scary and mysterius

Aku lihat.. Ungu! Part 1

PURPLE/UNGU

Pagi itu, cuaca dingin membekukan dedaun yang segar dititip embun. Ayam jantan kedua berkokok menjamah pendengaran. Langit yang mula menunjukkan sinar masih belum berawan. Bulan pun sudah pergi diganti mentari pagi. Sayup-sayup burung berkicauan lagi.

    "BANGUNNNNN!!!!" Jeritan Sarah menggegarkan seisi bilik dorm yang agak sempit. 

     Terpisat-pisat mata Aqilah dibuatnya mendengar lolongan pagi-pagi itu. Nak aja diluku bertubi-tubi si Sarah ni. Dahlah buat onar pagi-pagi. Nak menjerit, jeritlah dekat tengah-tengah alam dalam dorm tu. Ini disampuknya Aqilah sebelah telinga. Mahu pecah gegendang telinganya. Silap-silap kepala Sarah pun pecah diratah Aqilah. Nasiblah pagi-pagi macam ni dia tak ada semangat nak bergaduh. Kalau tak dah di wrestlingnya Sarah.

    "Ya allah!! Bangunlah... Dahlah tak solat, tido terbongkang, bangun lambat pulak tu!! Hei bangunnn.. Orang nak kemas dorm ni!! Pergilah ikut Syida dengan Syira mandi tu!! Hancing tau tak?!!" Sarah membebel dalam nada tertahan-tahan. Dia mencuit lengan Aqilah berulang kali.

     Aqilah yang terganggu terus bangun bersila di atas hamparan tilam nipis di lantai. Mukanya blur memproses kata-kata Sarah. Ditenungnya Sarah lama dengan mata yang hampir terkatup semula. Mulutnya masih berat bertutur. "Tak boleh solatlah...." Jawabnya perlahan. Dia kemudian bangun membuka locker.

     "Aku tak tanya pun.. Haa dah bangun tu pergi mandi sekali.. Kambing pun tak macam ni.. Dengan air liur basinya.. Dah lah pakai bedak sejuk tak sapu dekat dagu.. Bertepu semua tempat sampai ke rambut.. Tapi dagu tak kena.. Dah pergi mandi.." Bebelan Sarah ditelan bulat-bulat oleh Aqilah. Dia kemudian mengambil roti gardenia dan menjamah sedikit sebelum memakai tudung untuk ke tandas.

     "Bising betullah kau ni.." Aqilah buat muka mengejek Sarah yang masih lagi duduk mengeringkan rambut.

                              >>>>>>>>>>>>>>€>|<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

 
    Sebuah diary berwarna ungu bertatahkan kelip-kelipan tersadai kemas di atas meja Aqilah. Syira yang paling awal naik ke block untuk sesi prep pagi pada hari Sabtu itu masuk tanpa menyedari kehadiran buku itu. Setelah dikemas sana sini di atas mejanya, dia mengeluarkan sebuah diary coklat yang ditulis perkataan 'GOOD DIARY IS MY GOOD DREAM'. Dia kemudian menyelak beberapa helain muka surat sebelum terhenti pada satu muka surat yang membuatkan beberapa titisan air mata menitik dipipinya. Kemudian ditutup kembali diary tersebut lalu diseka air matanya. syirah bangun untuk ke meja Syida. Adik kembarnya yang tidak sekepala.

   "Ape benda ni? Macam diari je.. Aqilah punye ke? Dh lah pepel.. Tp aqilah suke warne oren kan?" Diari yang berada kemas di atas meja itu dibelek lama oleh Syirah sebelum tiba-tiba terkejut apabila disergah oleh seseorang.

    "Ya allah.. Kau nak ape?! Terkejut akulah.." Marah Syira. Mukanya berkerut sambil tangannya mula memainkan function. Aqilah senyum sumbing.

    "Apa tu? Kau rembat sape punye diary neyy?" Diary yang berada ditangan Syira beralih tuan.

    "Entah.. Bukan kau punya ke? Aku ambik dari tempat kauuuu.." 

    "Eeeeiiik?! Masa bila pulakkkk...." Aqilah diam. Dia membelek diary itu sebelum mengambil keputusan membukannya. 

    "Dream of PurpleLand." Sebutnya setelah membaca perkataan pertama yang dilihatnya pada muka surat pertama.

  "Jom lah bace... Ni ni.. Ape niii?" Coretan pertama pada muka surat ketiga diteliliti..


[[ 1/2/2013| 

KAWAN-KAWANA BARU KU CERITA,
INDAHNYA BILA ADA,
YANG SELALU MEMERHATI,
DAN TAKE CARE ABOUT KITA...

TAPI BAGI AKU...
SESUATU SEPERTI ITU..
SUDAH SINONIM DENGAN HIDUP KU..
DENGAN KATA LAEN...
WARNA MERAH YANG DIGERUNI..
BAGAI DARAH PEKAT DARI TUBUH SEORANG MANUSIA PON..
AKU DAH TAK AKAN TAKUT..
SEBAB...
HANYA AKU ADA KEBOLEHAN INI...
DARAH ITU..
TAK AKAN MENJADI MERAH LAGI..
KALI INI..
DREAM OF PURPLELAND KU..
MENJADI KENYATAAN!!!

|Lover of Purple / Miss. P|]]

"Apa nii?" Syira menolak kuat buku itu. Bulu romanya meremang. Sekali lagi dia menekup telinga dan mata...

   "Relex lah.. Nak baca lagi ke tak nak ni?" Aqilah sudah menyuakan diari itu untuk kali kedua. Syira geleng. Sudah malas untuk mengambil kisah tentang diari itu lagi. Aqilah meneruskan bacaan.

   "Ehh.. Peliknya... Cuba kau dengar ni.."

[[ 1/3/2013

Aku sukaaaa...
Sukaaa sangat dengan anak mata ni...
Aku tak tahu apa yang jadi...
Tapi anak mata aku..
Berwarna unguu!! 
Walaupun hampir ditoreh oleh gengster yang cuba merompak ku..
Anak mata ini..
Yaaa, dialah penyelamat ku..
Walaupun dunia ku kini penuh dengan ungu!!
Aku tak kisah..
Kerna aku hanya cinta ungu..
Tiada yang laen..
Warna laen akan buat ku terluka..
Seperti tumpahnya darah ungu ku..
Bila air mata ungu ku mencurah..
Membasuh luka yang ungu..
Tetapi kini..
Tiada lagi warna lain..
 Selain UNGU!!

|Lover of purple]]

"Okey pelik.." Kali ni Syira menepis buku itu sekuat hati lalu tercampak.

"Syira.. Ambik balik.."

"Ehh awal korang naik.." Belum sempat pergaduhan dipanjangkan Sarah dan Syida memasuki kelas dengan wajah ceria. Mematikan terus kata-kata Aqilah.

"Budak ni lah yang naik awal giler.. Aku naik pukul 8.05 tadi.. Aku tengok dia dh ade dok belek diary tu.. Ehh, mane diary tu? Syira kau dah ambik ke?" Aqilah memandang arah tempat tercampaknya diary tadi. Ghaib!! Diari itu sudah hilang dari pandangan. Aqilah memandang Syira meminta jawapan sebelum Syirah menggeleng pasti.

"Seriesly tak!! Diary tu dh lah seram.. Mane pulak bende tu pegi.. Gi lah cari.." Syira menolak bahu Aqilah sedikit ke arah tempat buku itu diyakini tercampak.

  Tanpa mereka sedari, seorang gadis sedang memerhati kelakuan mereka dengan wajah pucat. Ya! Dia nampak segalanya. Dari bagaimana buku itu berada di atas meja Aqilah, sehinggakan bagaimana buku itu hilang sekelip mata. Dia yang mempunya kelebihan deria keenam. Izzah Salim! Gadis itu hanya diam dan berlalu pergi.

                                            ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
   
       Izzah Salim ialah orang yang paling awal naik ke block. Dia ingin mencari satu ruang untuk mengkhaskan waktu itu hanya untuk belajar. Lagi pun, setiap hari kerja sekolah hanya dibuat main-main sahaja. Jadi dia ingin menggunakan masa itu sebaik mungkin. Dia terfikir untuk pergi ke tandas sebentar sebelum memulakan sesi ulangkajinya pada hari itu. Sebaik menaiki tangga ketingkat tiga, izzah terkejut. Dia menggigil sendiri. Dilihatnya satu figura berjubah ungu bersih sedang melalui koridor itu memasuki kelas 2.2. Figura itu membawa bersama sebuah diari ungu yang cantik berkelipan.

      Tanpa disedari Izzah, figura itu dapat mengesan kehadiran Izzah sebaik sahaja terlihat pantulan wajah Izzah yang sedang berdiri di tangga melalui cermin di atas meja Aqilah. Mungkin  figura itu terkejut atau tidak mahu dilihat, dia terus meletakkan buku ungu itu diatas meja Aqilah. Atau lebih tepat, mungkin terjatuhkan buku itu di atas meja Aqilah. Figura itu berpaling untuk mendapatkan semula buku ungunya. Tetapi sebaik sahaja dia berpaling, dia melihat Izzah sudah terjelapok ke lantai memandangnya penuh ketakutan sambil air matanya laju meluncur turun. 

     Izzah dapat melihat jelas. Wajah lembaga itu. Sabahagiannya berwajah manusia normal. Yang pucat lesi bagai tiada aliran darah lagi di badannya. Yang sebelah lagi bahagian wajahnya..!! Hitam!! Bagai terbakar... Hodoh dan sangat menjijikkan... Izzah tak dapat berkata apa lagi. Dia terus terjelapok duduk tanpa disedari air matanya kini sudah laju mencurah-curah.
Lembaga itu tiba-tiba hilang. Ghaib. Lesap dari pandangan. Buku di atas meja Aqilah kekal pegun. Tidak berganjak sedikit pon. 

      Izzah masih tercegat disitu sehinggaLah dia mendengar derapan tapak kaki seseorang dan mendapati itu Syira. Izzah cepat-cepat bergerak menuju ke tandas sambil menyeka air matanya.

  Izzah keluar dari tandas. Dia sudah lupa peristiwa tadi. Dia berjalan dengan riang sambil melintas kelas 2.2. Sebentar dia teringat peristiwa tadi semula. Wajahnya terus pucat lesi. Apatah lagi sebaik sahaja dia memandang ke dalam kelas tersebut, dia melihat Aqilah dan Syira sedang membaca buku ungu itu. Sewaktu itu, Izzah saja yang nampak. Bertapa menakutkannya wajah gadis berjubah ungu itu yang sedang merenung ke arah dua orang gadis yang sedang membaca buku itu. Sebentar gadis berjubah ungu itu hilang. Sehinggalah Syira tercampak buku ungu itu. Izzah terlihat. Satu tangan hitam, reput dan nampak menjijikkan mengambil buku yang tercampak dilantai itu tanpa disedari Aqilah dan Syira!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan