scary and mysterius

Tahun Baru Qaira Hazira


[just for fun]
     Nama aku Hazira. Nama panjang Haziiiraaaa... Hehehe, tak adalah.. Nama sebenar aku Nur Hazira Qaina bt. Hazeeri. Orang panggil aku Haz je. Tapi untuk orang yang rapat sangat dengan aku jelah. Kalau rapat tak rapat macam tu panggil aku Zira. Kalau guru-guru atau seangkatan dengannya akan panggil aku Hazira. Tapi, hanya saudara mara akan panggil aku Ira. Family pulak panggil angah Haz je. Banyak kan nama panggilan aku? Biasalah orang famous macam aku mesti ada banyak gelaran.

      Hari ni, hari pertama dalam 2015 aku bersekolah. Exited tak exited jangan cakaplah. Aku pon tak tahu aku ni exited ke tak. Masa baru budak sekolah rendah dulu, setiap kali tahun baru mesti exited. Tapi sekarang hambar je. Pagi ni, aku bangun awal. Bukan pasal bersemangat sangat, tapi pasal aku tak lena tidur sebab stress skolah dah buka. Oh No ?!!

"Angah Haz!!! Bangun cepat!!" Pagi-pagi lagi mama dah memekik panggil nama comel aku ni. Wal hal aku dah bangun dari pukul 5.30 tadi. Sakit kepala aku dengar pekikan mama.

"Angah Haz dan bangun lah ma." Jawab ku malas. Aku yang sudah siap beruniform mula mendamparkan badan ke atas katil comel aku ni. Aku malas nak turun awal-awal. Kalau aku turun awal-awal tak pasal-pasal kena buat itulah inilah. Tak pun mesti mama soal siasat aku kenapa aku bangun awal sangat hari ni. Aku langsung tak peduli kalau baju aku berkedut balik. Lantaklah berkedut pon. Orang pergi sekolah nak belajar bukan nak cantik.

"Dah tu cepatlah turun!!" Suara mama bergema lagi. Mengeluh aku mendengar pekikan tak berinsuran mama ni. Perlahan-lahan aku bangun dari pembaringan  nak mencapai beg galas purple ku. Aku menggagahkan diri untuk turun ke ruang makan. 

     Dari tangga lagi aku dapat lihat kelibat beberapa orang sedang duduk kusyuk di meja makan. Alamak banyak lemak, adalah pula orang-orang sewel yang dah turun dulu dari aku kat situ. Masak lah aku macam ni. Dah lah aku selalu jadi bahan dorang. Sakit pulak otak aku tengok manusia berdua tu.

"Oi oi oi.. Loser dah bangun lah... Haaa, meh sini loser duduk dengan si cantik kat sini ye." Haa, kalau nak tahu yang nilah kakak sulung aku. Nama dia Nur Haziqah Qirana. Aku panggil dia Along Iqa je. Dia ni memang kaki buli dan kaki maki. Tak habis-habis ayat sentap dia bagi kat aku. Aku sebagai adik ni hanya mampu berserah kepada allah. Kakak aku ni aku panggil cekodok kodok. Dah lah perasan cantik padahal muka sebijik macak kodok belakang rumah Pak Wan. 

"Alah alah si sememeh ni.. Aku ingat kan kau masih buat air liur basi lagi tadi. Awal bangun yek. Mimpi ngeri ke?" Satu lagi soalan menyakitkan hati dari kembar along Iqa aku ni. Dia ni satu-satunya anak lelaki dalam keluarga ni. Dia yang paling bongsu dalan kembar tiga. Nama dia ni Haiziq Qairan. Orang nombor dua paling mnyakitkan hati. Dia ni kah sekutu along Iqa. Elok-elok mama dengan papa suruh aku panggil dia along Iziq tapi aku panggil dia muka spender. Sebab malam-malam dia tidur dengan spender dekat kepala. Ahahhahahah.. Selekeh gile. Harap muka je cun.

"Jangan kacau dialah. Tak matang langsung." Suara gemersik halus yang mebuatkan aku tersenyum lebar mendengarnya. Sudah tentulah suara along Ima. Siapa lagi yang akan protec aku masa-masa macam ni. Nak harap kan mama, mama malas nak ambil peduli kalau perkara tu dia tak dengar sangat. Along Ima ni kembar ke dua dari triplet ni. Nama sebenar dia Nur Haizimah Qairini. Aku paling sayang dia antara tiplet bertiga ni. Dia selalu protec aku kalau aku kena bash dengan si cekodok kodok dengan muka spender ni. Maklumlah aku ni jenis yang tak melawan orang yang lagi tua dari aku. Cerita pasal along Iama ni aku dengar sebenarnye along Ima ni banyak peminat tapi dia ni jenis yang alim sikit. Sebab tulah dia tak minat dengan benda-benda macam ni. Lagi pun dia ni garang and tegas orangnya. Mesti lelaki-lelaki takut nak dekat. Dah lah ada skill karate walaupun baru level kuning.

"Biarlah.. Angah Haz suka kan along Iqa dengan along Iziq buli kan?" Satu soalan bodoh menerpa ku yang diajukan oleh Along Iziq. Matanya membuntang membeti amaran. Aku mals nak menjawab. Terus aku berlari mendapatkan Along Ima. Dengan cara tu je aku dapat diselamatkan. Biasalah, along Iqa dan along Iziq pun takut dengan along Ima yang garang mengalahkan singa. Along Ima hanya akan berlembut dengan mama, papa, aku dan dan Iya. Adik aku yang terakhir.

"Meh sini angah duduk sebelah along Ima eh.. Jangan layan budak sewel dua orang tu." Along ima baik memeluk bahu ku. Aku tersenyum gembira. Aku menjeling tanda menang ke arah dua orang along gile yang tidak berperikemanusiaan itu.

"Ape hal pagi-pagi ni kau bisu pulak?" Laser sungguh lah mulut si along Iqa ni.. Orang tengah tak ade mood ni.

"Tak de mood.." Aku akhirnya bersuara juga. Aku memandang Roti telur cheese di hadapan ku yang baru dimakan segigit.

"Kesah apa.." Dengar tu jawapan sengal menonggeng dari si along Iqa ni. Kau yang tanya aku, kau boleh jawab macam tu. Nak aje aku bidas. Nasib aku tak ada mood nak berlawan kata. Kalau tak mati kutu kau nanti aku kerjakan. Buat sakai aje pagi-pagi dengan lawak bangang berbaldi dia tu. 

   Sebenarnya along Iqa dengan along Iziq ni bukannya jahat sangat. Diorang ni nampak je macam tu tapi dia memang orang kata save on aku dengan Iya adik aku yang berumur 10 tahun kat sekolah. Pantang dia kalau ada orang sakitkan hati adik dia, tapi kalau dia yang sakitkan hati aku tak apa pulak. Sewel punya dua orang along ni. Bila depan aku macam taiko segala teko. Depan kawan-kawan macam baik sangat. Puih lah weh.. Geram aku dengan dua cempedak busuk bergolek-golek ni.

"Mama, angah nak pergi sekolah dulu lah. Angah jalan kaki jelah hari ni." Aku bangun dari kerusi. Roti yang berbaki suku aku biarkan. Aku pandang along Ima dan bersalam dengannya.  Makcik sorang ni dah berkedut muka macam mak nenek dah aku tengok. Along Ima kelihatan tidak bersetuju. Tapi aku tahu dia tidak suka mengongkong ku. Mama yang baru hendak duduk di kerusi terus tak jadi duduk. Sampai macam tu sekali nak bantah. 

"Kenapa? Bas kan akan sampai sekejap lagi? Angah Haz nak melencong ke?" Mama serkap jarang bertanya padaku . Amboi, bukan main lagi ye fikir mcm tu.

"Tak lah. Malas lah nak jadi tunggul hidup depan rumah. Baik angah Haz pegi dulu je." Aku malas mahu bercakap jujur. Aku tak nak panjang-panjangkan cerita. Nanti habis si dua orang cempedak busuk tu kena marah sebab aku. Tak sanpai hatilah pulak.

"Hmmm.. Boleh ke sorang-sorang ? Tak bahaya ke ?" Mama risau pada ku. Eishh, bila along2 yang dua ekor tu kacau dengan usik aku mama tak risau pulak. Buat pekak tahi telinga dia aje.

"Tak palah mama... Angah kan ada body gurd tak berbayar." Macam lah aku tak tahu yang ketiga-tiga along aku tu selalu spy aku. Nak pastikan aku selamat. Kalau tak tiga-tiga mesti dua atau satu. Tapi selalunya seorang je.

    Along Iqa, Along Iziq dan Along Ima terjegil mata,endengar aku menyebut perihal kerjaya tanpa bayaran mereka. Terus mereka berpura-pura tidak mendengar. Aku pun hanya pura-pura tak tahu. "Mama, Angah pegi dulu lah." Aku mencapai tangan mama dengan segera dan terus mengucup tangan tua itu. Nak tunggu mama bagi kata putus sampai bulan depan pun tak pergi sekolah aku jawabnya.

     Setelah menyalam tangan mama, aku meraih tangan along Iqa dan along Iziq juga. Walaupun masih geram dengan mereka berdua, tapi tak baik lah kalau aku terus melupakan dua 'body gurd' aku tu.. Karang tak pasal2 merajuk tak bertempat, hilang terus body gurd free aku ni.. Mereka menyambut dengan baik. Setelah keluar dari pintu rumah, aku dapat mendengar kerusi berlaga dengan lantai. Seperti ada orang yang ramai menolak kerusi untuk bangun dengan tergesa-gesa. Pastilah si triplet itu mahu memastikan keselamatan aku. Lantaklah dorang.

     Aku berjalan dengan selamat menuju ke sekolah aku yang hanya terletak satu kilometer dari kawasan rumah aku. Aku dapat rasa diekori. Dan aku tahu siapa yang ekori aku sebab masa melalui sebuah kereta disebelah kanan jalan raya aku dapat melihat dengan jelas biasan wajah-wajah along-along aku itu. Biarlah dorang nak buat apa. Asalkan dorang happy. Masuk sahaja dalam kawasan sekolah, aku terus melalui lorong menuju ke kelas aku. Aku tak buang masa, terus sahaja aku duduk ditempat paling belakang dalam kelas. Tujuan hanya satu. Aku tak nak duduk depan. Menyusahkan je.

    Sebaik sahaja aku duduk. Tiga orang kawan aku datang berlari ke arah ku. Macam dalam adegan dalam drama hollywood. Macam sepuluh tahun tak jumpa. Padahal baru sebulan lebih. Macam jauh berpisah. Padahal baru kelas lain-lain. Pelik aku dengan geng2 aku ni. Memang jenis yang setia agaknya. Mungkin jugak dorang sedih sebab aku sorang je yang lain kelas dari dorang. Aku sorang je naik kelas. Tapi dorang stay. Aku pon tak kesah. Walupun mungkin aku tak kan ada kawan dalam kelas tu, sekurang-kurangnya dekat luar aku ada kawan. Sekarang, tiba-tiba je aku nampak ada budak kelas aku asyik tengok-tengok dekat kitorang. Tersengih sengih macam kerang busuk. Apa yang lawak sangat. Aku sepak bagi biul terus kepala hotak dorang nanti. 

"Haz!!! Sedihlah.. Kenapa kita tak satu kelas.. Kau sorang je pandai..." Nilah Shahiema Abdul Ra'ien.  Atau aku panggil dia Shiema. Dia ni yang paling happening dan ceria. Memang gila-gila pulak tu. Tapi sikit je gila2 dia tu.  Dia ni memang manja dengan aku. Dia yang orang nombor dua paling tua dalam geng kitorang ni. Aku pulak paling tua. Dia ni jiran aku je. Anak bongsu dari dua orang. Abang dia ni kira mat romeo sekolah ni. Hensem wuh. Tapi, dia ni gila-gila sikit. Aku tahu dia frust bila kami berdua tak sama kelas. Tapi aku walaupun sedih aku malas nak ulas.

"Nak buat macam mana. Dah aku memang pandaikan.." Aku cuba blawak dengan menjadi perasan santan. Bagi menceriakan suasana.

"Puji diri sendiri nampak?!" Masya memegang lengan baju sekolah ku. Dia duduk di kerusi sebelah ku. Memegang erat lengan ku yang berbalut dengan kain lembut. Dia ni jenis yang pendiam. Tak banyak cakap sangat sebenarnya. Tapi dia ni prihatin dan pemurah. Susah nak dapat kawan macam dia ni. Walaupun dia ni jenis yang bila orang tengok nampak sombong, tapi dia ni sangat baik. Nama sebenarnya Airisya Nur Iman bt. Asyaharian. Aku tak tahu apa kena mengena Masya dengan nama sebenar dia. Tapi hanya kitorang berempat panggil dia Masya. Termasuk dengan family dia. Aku pun tak ingat cerita macam mana nama Airisya Nur Iman boleh jadi Masya. Pelik rasanya cerita dia ni. 

Seorang lagi kawan hanya mendengar perbualan kami. Si Hanie Hananie bt. Hanan ni memang seorang yang tak bercakap. Kalau Masya jenis yang pendiam dia jenis yang tak nak bercakap langsung. Sampai kadang-kadang ada orang kata dia bisu. Dia hanya akan berbisik je kalau nak bercakap. Dan kalau berbisik hanya pada aku, Masya dan Shiema. Itu pun jarang. Kadang-kadang seminggu dua tiga kali je dia bisik. Kalau orang lain kirim salam jelah. Dia ni yang paling muda dan paling rapat dengan aku. Maklumlah, aku yang selalu layan dia. Nak diharapkan dengan Shiema tu, dia ni jenis yang layan orang yang cakap aje. Masya pula pendiam sangat. Kira kitorang ni geng yang agak bosan lah. Tapi tetap rapat.

"Nanti masa rehat kita jumpa lagi ye. Dah nak masuk waktu belajar dah ni. Korang baliklah kelas eh. Aku tak nak korang kena marah." Aku menghalau dorang dengan cara yang baik. Tidak mahu dorang tidak selesa dikelas yang asing ini.

"Hanie, i sure you want to talk something... But i'm really sorry.. Nanti dekat kantin awak cakaplah yea.." Aku memegang erat tangan Hanie dengan tangan kiri ku. Tangan kanan sudah diraih Masya. Hanie mengangguk sambil tersenyum. Dia melambai buat kali terakhir dan menarik tangan Masya. Dia merangkul tangan Masya seperti pasangan kekasih. Masya pula merangkul tangan Shiema yang senyum tak bergusi. Mereka seia dan sekata berjalan ke kelas sendiri. Aku melentokkan kepala ke atas meja. Masih tiada siapa yang memenuhi ruang kosong disebelah aku. Aku tak kesah pon. Aku ni memang nampak tak friendly sebab tu ramai yang macam tak nak kwan dengar aku. Tapi sebenarnya aku hanya friendly dengan orang yang aku percaya macam Shiema, Hanie dan Masya.

"Hai hoi hui, menantu raja. Buat ape sorang2 tu? Senyap je.. Tak ade kawan ke? Ouhh, lupa semua kawan kau tak layak masuk kelas atas.. Hahahahaha.." Dah mengilai dah suara jantan keparat ayam air liur ni. Semak menyemak je. Sampah menyampah aje dekat sini.

     Haa, yang jantan sekor yang tegur aku macam orang tak beradab ni nama dia Hamil. Haaa, memang sesuai nama Hamil tu dekat dia.. Dah lah macam orang hamil asyik nak melenting macam hormon tak stabil. Sikit-sikit nak ejek orang. Dasar jantan santan hutan betul. Dah lah panggil aku menantu raja. Aku belum kahwin lagi eh.. Tolong sikit. Menantu raja tu abang sedara aku, bukan aku lah mamat biul. Dah kena bius ke otak dia ni. Aku dah cakap banyak kali dah. 

"Semak.. Semak.." Perlahan aku bercakap. Malas aku nak layan sebenarnya. Aku berpaling ke arah tingkap. Aku tahu jantan depan aku tu tengah berasap. Lantak apa aku. Pagi-pagi lagi dah cari pasal dengan aku.

"Semak? Aku manusialah bukan semak!! Semak tu kau... Hahahahaha" jahat betul budak ni ketawakan aku. Aku tahulah kau tengah tahan sabar. Kesah apa aku.

"Buta ke budak ni. Aku ni manusia bukan semak pokok macam dia. Rambut pun mengerbang macam pokok...." Laser mulut aku membalas dengan perlahan. Mata aku tetap tertancap ke luar tingkap. Aku sengaja perli macam tu. Kononnya tak nak bagi dia dengar. Tapi dalam hati memang aku nak dia dengar.

Apa lagi, berdesinglah telinga dia dengar aku perli rambut dia. Pantang betul dia kalau ada orang ejek rambut ala-ala Hafiz awan nano dia tu. Yelah, dia punyalah bangga dengan rambut mengerbang dia tu aku boleh kata rambut dia macam semak pokok. Berasap terus kepala otak dia. "Hei, budak ni. Kau tak layak lah nak ejek rambut aku ni. Rambut aku ni setaraf artis terkenal tau. Setakat keropok lekor macam kau, aku komfem kau..... Kau... Err, aku tahu lah kau tak tahu fesyen sekarang.. Dasar keropok lekor tak laku..." 

Dia panggil aku keropok lekor tak laku? Dah lah cakap tersekat-sekat. Tak tahu apa nak cakap lah tu. Biul betul. Keropok lekor tak laku kau kata aku eh? Betul bengap jantan sorang ni. Kat tangan kau tu apa? Bukan keropok lekor ke? Apa yang tak lakunya. Aku tahulah kau tak tahu nk panggil aku apa, sampai jatuh nama keropok lekor tu. Macam aku tak tahu setiap hari kau makan keropok lekor. Tak laku ke tu? Sampai tiga ringgit pulak tu. Berapalah duit kau bawak setiap hari.

"Tak ada kena mengena keropok lekor dengan rambut semak kau tu. Yang kau tengah makan tu apa? Dahan pokok? Bukan keropok lekor ke?" Bidas aku. Kalaulah ada api kat mulut aku ni, dah lame tersembur dekat muka dia. Biar padan muka mati kejung dekat situ. 

"Bengang betul aku dengan minah sekor ni... Panas betul..." 

"Dia yang mula dulu, dia yang panas dulu... Tulah orang kata, siapa yang cari api dia yang terbakar..." Aku memerli lagi sebelum sempat Hamil membuka kata-kata pedas dia tu. Kemudian terus aku angkat punggung berlalu dari situ. Aku sengaja nak biar dia malu sorang-sorang. Biar habis merah muka dia macam lipstick mama. Tapi kalau aku ada dekat situ lagi, mesti dia malu jugak kan? Entah-entah jadi hulk versi merah pulak lepas ni. Dari aku tunggu dia jadi makhluk perosak, lebih baik aku chaw. Walaupun sekejap lagi mesti cikgu nak masuk. Aku cakap jelah yang aku tak sihat. Tambahan lagi muka aku masih pucat sebab menahan sakit hati. 


                        AKU berjalan lemah menuju ke kantin. Sebenarnya kau malas nak turun makan di kantin. Banyak faktor yang mempengaruhi kenapa aku malas nak pergi kantin. Pertama, aku malas nak beratur. Kedua, malas nak sesak-sesak cari meja. Ketiga, aku baru kena marah dengan cikgu sebab masuk lambat. Aku dah bagi alasan aku tak berapa sihat. Tapi cikgu tahu aku tipu. Katanya muka aku tak pucat macam orang sakit pun. Wahai cikgu ku yang serba pandai, semua orang yang sakit haruskah bermuka pucat? Kenapa masa aku sakit kaki hari tu muka aku tak pucat pun? Aku sakit mata tak pernah muka pucat... Agaknya cikgu ni terlebih makan kerepek ni.. Tulah yang dah jadi merepek.

       Sambil aku jalan sambil aku berfikir. Dalam hati menyumpah seranah si Hamil tu. Sebab dia lah aku kena marah. Dah lah masa aku kena marah, dia boleh gelak kan aku!! Heishhh, panas betul. Kalau slow tu tak pe lagi. Aku boleh buat-buat tak tahu. Tapi dia gelak macam nak bagi tahu satu dunia yang dia tengah gembira sebab aku kena marah. Yang paling bestnya, lepas dia gelakkan aku terus dia jatuh kerusi. Haa, padan muka kau. Paku perang paku serpih, kata orang dia yang lebih. Masa tu aku tahan je nak gelak ni. Aku ni tak delah jahat mana.

       Aku yang begitu malas mahu beratur terus sahaja mencari tempat duduk. Malas nak makan. Nanti dekat rumah aku sumbat segala macam makanan yang Kak mama masak. Pembantu rumah rumah aku ni masak memang sedap. Sampai kadang-kadang nak tiru mamam masak. Tapi mama masak lagi sedap. Yang paling aku suka dengan Kak mama ni, dia orang melayu Brunei yang rajin membuat ibadah. Kerja rumah pula selalu beres dalam masa hanya lima jam. Pehh, dahsyat tak dahsyat?

      Dari kejauhan aku melihat Shiema sedang melambaikan tangan dengan bersungguh-sungguh. Tak sakit ke tangan tu? Tak payahlah beria-ria sangat. Lambai macam biasa pun aku dah boleh nampak. Kalau lambai bersungguh-sungguh macam tu bukan membantu, lagi  menyusahkan adalah. Aku tersenyum sendiri. Kaki ku tetap melangkah menuju ke arah Shiema. Di hadapan Shiema sudah terletak elok sepinggan nasi lemak ayam goreng dan secawan besar Laici kang Makcik Rabeah, pemilik kantin bergred A+ ini. Sebenarnya aku tak berapa gemar makan dekat kantin. Yalah, aku takut karang tak pasal-pasal pembantu yang berekrja kat situ tak bersihkan tangan atau apa-apa jelah kotor. Aku memang lemah antibody. Sekejap je nanti masuk wad lah aku. 

      Lagi dua minah cute's masih tak nampak lubang hidung. Mungkin sedang beratur membeli makanan. Aku masih belum mahu makan. Tekak aku berasa pahit yang teramat. Tak tahulah apa puncanya. Jangan kata aku nak demam sudahlah. Baru hari pertama kot. Jangan buat hal. Nanti nama aku kena checklist sebagai murid terawal yang ponteng sekolah. Aku memerhati Shiema menyuap nasi lemak ayam gorengnya. Sudah menjadi kebiasaan Shiema makan dengan menggunakan tangan. Bukan kerana dia bergaya kampungan. Tetapi dia memang sering melalkukan sunah Rasulullah SAW. Aku pula? Kirim salamlah kalau nak makan guna tangan dekat sekolah. Kotor baju aku ke tudung aku ke, sepuluh hari sepuluh malam aku cuci sampai tak ada kesan langsung. Mana boleh suruh Kak mama basuhkan. Nanti Kak mama membebel sebab aku selalu kotorkan baju. 

       Beberapa minit kemudian, baru terlihat dua orang gadis sedang berjalan menuju ke meja yang aku dan Shiema duduk. Dari tadi kami membisu aje. Yelah aku malas nak ganggu Shiema makan. Kena sound nanti tebal muka karang. Hanie dan Masya berjalan sambil tersenyum ke arah ku. Hanie memegang secawan air sirap selasih dan dua bekas polistren yang entah apa isinya. Masya pula membawa seplastik air milo dan sepinggan nasi ayam. Meletakkan makanan di atas meja, mereka berdua duduk dengan selesa. Hanie tentu sekali duduk di sebelah aku manakala Masya duduk di hadapan aku. Aku yang pelik melihat Hanie yang kebiasaannya makan sikit membeli sehingga dua bungkus makanan melihat Hanie dan bekas polistren itu bersilih ganti sebagai isyarat. 

       Hanie yang sudah faham maksud isyarat ku terus menyerahkan salah satu berkas polistren itu kepada ku. Dia membisikkan sesuatu ditelinga ku. "Saya tahu awak tak kan pergi beli makanan." ku tersenyum memandangnya.

     "Thanks Han.. Nah ni duitnya..." Aku menghulurkan tiga keping not seringgit. Hanie menolak.

      "Ambillah.. Nanti awak nak simpan duit untuk hari jadi mak awak kan?" Aku sudah mengingatkan Hanie tentang tujuan dia menabung. Hanie mangguk lalu mengambil dua not seringgit dam memulangkan seringgit lagi kepada ku. Aku menyambutnya dan memasukkan duit itu kedalam poket baju kurung ku. Polistrin yang tidak diketahui isinya ku buka. Mahu jugalah aku merasa sedikit makanan. Nanti kebulur pulak dalam kelas. Aku lihat dua biji karipap gergasi elok terletak di dalam polistrin. Karipap gergasi memang kuih kegemaran ku. Aku memandang Hanie yang sesang menikmati karipap gergasinya. 

     "Thanks Han. Hanie memang tahu apa yang saya suka.." Hanie mangguk. Dia kemudian kenyambung makan.

       Selepas habis menikmati makan tengahhari, aku mengajak rakan-rakan ku masuk ke kelas. Malaslah nak terperap dekat situ. Nanti tak pasal-pasal terlambat masuk kelas. Kami berempat berpisah di hadapan kelas ku. Aku melambai perlahan ke arah mereka sebelum berlalu duduk ke tempat ku. Sebaik aku melabuhkan punggung, PRURRTTTTTT... Bunui seakan-akan bunyi kentut dari arah kerusi ku. Berdekah ketawa Hamil, Megat, Zuzamri dan Warkif. Memang sah kerja mereka ni. Merona merah muka ku akibat malu yang teramat sangat. Aku mengangkat punggung dan mengambil beg kentut berwarna merah. Terjengil mata ku melihat benda alah yang sungguh memalukan. Ishhhh, biul betullah otak empat jantan ni. Nak aku operate ke? Kalau aku operate mati terus jantan bengap ni.

         Tanpa sebarang amaran, aku mara ke arah keempat-empat lelaki yang tiba-tiba saja cuak memandang muka merah membara ku. Tahu takut. Eeeee, sengalnya jantan ni. Dengan kuat, aku membaling beg kentut merah yang tebal itu ke arah muka Hamil. Kuat terkena muka berbintiknya. Sampai tersungkur dia dibuatku. Hambik kau. Berani kau malukan aku. Megat, Zuzamri dan Warkif terpinga-pinga memandang Hamil yang tersungkur kelantai. Hamil pula sudah pucat mukanya melihat aku hendak meletup. Kemudia, wajah tika lelaki itu beralih ke arah ku. Tanpa disangka-sangkap tiga bekas pensel milik Hamil dan Zuzamri melekat ke muka Warkif dan Megat. Apa lagi, terundurlah dua mangkuk tingkat tu. Zuzamri pula takut-takut. Dia mahu melarikan diri. Aku yang masih marah, lantas membiarkan si mangkuk tandas itu oergi tanpa membalas dendam. 

         Cukuplah tu dua orang yang kena penangan aku. Macamlah aku tak tahu, Zuzamri tu memang kuat menangis. Nanti dia report dekat cikgu karang, tak pasal-pasal aku dicop jadi pembuli bertamadun. Aku kembali ke tempat ku. Buku mata pelajaran Sejarah aku keluarkan. Setelah beberapa minit aku menunggu kehadiran cikgu, akhirnya seorang guru pun memunculkan diri. Tetapi bukan guru mata pelajaran Sejarah tetapi guru ganti. Nasiblah mata pelajaran kegemaran aku tak belajar hari ni. Haisshhh...

        Balik itu, aku menunggu papa datang menjemput. Papa sudah janji hari pertama dia mahu menjemput ku. Di belakang ku pula along Iziq yang macam tunggul jadi pengawal kat belakang aku. Aku buat tak nampak je. Lantak dialah. Sedang aku duduk menunggu, tiba-tiba  Hamil, Megat dan Warkif datang. Tak puas hati lagi lah tu. Muka bajet gangster je. Dengan misai palsu yang kau beli dekat Cik Nenot tu. Konon-konon nak serang aku, dorang berhenti berul-betul depan aku. Aku tak takut langsung. Aku boleh hentuk je kepala dorang dengan batu kongkrit yang pecah sebelah aku tu kalau dorang cuba buli aku. Lagi pun belakang aku ada pengawal tak bertauliah. Jafi aku tak perlu risau.

        "Hoi!!! Berani kau baling bende tu kat aku?!! Kurang ajar betul.. Kali ni aku nak...." Belum sempat si Megat nak bukak kuda-kuda menyerang aku, along Iziq menjeling mereka sambil berkata dengan kejam.

        "Nak apa? Nak aku hentuk ekpala kau dekat konkrit ni? Aku berani je.. Dha berape ramai aku belasah samoai belubang kepala.. Kau nak cuba ke?" Seram suara along Iziq aku dengar. Apa lagi kecut terus semangat membara Si tiga jantan mangkuk tu.

        "Ehh, tak ada bang.. Saya nak.. Nak.. Nak bagi dia thumb's up je sebab dia hebat kalahkan kitorang kan.. Haa, kan kan.. Hehehe.. Thumb's up.. KAN KAN.." Hamil menunjukkan tanda thumb's up dua jari kepada ku. Warkaf dan Megat juga mengikut dengan senyum kerang. Macam aku tak tahu senyum takut. 

        "Dah blah.." Arah along Iziq. Terus cabut mangkuk tingkat, mangkuk tandas, dengan mangkuk bujur tu. Tak toleh belakang dah. Aku diam je. Malas nak masuk campur. Lantak kaulah.

         Sepuluh minit menunggu papa, akhirnya papa tiba sambil membawa sekotak coklat untuk ku. Dia menghulurkan coklat sambil tersenyum mesra. "Hai, anak papa yang cantik ni.. Sorrylah papa lambat. Ni papa belikan coklat untuk angah ye. Jom balik." Aku menyambut gembira coklat pemberian papa. Mahal ni.

         Aku membuka pintu belakang dan terus melabuhkan punggung. Along Iziq pula duduk di kerusi depan bersama papa. Dalam perjalanan pulang aku tertidur. Penat sangat. Macam-macam aku tempuhi hari ni. Macam manalah hari esok. Aku harap hari esok lebih indah dari hari ini.

        

                                                             TAMAT

      
       





1 ulasan:

  1. Seminole Hard Rock Hotel and Casino Toledo - MapyRO
    Find the best Seminole Hard Rock Hotel and Casino Toledo 하남 출장샵 location, rates, amenities: expert Toledo research, only at 울산광역 출장샵 Hotel 거제 출장샵 and Travel 제천 출장샵 Index. 구미 출장안마

    BalasPadam