ni.. Citer ni.. Berlaku dekat kampung Hilir, seberang Kota Anjung.. Dekat kampung sebelah tu..."

         πŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒ

"Inaaa!! Ina sayang!! Ina kat mana..?!!!" Suara jerit pekik seorang wanita memenuhi segenap ruang .

"Inaa!! Inaa!! Baliklah!!! Jangan buang kami risau!!!" Seorang wanita lagi kedengaran terjerit pekik bagai nak terkeluar anak tekak.

"Ini semua salah Ayu, mak! Salah Ayu..!! Kalau lah Ayu tak cakap kasar-kasar dengan Ina tadi.. Mesti Ina takkan buat cam ni, mak.." Rintih Ayu. Ya. Perasaan bersalah menggunug di dalam benaknya. Manakan tidak. Seluruh anggotanya bagai nak tercabut. Otaknya bagai tak dapat berfikir lagi.. Organ pernafasannya pula bagai sudah tidak mampu menampung udara.  Dia tahu adiknya tidak boleh dimarah dan dikasari. Adiknya itu seorang yang senang berkecil hati. Mungkin sebab statusnya yang seorang OKU kerana terencat akal itu. 

"Maafkan kakak Ina!! Maafkan kakak.. Kakak bersalah.. Ina.." Rintihan Ayu kedengaran mendatar. Dan ketika itu, hujan lebat mula mencurah-curah turun membasahi bumi.

Ayu yang sudah terjelapuk duduk di tanah bagaikan tiba-tiba terkejut bagai terkena kejutan elektrik. Dia seperti terkaku dan badannya mengejang. Matanya tidak kelihatan tompok hitam lagi. Air mata yang tadinya jernih tiba-tiba berganti warna. Yang tadi putih jernih, kini  berubah seratus peratus kepada warna ungu. Untu dengan sedikit calitan merah. Ungu warna kesukaan Ina.

    Dua orang wanita yang dari tadi tidak mampu untuk berkata apa-apa terkejut melihat perubahan drastik pada anak gadisnya. "A.. Ayu.. Ayu!! Kenapa ni?" Puan wardi tercungap-cungap mengambil nafasnya yang sesak dik hujan lebat yang bagai menghalau mereka dari terus berdiri di buminya itu.

"MaKkk~~~~~" Ayu merengek sakit. Ada sesuatu yang sedang mencengkamnya dan membuatkan dia tidak boleh bergerak.

"Ayu.. Ayu.."  Ayu terdengar suatu suara yang amat dikenalinya memanggilnya.

"Tak habis-habis Ayu.. Aku pun manusia jugak... Kenapa nak asyik bangga dengan Ayu?!" Suara itu bergema lagi. Tetapi yang peliknya. Suara itu hanya didengari Ayu yang kejang itu sahaja. 

"Aku tahu aku OKU!!! Aku tahu aku tak pandai!!" Suara itu bergema lebih kuat. Sehingga menghasilkan sedikit gegaran pada bumi.

Tiba-tiba, disebalik hujan lebat yang mencurah-curah bagai tiada penghujung itu, seorang gadis berbaju ungu dengan rambut perang muncul dengan wajah yang masam mencuka. Matanya tepat menikam si kakak.

"Pergi mati!! Pergi mati!! PERGI MATI!!!"Tengking Ina sebelum kilat sabung menyabung. Dan..

TUMMMMMM!! ⚡️⚡️⚡️

Kilat  memanah ke arah pokok menyebabkan pokok tersebut tumbang. Dan terus jatuh menimpa ketiga-tiga orang wanita itu. Ayu menjerit sekuat hati. Ayu ditimpa pokok tersebut. Pokok yang berat tersebut menimpa badannya membuatkan semua tulang temulang serta orang dlamannya berkecai. Malang tiba berbau lagi kepada Puan Wardi Dan Puan Ainu kerana mereka masing-masing dihempap pokok dikepala menyebabkan kepala mereka pecah teruk. Kepala Puan Wardi pecah sehingga menampakkan otaknya dan darah pekat mula mewarnai hujan disekelilingnya. Manakala Puan Ainu pula sehingga terkeluar segala isi, mata dan seluruh kepalanya hancur sehingga tidak nampak rupa kepala lagi.

   "Mm.. Ma.. Maafkan.. K.. Kakak.. Ina.." Dengan tenaga yang masih ada, Ayu mengatur kata sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ina tersenyum. Air matanya berjuraian turun bagaikan hujan. Air mata yang tadinya perlahan kini deras dan bersatu dengan air hujan.

Keesokannya... Orang ramai terjumpa mayat Ayu, Puan Wardi dan Puan Ainu. Tidak jauh daripada tempat mayat mereka ditemui, mayat Ina kelihatan seperti membunuh diri. Batang buluh yang panjang dan tajam kelihatan ditusuk-tusuk di badan oleh Ina sendiri. Dia kelihatan seperti.. Membunuh diri. Dengan matanya yang masih terbuka. Dan mulutnya yang tersenyum menyeringai. Baju ungu yang dipakai, sudah basah dengan kesan darah dan kesan hujan.

          ☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️

"Weyh.." Maryunie yang sudah meremang menyiku-nyiku Lisa.

"Seram kot.." Kata Maryunie lagi.

"Kan.. Kau pulak?" Tanya Lisa kepada Ayunie. Ayunie hanya senyum.

"Tak lah cerita tu salah. Ina yang buatkan Ayu tu sedih. Dan Ayu tulah yg bunuh diri tu. Yang kene hempap pokok tu Ina.." Ayunie berkata pula.

"Hek eley.. Konfiden je jawab.. Mana kau tahu.." 

"Sebab aku.. Suka warna ungu.." Ayunie tersenyum sambil terus berlalu. Lisa kaget.. Dia tidak faham. Dia keliru.

"Apahal Ayuni tu, Mar?" 

"Ayuni apa pulak kau ni?" Tanya Maryunie dengan nada hairan.

"Kembar kau tulah.. Hadui.. Nak buat lawak bodo pulak.." Lisa tergelak kecil. Gelak pura-pura. Dia rasa tidak sedap hati.

"Kembar? Wei.. Kau ni merepek!! Aku?! Kembar.. Hahahhaha.. Kelakar.. Kau ni.kan.. Dekat sini mana ade orang nama Ayunie... Ape lah.. Kau ni dah terikut-ikut dengan cerita kau tulah.. Ehh.. Tak silap aku.. Budak yang kau cerita tu.. Namanya sebenarnya Ayunie.. Orang panggil dia Ayu.. Tapi sebenarnya.. Bukan Ina yang suka warna purple.. Dan bukan Ina yang bunuh diri tu.. Yang suka warna purple dan bunuh diri tu.. Ayu tu lah.." Kata-kata Maryunie membuatkan Lisa rasa mahu rebah. 

"Habis tu tadi aku cerita dengan siapa..?" Tanya Lisa dengan keadaan bingung. Bertambah lagi rasa takut yang sudah menjalar hingga ke seluruh urat tulangnya.

"Aku 'je' lah.. Hishh.. Kau ni.. Buat aku meremang je.." Maryunie mengerutkan dahinya. Lisa gelabah. Seluruh tubuhnya menggigil. Dan dia.. Pitam dengan seribu persoalan dan ketakutan yang tidak terhingga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan