scary and mysterius

Mari citer-citer!! πŸ˜™πŸ˜™

Saya... Nak buat cerita bersiri.. πŸ˜™πŸ˜™ tapi malangnya.. Saya akan malas tulis sambungan citer tu.. πŸ˜–πŸ˜–.. Hopefully saye boley buat ciet bersiri lagi.. Alamak typo lah pulak.. Malas nak padam.. *citer.. Heyhey.. Ehh.. Lupa pulak nak cakap.. Saya nk cietr sikit pasal.. Aku lihat.. Ungu! Cerita tu cerita bersiri.. Tapi.. Setiap episodnya cerita semua lain2..  Ni saya nak kupas sikit pasal.. Aku lihat.. Ungu! Part 1..

  Izzah Salim tak tahu makhluk itu apa sebenarnya. Mungkin bunian. Atau makhluk halus. Tapi dia tidak mahu ambil tahu. Yang dia tahu, dia nak rahsiakan daripada orang lain. Takkan lah dia nak menjaja cerita pasal makhluk itu. Sudah cukup dia ketakutan bagai nak tercabut nyawa ketika bersua muka dengan gadis berjubah ungu itu. Tetapi, secara jujur lagi zahiriahnya, dia juga mahu tahu apa dan kenapa mahkluk itu berada di situ. Tetapi apa kan daya. Dia tidak mampu. Dia takut. Dia bukan seorang yang kuat semangat. Apatah lagi yang punya jati diri yang jitu. Dia tidak berani. Biarlah apa yang dilihatnya, dia sahaja yang tahu. Bila tiba waktunya nanti, baru dia akan ceritakan pada mereka tentang perkara itu. Itu pun, kalau dia terpaksa...

Itulah yang difikirkan Izzah Salim semasa menyapa Aqilah dan Syirah ketika itu. Namun, tanpa disedari, gadis berjubah ungu dan bermuka separuh hitam terbakar itu, sedang merenung penuh geram kepadanya. Tetapi makhluk itu tidak akan melakukan apa-apa kepadanya. Kerana makhluk itu, bunian yang tidak mengapa-apakan kanak-kanak yang bersalah. Bunian itu mengeluh dan perlahan-lahan berpaling dan menghilang. Secalit senyuman manis menghiasi bibir gadis berjubah ungu itu. Dia sudah punya teman selepas ini..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan