scary and mysterius

PeNgAwAL KeSeLaMaTaN

Pagi itu, Airiff pergi ke sekolah berjalan kaki bersama Hong dan Megat. Mereka datang awal dalam pukul 5.50 pagi untuk berlatih bola sepak. Dua hari lagi oertandingan peringkat megeri akan diadakan di stadium Bukit Jalil. Mereka mengambil keputusan untuk meletakkan beg di dalam kelas terlebih dahulu. Hari masih gelap. Hanya mereka bertiga sahaja berada di kawasan sekolah. Pengawal sekolah juga tidak kelihatan daripada tadi. Jenuh mereka mencari kalau-kalau ada sesiapa yang berada di sekolah itu. Barulah keselamatan mereka terjamin sedikit.

    Mereka memulakan latihan bola sepak di padang Sekolah. Lampu-lampu besar yang berada di situ dibuka terlebih dahulu. Daripada lima buah lampu itu, yang terbuka hanya empat sahaja. Lampu dibahagian belakang sekali tidak terbuka. Mungkin rosak. Telah kereka. Beberapa minit bermain, mereka duduk berehat seketika. Waktu kenunjukkan angka 6.17 pagi. Masih awal lagi untuk mereka masuk ke kelas. Dari kerusi yang mereka bertiga duduk, kelihatan seseorang sedang berdiri tercegat bagai patung di sebalik tiang lampu yang tidak menyala. Wajah orang itu tidak dapat dikenal pasti. Terlalu gelap tempat itu sehingga menyukarkan pandangan menembusinya.

        Megat menepuk bahu Hong. Hong pula mencuit bahu Airiff. Mereka sama-sama hairan dengan keaadaan orang yang sedang memerhatikan mereka itu. Kenapa tercegat di situ? Mungkin dia hanya mahu lihat dari jauh untuk memastikan keselamatan mereka. Jeling menjeling antara satu sama lain, akhirnya mereka bertiga mengambil keputusan untuk tidak menghiraukan si pemerhati. Biarlah dia nak tengok. Bukan dia nak buat apa-apa pun.

        Setelah hampir sejam bermain, merka mengambil keputusan untuk perhi bersarapan di kantin. Hari sudah mulai terang. Makcik kantin dan Pakcik tukang kebun pun sudah tiba. Bolehlah mereka pergi bersarapan sekarang. Memandang ke arah tiang lampu yang tidak bercahaya itu, kelibat si pemerhati sudah tidak kelihatan lagi. Semasa melalui tiang lampu yang rosak itu, Hong hampir-hampir terjatuh. Dia cuba berpegang pada tiang lampu itu. Tetapi, sebaik tangannya hampir mengena tiang lampu itu, seorang lelaki memegang tangannya. Tangan lelaki itu sejuk.

        "Adik, tak boleh pegang tiang lampu ini tahu. Ianya ada renjatan elektrik yang boleh membunuh. Lain kali hati-hati ya." Lelaki itu tersenyum kepada Hong. Hong mengucap terima kasih dan berlalu pergi. Sebenarnya Hong hairan. Semasa tangan Hong dipegang pakcik itu, terasa seperti ada getaran yang menyakitkan. Seperti terkena renjatan elektrik. Muka pakcik itu pula, kelihatan pucat dan nampak hitam seluruh tangan kanannya. Yang paling menghairankan, Airiff dan Megat tidak menyedari kehadiran pakcik itu.

        Kehairanan dan keanehan itu langsung dibiarkan begitu sahaja oleh Hong. Dia berjalan beriringan dengan rakan-rakannya dikantin. Semasa dikantin, Hong, Airiff dan Megat beratur untuk membeli makanan. Di hadapan mereka seorang pengawal keselamatan sedang membeli makanan. "Awal kamu semua sampai." Ujar pengawal keselamatan itu sambil menunggu makanan yang sedang dibungkus.

      "Kami berlatih bola tadi. Tu yang awal tu." Jawab Airiff mewakili rakan-rakannya.

      "Ouhh.. Hati-hati sikit ya. Lampu yang dekat hujung padang tu dah rosak. Dulu ada seorang pengawal keselamatan bertugas malam. Dia membuat rondaan di kawasan padang. Semasa dia tersentun tiang terakhir itu, dia terkena renjatan elektrik menyebabkan dia terus mati dekat situ juga. Sejak itu, lampu tu memang dah tidak boleh dibuka lagi. Dah rosak. Tetapi yang hairannya, pengawal keselamatan yang mati itu, hanya dijumpai pada seminggu kemudian. Pelikkan? Takkan mereka tidak nampak ada seseorang disitu. Lagi pun cara kematian pengawal itu agak menakutkan. Seluruh tangannya hitam. Dan dia mati dalam keaadaan berdiri. Masa itu, kalau tengok dari jauh nampak pengawal itu macam sedang memerhatikan orang. Kalau waktu malam itu logiklah tak nampak, tetapi waktu siang takkan x nampak juga kan?" Pengawal itu menghabiskan celotehnya.

      Menggigil seluruh tubuh ketiga-tiga sekawan itu mendengarnya. Patutlah tadi mereka lihat ada yang memerhati. Rupa-rupanya itu jelmaan dari si pengawal yang terkorban akibat renjatan elektrik. Yang paling takut tentulah Hong. Sidah tentulah. Dia yang melihat sendir rupa si pengawal keselamatan yang telah mati itu. Tidak semena-mena Hong pengsan. Bibirnya biru menggeletar. Sejak hari itu, mereka bertiga tidak berani lagi datang pada waktu gelap begitu.

5 ulasan: