Assalamualaikum dan salam satu Malaysia para pembaca yang dihormati sekalian. Tentu para pembaca tak puas hati membaca blog ini kan? Memang yelah sebab baru ada satu cerita sahaja dalam blog ini. Maaflah sebab minggu ini hanya ada satu cerita sahaja. Tapi pembaca semua jangan risau. Dekat sini, saya akan beri peluang untuk anda mengetahui cerita akan datang melalui sinopsis yang bakal saya coretkan ini. Insyaallah, pada hari Isnin atau Selasa minggu hadapan saya akan mula menulis cerita baru. Jadi, saya tak mahu buat para pembaca tertunggu-tunggu. Mari baca sinopsis cerita seram dibawah.
Diari Misteri
Sebagai seorang Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Aina ditugaskan untuk mengawasi kawasan Pusat Sumber Sekolah yang baru-baru ini telah digembar-gemburkan tentang kes kesan darah pada lorong buku-buku kelas Fantasi dibahagian paling hujung dan tersorok di dalam Pusat Sumber. Kebanyakan pengawas pusat yang lain telah meletak jawatan atas alasan bimbang diganggu perkara aneh yang telah terjadi beberapa kali ke atas seorang pelajar tingkatan satu.
Demi tanggungjawab yang besar itu, Aina sendiri berikhrar di dalam hatinya untik mencari punca dan penyebab keadaan huru-hara itu berlaku. Sehinggalah suatu kejadian aneh yang membuatkan Aina terjumpa sebuah diari ungu yang dipenuhi kesan titisan darah lama. Walaupun hatinya bereblah bahagi untuk membaca isi kandungan diari itu, akhirnya Aina mengambil keputusan untuk terus menyiasat tentang empunya diari. Hanya dengan cara itu sahaja dia dapat mengetahui perkara sebenar yang mungkin terkandung seribu dalam diari coretan tangan itu.
Namun badai yang disangka tidak akan muncul mula memunculkan diri sebaik sahaja sehelai muka surat diselak. Menyebabkan si gadis harus menghabiskan bacaan untuk mengerahui perkara lebih lanjut berkenaan isi diari yang terselit beribu kesedihan dan seksaan itu. Setiap tajuk diari itu, setiap coretan ayat di dalam diari itu, menjelaskan Aina setiap sudut yang terpendam di dalam hati si penulis. Sehinggalah Aina menyedari, bahawa setiap coretan diari itu penuh dengan sedutan pembulian dan pembunuhan yang kejam.
Sesuatu yang bermain dibenak Aina kala itu. Siapakah si penulis diari yang begitu menakutkan itu? Mengapa setiap kejadian yang menakutkan dicoret di situ? Apakah yang sebenarnya ingin diberitahu oleh si penulis? Dalam hati Aina, perasaan besar yang menenggelamkan keyakinan dirinya kuat mengatakan si penulis ialah seorang PEMBUNUH!!! Setiap kisah di dalamnya, adakah semuanya mengenai PEMBUNUHAN si penulis???

Ruangan Perkongsian 1
Macam blog-blog saye yang dulu, blog ni pon hampir tak kan dibuka selamanya. Sebab saya terdelete account google.. Sedihnya... Tapi alhamdulillah.. Account ni dah pulih.. Jadi dekat sini saya nak bagi tahu.. Di sebabkan blog ni baru dibuat pada hari Khamis yang lalu, saya akan buat satu cerita sahaja bagi minggu ini. Jadi kalau nak macam cerita yang lain kena lah tunggu hari Isnin. Insyaallah macam saya cakap, seminggu dua cerita yang akan saya karang..
Jadi pembaca semua hanya tunggu je.. Mungkin bagi memeriahkan blog ini, saya akan menambah apa-apa yang menarik seperti sinopsis-sinopsis cerita yang bakal saya karang, perkembangan-perkembangan terkini dan lagu-lagu hit mengikut peredaran semasa..
Jadi insyaallah blog ini tak kan bersawang.. Jadi rajin-rajinlah datang jenguk blog ni.. Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi membaca setiap bait-bait ayat yang saya coretkan ini.. Terima kasih banyka-banyak kepada pembaca yang menggembari dan tidak menggembari cerpen ringkas ini.. Insyaallah kalau ada cerita yang tak menarik hati semua, saya akan cuba mengarang cerpen yang lebih baik akan datang. Insyaallah.

Pantun Untuk Sahabat.
Hai semua pembaca Purple Flower. Semua pembaca mesti ada sahabat kan? Atau lebih mesra dengan gelaran Best Friends Forever. Pembaca tak teringin ke nak bagi pantun dua kerat dekat bestie korang? Mestilah teringin kan? Ok, saya tak kisah kalau anda semua nak ambil pantun ini and then lresent dekat bestie korang. Cuma, saya rasa kalau anda semua ambil semua pantun ni, mesti bestie anda tahu anda ciplak kat mana. Hahahha.. Ok ok.. Tak apalah kalau anda nak ambil pantun ni and present kan.. Tak salahkan? Dah jangan buang masa lagi, jom baca pantun tentang sahabat ni. Direka khas oleh saya.
Melawat Genting beli cenderamata,
Sahabat penting dari emas permata.
Ambil ubat di dalam peti,
Kaulah sahabat yang paling bererti.
Dipagi hari sentiasa bersarapan,
Indah matahari seindah persahabatan.
Terkena jerat pada buah buahan,
Takkan erat tanpa pergaduhan.
Buah berangan kulit disiat,
Menjadi kenangan setiap saat.
Buat kejahatan akan dicemuh,
Demi persahabatan badai dirempuh.
Sudah menang bertahun lama,
Susah senang sentiasa bersama.
Hotel Mansur Hotel Semitar,
Bertolak ansur sesama kita.
Mudah alpa si burung puyuh,
Jangan dilupa ketika berjauh.
Di pokok Sena ada sang rama-rama,
Ke mana-mana kita bersama.
Jangan judi takut dilukai,
Hati budi sudah diterokai.
Badan sasa tidak bererti,
Ingat sentiasa di dalam hati.
Pisau lama diasah-asah,
Ayam dipotong di bahagian dada;
Sahabat sejati takkan berpisah,
Sejauh mana kita berada.
Yang paling berkuasa tentulah ALLAH,
Hidup ini bergantung keladanya;
Doa ku dipanjat kepada ALLAH,
Agar persahabatan ini kekal ke akhirnya.
Haaa, macam mana? Best tak pantun tadi? Kongsi kan komen anda ya. Jangan risau. Saya akan terima komen anda dengan positif. Always smile.

PeNgAwAL KeSeLaMaTaN
Pagi itu, Airiff pergi ke sekolah berjalan kaki bersama Hong dan Megat. Mereka datang awal dalam pukul 5.50 pagi untuk berlatih bola sepak. Dua hari lagi oertandingan peringkat megeri akan diadakan di stadium Bukit Jalil. Mereka mengambil keputusan untuk meletakkan beg di dalam kelas terlebih dahulu. Hari masih gelap. Hanya mereka bertiga sahaja berada di kawasan sekolah. Pengawal sekolah juga tidak kelihatan daripada tadi. Jenuh mereka mencari kalau-kalau ada sesiapa yang berada di sekolah itu. Barulah keselamatan mereka terjamin sedikit.
Mereka memulakan latihan bola sepak di padang Sekolah. Lampu-lampu besar yang berada di situ dibuka terlebih dahulu. Daripada lima buah lampu itu, yang terbuka hanya empat sahaja. Lampu dibahagian belakang sekali tidak terbuka. Mungkin rosak. Telah kereka. Beberapa minit bermain, mereka duduk berehat seketika. Waktu kenunjukkan angka 6.17 pagi. Masih awal lagi untuk mereka masuk ke kelas. Dari kerusi yang mereka bertiga duduk, kelihatan seseorang sedang berdiri tercegat bagai patung di sebalik tiang lampu yang tidak menyala. Wajah orang itu tidak dapat dikenal pasti. Terlalu gelap tempat itu sehingga menyukarkan pandangan menembusinya.
Megat menepuk bahu Hong. Hong pula mencuit bahu Airiff. Mereka sama-sama hairan dengan keaadaan orang yang sedang memerhatikan mereka itu. Kenapa tercegat di situ? Mungkin dia hanya mahu lihat dari jauh untuk memastikan keselamatan mereka. Jeling menjeling antara satu sama lain, akhirnya mereka bertiga mengambil keputusan untuk tidak menghiraukan si pemerhati. Biarlah dia nak tengok. Bukan dia nak buat apa-apa pun.
Setelah hampir sejam bermain, merka mengambil keputusan untuk perhi bersarapan di kantin. Hari sudah mulai terang. Makcik kantin dan Pakcik tukang kebun pun sudah tiba. Bolehlah mereka pergi bersarapan sekarang. Memandang ke arah tiang lampu yang tidak bercahaya itu, kelibat si pemerhati sudah tidak kelihatan lagi. Semasa melalui tiang lampu yang rosak itu, Hong hampir-hampir terjatuh. Dia cuba berpegang pada tiang lampu itu. Tetapi, sebaik tangannya hampir mengena tiang lampu itu, seorang lelaki memegang tangannya. Tangan lelaki itu sejuk.
"Adik, tak boleh pegang tiang lampu ini tahu. Ianya ada renjatan elektrik yang boleh membunuh. Lain kali hati-hati ya." Lelaki itu tersenyum kepada Hong. Hong mengucap terima kasih dan berlalu pergi. Sebenarnya Hong hairan. Semasa tangan Hong dipegang pakcik itu, terasa seperti ada getaran yang menyakitkan. Seperti terkena renjatan elektrik. Muka pakcik itu pula, kelihatan pucat dan nampak hitam seluruh tangan kanannya. Yang paling menghairankan, Airiff dan Megat tidak menyedari kehadiran pakcik itu.
Kehairanan dan keanehan itu langsung dibiarkan begitu sahaja oleh Hong. Dia berjalan beriringan dengan rakan-rakannya dikantin. Semasa dikantin, Hong, Airiff dan Megat beratur untuk membeli makanan. Di hadapan mereka seorang pengawal keselamatan sedang membeli makanan. "Awal kamu semua sampai." Ujar pengawal keselamatan itu sambil menunggu makanan yang sedang dibungkus.
"Kami berlatih bola tadi. Tu yang awal tu." Jawab Airiff mewakili rakan-rakannya.
"Ouhh.. Hati-hati sikit ya. Lampu yang dekat hujung padang tu dah rosak. Dulu ada seorang pengawal keselamatan bertugas malam. Dia membuat rondaan di kawasan padang. Semasa dia tersentun tiang terakhir itu, dia terkena renjatan elektrik menyebabkan dia terus mati dekat situ juga. Sejak itu, lampu tu memang dah tidak boleh dibuka lagi. Dah rosak. Tetapi yang hairannya, pengawal keselamatan yang mati itu, hanya dijumpai pada seminggu kemudian. Pelikkan? Takkan mereka tidak nampak ada seseorang disitu. Lagi pun cara kematian pengawal itu agak menakutkan. Seluruh tangannya hitam. Dan dia mati dalam keaadaan berdiri. Masa itu, kalau tengok dari jauh nampak pengawal itu macam sedang memerhatikan orang. Kalau waktu malam itu logiklah tak nampak, tetapi waktu siang takkan x nampak juga kan?" Pengawal itu menghabiskan celotehnya.
Menggigil seluruh tubuh ketiga-tiga sekawan itu mendengarnya. Patutlah tadi mereka lihat ada yang memerhati. Rupa-rupanya itu jelmaan dari si pengawal yang terkorban akibat renjatan elektrik. Yang paling takut tentulah Hong. Sidah tentulah. Dia yang melihat sendir rupa si pengawal keselamatan yang telah mati itu. Tidak semena-mena Hong pengsan. Bibirnya biru menggeletar. Sejak hari itu, mereka bertiga tidak berani lagi datang pada waktu gelap begitu.

Langgan:
Catatan (Atom)