scary and mysterius

Adik beradik

"QYJAMMMM!!!!" Jeritan itu bergema lagi. Qyjam yang sedang ralit mendandan rambut adiknya Miza terhenti. Segera dia bangun memperbetulkan baju sebelum tergesa gesa ke pintu bilik stor  itu.

   "Tunggu sini." Kata Qyjam kepada adiknya sebelum bergegas ke ruang tamu.

   "Lembab betullah kau ni... Ape punya bodoh kau ni, Qyjam?!! Bila aku panggil cepat lah sikit.." Tengking Amiratul. Memandang Qyjam tidak berpuas hati. Qyjam pula membara api di dalam hati geram dengan adik keduanya itu.

    Sekali tengok, mesti semua orang akan ingat Qyjam dan Amiratul itu ialah adik beradik tiri. Tetapi ianya sebenarnya berbeza. Qyjam anak sulung kepada seorang hartanah kaya bernama Hamzah. Adiknya yang kedua bernama Amiratul. Miza pula ialah anak ketiga. Setelah pemergian ibunya, Arizah seorang bekas model, mereka adik beradik hidup tanpa kasih seorang ibu. Kerana risau tentang keadaan anak-anaknya, Encik Hamzah mengambil keputusan untuk berkahwin lagi. 

     Seorang janda tanpa anak dipilih menjadi suri. Pada mulanya, janda bernama Zuri itu sangat baik dan rapat dengan mereka. Tetapi setelah sekian lama, apabila sahaja keberangkatan Encik Hamzah, Zuri berubah sikap. Dia menjadi kejam. Akibatnya dia sentiasa mendera Qyjam dan Miza dengan menyuruh mereka melakukan kerja-kerja rumah. Manakala nasib Amiratul pula berbeza. Dia dilayan dan ditatang seperti minyak yang penuh oleh perempuan itu.

   Setiap hari Amiratul dibelai penuh kasih. Berbeza dengan kakak dan adiknya. Mereka menerima banyak tugasan dan cacian. Amiratul pula sudah naik tocang. Dia selamba menengking dan mengarah adik beradiknya. Paling kronik dia tidak takut untuk menaikkan tangannya pada Qyjam. Apatah lagi Miza yang sudah disepak terajangnya. Dua gadis itu hanya bersabar dengan tindakan darah daging mereka sendiri. Setiap kali Qyjam membalas kelakuan Amiratul, Amiratul pasti mengadu kepada Zuri dan akhirnya mereka dua beradik mendapat bahananya. 

      Perangai Amiratul juga sangat berubah. Dia tidak pernah menegur kakaknya disekolah apabila berjumpa. Apatah lagi bersapa. Walaupun terhina dengan kelakuan adiknya itu, Qyjam tetap bersabar. Dia tahu, kesabarannya belum lagi menipis. Tetap utuh kukuh walaupun makin lama cubaan yang menerima mereka dua beradik semakin kuat. Qyjam mengeluh lemah.

      "Hei, bodoh!! Dengar tak ni?!" Amiratul menunjal kepala Qyjam. Qyjam tersedar. Dia menepis kuat tangan Amiratul. Dia berani berlaku begitu sebab dia tahu Zuri tiada di rumah. 

     "Sakit lah bangang!!" Satu tamparan kuat mengena ke pipi Qyjam. Qyjam terpempan. Dia mengusap pipinya yang pedih. Pandangannya tajam ditalakan menerjah ke anak mata Amiratul.

     "Sebangang-bangang aku, aku tetap kakak kau.." Oktaf suara Qyjam mendatar. Matanya terus menikam ke dalam anak mata Amiratul. Amiratul sudah tidak selesa. Terlihat getaran dalam anak matanya.

      "Kau fikir, sebab makcik Zuri manjakan kau, kau boleh lempang dan tunjal aku sesuka hati?"Qyjam makin menekan. Amiraul sudah beruntur. Anak matanya juga sudah dilarikan dari terus dipanah oleh Qyjam.

    "Aku tahu kau memang pandai... Tapi aku juga tahu kau bodoh.. Kau sanggup bebankan darah daging kau sendiri..." Qyjam melepaskan apa yang terbuku di hatinya dengan nada selamba tetapi series.

   "How dare you? Kau sanggup cederakan Miza? Your lovely sister!!" Nada Qyjam masih mendatar. Mata Qyjam sudah tidak lagi memanah ke arah Amiratul yang sedang memandang ke tepi.

  "Dia sayang kan kau.. Setiap hari dia tanya aku.. Bila kau nak baik dengan dia semula..??" Qyjam tunduk memandang lantai sebentar. Sebelum dengan tajam menikam wajah Amiratul. Amiratul kelu. Tangannya bergetar sedikit.

   "Kau memang busuk hati Amiratul." Oktaf suaranya naik seoktaf. Amiratul kaget.

   "Kau memang cemburu dengan aku kan?" Tiba-tiba Amiratul melenting. Badannya sudah mengeras. Matanya sudah merah. Dia menolak badan Qyjam kuat sebelum berlari mendapatkan telefon bimbitnya. Qyjam jatuh. Dia terpempan dengan tindakan Amiratul.

     "Mamaaa!!! Baliklah cepat!!" Panggilan yang dibuat kepada Zuri itu terus dimatikan sebaik sahaja dia menamatkan kata-kata. Mata Amiratul tajam memandang penuh dendam kepada tubuh Qyjam yang masih terduduk kaku. Turun naik nafasnya menahan amarah. Habis lupa apa yang hendak disuruhnya pada Qyjam tadi. Strateginya untuk menyuruh Qyjam mencuci tandas di dalam biliknya sudah punah.

     "Tunggulah kau Qyjam!!!" Tengking Amiratul lalu segera menaiki tangga. Memasuki bilik dan terus menghempas pintu. Dia menggigil disebalik pintu biliknya itu. Jatuh terduduk sambil terus memeluk lutut. Amiratul teresak-esak. Dia tidak tahu apa perasaannya dikala itu. Marah, sedih dan malu. Dia takut pada kakaknya. Dia risau akan sesuatu. Sesuatu yang dia tidak tahu apa...

       Qyjam masih kaku terjelapuk dilantai. Dia kelu. Kaku. Badannya tiba-tiba terasa getaran. Mukanya mula membahang. Matanya sudah pedih-pedih. Tanpa diduga setitis air mata laju mengalir menghidupkan bertitis titis lagi air mata jatuh membasahi pipinya. Qyjam menekup muka menangis semahunya. Dia kemudiaannya langsung di lantai meneruskan tangisan yang mungkin bakal berterusan. Siapa tidak sedih jika mereka berada di tempatnya...


                            -----•--------•-------------••••••-------------•--------•-----


         "Miza!!! Mizaa!!!" Zuri menjerit mamanggil Miza. Miza kelam kabut berlari mendapatkan makciknya itu. 

        "Ya, Makcik." Miza tunduk memandang lantai. Sedikit pun tidak mahu memandang wajah bengis makciknya.

           "Kau pergi cari Qyjam sekarang. Korang adik beradik ni memang menyusahkan orang lah. Apa yang korang dah buat dengan Amiratul tadi masa aku tak ada ha?!" Tengking Zuri. Miza diam.

     Dia tidak tahu apa yang terjadi. Alih-alih dia terdengar kakak-kakaknya bergaduh. Dia yang beerada di dalam bilik stor hanya mampu mengintai. Apabila disebut saja namanya, terus Miza masuk bersembunyi disebalik kotal-kotak. Dia takut jika Amiratul bertindak mencederakan dirinya lagi. Miza memandang Amiratul yang sedang melahap buah epal. Dia memandal Miza. Sekilas mata mereka bertaut sebelum Amiratul cepat-cepat memalingkan wajahnya dan berpura-pura menikmati epal yang ranum itu. Sedangkan di dalam hatinya ada satu rasa yang menyelinap dan menyerang hebat bagai palesit. 

       "Miza.. Tak tahu.." Perlahan Miza menjawab. Matanya tetap memandang jemari kakinya. 

        Tiba-tiba Miza tercampak ke tepi. Dia jatuh tersungkur. Miza melihat makciknya. Dia tahu perempuan itu telah memukulnya tanpa dia sedar. Air mata mengalir perlahan ditubir mata Miza. Amiratul yang terkejut dengan tindakan kasar makciknya memandang wajah Xuri dengan kerutan sebelum matanya jatuh ke muka tulus Miza. Matanya sekali lagi bertaut dengan Miza. Kali ini seperti ada arus elektrik yang disalurkan oleh mata bulat itu. Seperti ada perkataan yang aris itu bawa. Perkataan yang lahir dari hati Miza. Amiratul seperti terasa ada sesuatu berbisik di telinganya. 'Miza sayang akak.'

      "Makcik.. Jangan pukul dia..." Seketika Qyjam datang mendapatkan Miza. Dia baru sahaja pulang dari kedai. Mendapatkan dan mendakap adiknya penuh kasih. 

     "Haa, ada pun kau... Aku ingat baru nak buat report kau hilang.. Hey bodoh.. Apa kau buat dekat Amiratul? Aku tanya dia tak jawab.. Aku tanya si bodoh ni pun tak jawab.." Zuri sudah menunjal kepala Qyjam. Qyjam berbisik di telinga adiknya. "Masuk bilik.."

      Miza akur. Qyjam yang duduk bercangkung terus berdiri tegak. Dia ingin mempertahankan hak asasinya sebagai manusia. "Apa yang makcik nak sebenarnya?" Qyjam cuba menggunakan intonasi yang sopan.

      Zuri terkejut dengan kata-kata Qyjam. "Berani kau melawan aku?!" Zuri memukul kepala Qyjam. Qyjam tertunduk sambil memegang kepalanya. Matanya tetap terarah kukuh kepada wajah tua Zuri. Tak ada sedikit belas pun dalam hati Zuri kepada mereka dua beradik. 

     "Saya bukan nak biadap. Saya bukan nak melawan. Tapi saya nak pertahankan hak saya. Ayah dan tak balik selama dua tahun. Selama dua tahun itulah saya dan Miza diseksa. Apa semua ni?" Qyjam bersuara lagi. Kini dia tekad. Walau apa pun terjadi seterusnya, dia akan hadapi. Walaupun dia akan dihalau keluar dari rumah sekali pun.

     " kau ni memang biadap. Kau jangan jadi bodoh sangat boleh tak? Cukup-cukuplah aku layan kebangangan korang selama ni!!" Zuri mengambil penyapu lalu dipukulnya batang tubuh Qyjam yang berdiri tegak. Amiratul yang melihat sudah terkejut. Dia seakan-akan terbangun drai kerusi tetapi dipaksa punggungnya untuk kembali duduk. Matanya ditalakan ke arah lain. Dia tidak mahu melihat adegan itu.

       Qyjam menahan setiap satu pukulan daripada Zuri. Akhirnya dia kalah. Dia jatuh rebah. Badannya sakit-sakit dipukul. Qyjam masih lagi kuat semangatnya. Dia pandang mata Zuri. "Kau memang tak kenal budi!! Aku yang bagi kau makan!! Kau menumpang dekat sini!! Eh, budak ni.. Mesti baka kurang ajar kau ni kau dapat dari mak kau kan? Dah.. Aku tak nak tengok muka korang dua beradik.. Berambus dari rumah aku.. Pergi mampos.." Hamburan Zuri berul-betul membuatkan Qyjam dan Amiratul menyirap. Qyjam yang terduduk terus bangun tegak. Amiratul juga sudah mengenggam penumbuknya.

    "Kalau makcik nak cakap kami menumpang atau tak kenang budi kami dapat terima walaupun ini rumah kami sendiri. Kami tahu makcik tak sedar diri mak ik yang menumpang. Tapi.. Kalau makcik kata kami kurang ajar semak mak kami... Saya tak boleh terima... Makcik yang biadab.. Makcik ingat makcik siapa? Dah tua pun perangai macam ni? Kau memang mencari nahas...." Qyjam mengambil pasu di atas meja. Dia mencampakkan terus ke kaki Zuri. Zuri jatuh. Pasu yang dicampak sudah jatuh dan berkecai. Akibatnya kaki Zuri terkena serpihan kaca itu. Dia melolong.

     "Amiratul.. Tolong mama... Belasah Qyjam ni.." Zuri memanggil Amiratul. Amiratul bangun. Wajahnya tunduk. Dia menghampiri Zuri. Zuri yang ingat Amiratul ingin membantunya sudah tersenyum sinis kepada Qyjam. Qyjam jeling Amiratul geram.

    "Kurang ajarnya kau hina mak aku..." Amiratul berbisik di telinga Zuri. Membulat mat Zuri mendengar kata-kata itu. Amiratul senyum jahat. Dia mengambil serpihan kaca tersebut lalu dikelarnya leher perempuan itu. Akhirnya Zuri jatuh. Mati dalam tangan Amiratul. 

    Qyjam tergamam. Dia lihat wajah Amiratul yang sudah menangis teresak-esak. Amiratul sudah membunuh. Dia yakin. Amiratul tidak sengaja. Terketar-ketar tangannya. Dalam masa yang sama Miza menghampiri Qyjam. Dia menggenggam tangan dingin Qyjam yang turut sama mengalir air mata. Qyjam memeluk Miza. 

       "Kakak.. Miza takut..." Miza merengek dalam dakapan Qyjam. Qyjam tenung wajah gusar Miza sebelum beralih pandangan ke arah Amiratul. Ditariknya tangan Miza ke arah Amiratul. Setelah sampai di hadapan Amiratul, Qyjam berdiri kaku di hadapan Amiratul yang sudah terduduk menangis. Amiratul mengangkat muka memandang adik beradiknya. Qyjam senyum. Dia peluk Amiratul. Amiratul balas. Miza juga terus memeluk kakaknya yang amat dirindui. Tiga gadis itu menangis berpelukan. Kini tiada lag orang yang akan

                       -------------------------•••••••••-----------------------