scary and mysterius

SiApA DiBeLaKaNg..?!

Matahari semakin menghilang. Menyorok disebalik rimbunan pokok. Langit bertukar jingga. Sang burung pulang ke sarang. Apabila sahaja magrib menjelma Iela, Ieqa dan Razif berlari ke rumah sebelah. Seperti biasa mereka ingin bermain sorok-sorok bersama jiran mereka, Pei Long dan Pei Leh. Mereka berlima sangat suka bermain di waktu magrib. Terutama bila fajar menginjak. Mereka mesra dengan cahaya jingga dilangit yang bagaikan darah cair yang bila-bila masa akan menyakiti mereka. Itulah kata-kata umi yang cuba menakutkan mereka. Kata-kata yang tiada makna bagi Iela, Ieqa dan Razif. Malahan tidak terjentik sikit pun ketakutan pada mereka.

     "Pergilah main sorok-sorok waktu macam ni.. Kalau ada benda ikut dekat belakang nanti.. Jangan cakap umi tak bagi tahu!!" Jerit Umi dari beranda rumah. Dia kelihatan begitu kesal dengan anak-anaknya. Mereka  buat tak endah saja. Telinga mereka sudah kebal daripada dimasuki amaran umi. Tidak ada barang satu kejadian aneh pun yang pernah terjadi kepada mereka seperti yang dikatakan umi.

     "Pei Long, Pei Leh cepatlah keluar!! Siang tadi dah janji nak main sekali!!" Iela terjerit-jerit di hadapan tingkap bilik Pei Long dan Pei Leh. Adik nya Ieqa dan Razif hanya tahu duduk diam sahaja. Tak mahu membantu. seketika jendela kayu di buka Pei Long. Mukanya sedikit kelat dan terpancar riak bersalah.

     "Maaflah Iela.. Kami tak mau keluar ini malam. Kami takutlah. Mama kami sudah cerita kisah seram pada kami.. Jadi kami tak mau keluar rumah malam ini. Maaf ya? Kau pun patut balik. Aku rasa kau memang patut balik cepat. Bahaya!" Sebaik Pei Long selesai berkata kata dia terus menutup jendelanya. Iela terpinga-pinga sambil memandang adik-adik nya. Disebabkan kurang rakan bermain jadi mereka mengambil keputusan untuk tidak bermain hari itu.

     "Dia dah pergi?" Diam-diam Pei Leh bertanya kakaknya. Kakaknya mengangguk.

     "Dah, Tapi yang dua tu belum.. Nasib baik kita tak keluar.." Sahut Pei Long.

     "Sebenarnya.. Siapa dibelakang dia tu? Bukan Ieqa dan Razif kan?" Pertanyaan Pei Leh membuatkan Pei Long terdiam dalam ketakutan.

     Sebaik sampai di anjung rumah, Iela terus sahaja berlari masuk meninggalkan Ieqa dan Razif. Sebaik sampai di ruang tamu, Iela begitu terkejut apabila melihat adik-adiknya sedang nyenyak tidur. Dia terus keluar ke luar rumah dan mendapati Ieqa dan Razif sudah tiada.

     "Umi, umi!!" Jerit Iela untuk memanggil uminya. 

     "Apa dia Iela? Terjerit...." Sebaik sampai di muka pintu uminya hanya terkaku tanpa meluahkan leteran seperti biasa. Matanya tepat memandang belakang tubuh Iela. Iela yang perasan tingkah umi segera ingin berpaling. Namun belum sempat melihat ke belakang umi sudah menarik Iela masuk ke dalam dan pintu dikunci serapatnya. Surah al-fatehah dan ayat kursi dibaca umi di hadapan pintu yang tertutup itu. Iela pula sudah berpeluh sakan ketakutan dengan riaksi umi itu. 

     Keringat mula melapisi dahi Iela. Dia pening sebelum jatuh rebah ke tanah. Belum sempat umi mendapatkan Iela, Iela tiba-tiba bangun dengan sendiri. Mencangkung dengan tangan di lantai. Bawah mata Iela hitam. Dan anak mata hitamnya merebak keseluruh gelemair. Umi terkejut.

     Iela berkata-kata tanpa difahami sepatah pun oleh umi. Bibinya bergerak-gerak, matanya tepat terarah pada umi. Namun umi tidak dapat mentafsir bait-bait ayat yang ingin diungkapkan Iela. 

     "Iela.. Iela kenapa ni?" Umi ketakutan sebelum berlari ke dapur.

     "Abang.. tu anak kita tu.. Dia kene rasuk saya rasa.. Tadi masa dia balik.. Ada benda ikut belakang dia..." Umi yang sudah ketakutan mengalirkan air mata. Abi yang mendengar terkejut, lantas meletakkan surat khabar yang dibaca.

     "Kat mana dia nya?" Umi segera menarik Abi ke depan pintu. Namun Iela sudh tiada di situ. Lalu mereka pergi ke ruang tamu. Sebaik sahaja berada di hadapan ruang tamu, dilihatnya Iela sedang mengelilingi Ieqa dan Razif yang sedang tidur sambil terkumat-kamit menyebut sesuatu. Separuh wajahnya telah ditutup dengan rambut panjangnya. 
 
     Tanpa membuang masa Abi terus memeluk Iela dari belakang dan menyuruh umi mengejutkan Ieqa dan Razif. Meronta-ronta Iela dibuatnya. Abi membacakan ayat-ayat suci alquran serta melaungkan azan dengan keikhlasan hati dengan kuat ditelinga Iela. Sekuat-kuat hati Iela meronta akhirnya dia layu dan pengsan. Ieqa dn Razif yang sudah terjaga hanya memandang  ketakutan tanpa mengetahui apa-apa. 

     Sebaik Iela bangun, dia memandang sekelilingnya. Terlihat keluarganya sedang menantinya bersama Pei Long dan Pei Leh.

     "Kenapa semua orang berkerumun ni? Kenapa Pei Long dan Pei Leh ade dekat rumah kita?" Soalan yang diajukan Iela membuatkan semua yang lain mengeluh lega. Risau juga kalau yang terjaga kali kedua ini tetap makhluk lain yang mendiami badan Iela sebentar tadi.

     "Kamu ni Iela!! Umi dah kata jangan bermain waktu magrib! Main jugak tengok dah jadi apa?!" Bebel umi sambil mendakap Iela.

     "Jadi apa? Ieqa dengan Razif pon main waktu magrib tadi kenapa umi marah Iela aje?" Iela bernada ingin merajuk. Umi melepaskan pelukaknnya.

      "Abang beritahu lah dia.." Kata Umi pada Abi.

      "Tadi Iela kene sampuk. Terkumat kamit baca sesuatu mengelilingi adik-adik. Alhamdulillah abi ada tadi. Cuba kalau waktu tu abi takde? Macam mana umi kamu nak uruskan? Kamu tahu tak waktu kamu balik tu umi kamu nampak apa yang mengekor je kamu balik rumah? Tu haa.. 2 ekor anak jin mana tah sesat ikut kamu. Kamu tak sedar ke? Dengan seluruh badan dipenuhi darah yang memang bau sangatlah. Jalan pun telinga manusia boleh berdesing. Sebab kuku-kuku diorang panjang sampai ke tanah."

    Iela yang mendengar cerita abi terkejut sehingga terketar-ketar ketakutan yang amat. Sampaikan menangis.

     "Tadi waktu awak datang rumah kami. Awak bukan datang dengan Ieqa dan Razif. Awak datang dengan dua orang yang rambutnya panjang, bajunya lusuh dan kukunya membelit pinggang awak. Tu sebab kami tak mahu main. Sebab tulah kami suruh awak balik.." Cerita Pei Long pula.

     "Maafkan kami Iela. Dari jauh kami nampak awak diikut benda tu. Jadi bila awak sampai kami takut nak bagi tahu.. takut mereka apa-apakan awak.." Sampuk Pei Leh pula. 

      "Lagi pon Ieqa dengan Razif mana keluar magrib tadi kak. Kami letih tadi. Kami tidurlah. Mana ada kami ikut akak ke rumah Pei Long dan Pei Leh tadi." Kata Ieqa pula memperkuatkan hujah yang lain. Makin galak Iela menangis. Dia ketakutan yang amat.

     "Lain kali jangan main waktu magrib lagi tau!" Pesan uminya. Iela mengangguk sambil menangis. Kali ini, dia betul-betul insaf dan tak akan bermain diwaktu magrib lagi.Kalaulah peristiwa ini berulang lagi, Iela sendiri akan menyalahkan bulat-bulat pada dirinya. Hanya satu titik peristiwa sudah membawa seribu rasa padanya.