Cerita ni bermula semasa aku dan keluarga menginap di sebuah hotel baget yang terletak di Johor. Hotel baget yang hanya semurah RM80 semalaman. Masa tu, tujuan kami datang ke Johor adalah untuk mengusahakan tanah yang baru bapa beli dekat kampung Gajah. Disebabkan tanah tu terletak di dalam kawasan hutan yang tidak mempunyai kemudahan yang diperlukan. Beberapa kali jugalah kami berulang alik menginap di hotel bajet itu dan di dalam kebun bapa. Nak di jadikan cerita, belakang hotel tu adalah sebuah pandai yang sangat sunyi. Ianya agak tersorok disebabkan kawasan hutan nipis yang menutupi pemandangan pantai tersebut.
"Petang ni.. Korang tidur dekat hotellah. Sebab papa rasa malam ni macam nak hujan je. Ayin tinggal dengan abah. Iffah, Aida dan Nisa ikut mama balik hotel." Arahan abah ku terima bulat-bulat. Malam tu, mama memandu kereta Exora itu keluar dari Kampung Gajah itu. Jarak antara hotel baget dan kebun papa dekat je. Tak sampai 5 km pon. Aku anak kedua, kakak aku Iffah dan adik aku Nisa. Kira aku ni anak tengah lah. Aku, kakak dan adik aku duduk berasingan. Iffah duduk di sebelah mama di bahagian sebelah pemandu. Nisa duduk dibahagian tengah. Terbongkang macam orang keletihan. Aku pula sedap lending kat bahagian belakang sekali. Aku nak main phone tapi tak ade line. Buang karen je.
"Esok aku nak pegi pantai lah. Korang nak ikut tak?" Nisa mula membuka ruang bual. Aku angkat bahu. Malas nak jawab. Bibir aku telah terlekat masa tu. Biar senyap sikit mulut aku yang suka celoteh ni.
Iffah turut senyap. Aku tahu dia tengah penat. Yelah, demi mendapatkan upah yang banyak dari papa, dia sanggup tanam banyak anak pokok. Aku pulak? Jangan haraplah. Bagi emas pun belum tentu aku buat. Soalan Nisa dibiarkan sepi. Kesian. Aku letawa kecil dalam hati. "Okey tak dilayan." Nisa bersuara hambar. Aku, Iffah dan mama ketawa.
"Pergi jelah sorang-sorang." Kata ku sambil memejam kan mata. Baru je aku pejam mata, kereta mama elok berhenti membuatkan aku mendengus lemah. Dah sampai.
"Tak nak lah..." Nisa membuka pintu kereta malas. Iffah turut membuka pintu. Aku yang berada di bahagian belakang sekali ni mulalah terkial-kial nak panjat seat depan untuk keluar. Maklumlah bahagian belakang sekali mana ada pintu. Dah lah pintu tu terbiar terbukak macam tu. Nisa punya pasallah ni tak nak tutup. Aku membebel di dalam hati.
Keluar je dari kereta aku terus pecut masuk hotel tu. Hotel tu macam rumah sewa yang je. Satu tingkat dan sempit. Aku panggil hotel sebab kat depan tu ade 'sembot' yang tulis Hotel. Masuk-masuk aku nampak Iffah dengan Nisa dah terbongkar, tertiarap atas katil. Mama pula sibuk buat air Mineral Coffe yang pahit nak mati tu. Tak tahulah macam mana mama telah air tu. Aku menolak ganas Nisa di atas katil menyuruhnya agar ke tepi sedikit. Nisa mendengus.
"Tepi skit lah Nisa." Gertak ku apabila melihat Nisa yang masih degil tak berganjak. Nisa melawan menolak tubuh kecil ku pula.
"Blah lah Aida!!" Marah Nisa. Aku pukul lengan Nisa sebelum bangun dari katil dengan muka selamba. Aku buka tv, duduk di lantai berhadapan tv. Ku capai air kotak yang masih belum dibuka dan jajan chipster yang berada di atas meja berdekatan ku. Ralit mataku melihat setiap aksi-aksi dalam drama melayu itu. Entah apa ceritanya pun aku tak paham.
"Eh, korang ni senang hidup lending mending ni! Dah solat belum?" Tanya mama bercekak pinggang. Aku pandang wajah mama sekilas kemudian meneruskan tontonan. Iffah sudah pun turun dari katil menuju ke tandas untuk mengambil wudu'. Nisa pula sedang menunggu turn di tepi tandas. Macam mak jaga aje aku tengok perempuan tu. Dngan rambut layer ape tah die tu.
"Aida, mama suruh buat apa tadi? Tak dengar ke? Pergi ambil wudu' sekarang!!" Mama tajam memandang ku. Aku dengan semalas-malasnya bangu dari sila. Kemudian berjalan ke arah kerusi dan duduk sambil mana ku tetap tergam pada kaca tv itu. Mama sudah berapi.
"Aida, mama..."
"Ye mama. Aida tengah tunggu turn ambil wudu' ni. Sambil-sambil tu tengok lah cite ni.." Balas ku memotong kata mama. Mama bungkam.
"Halah.. Lantak kau lah Aida. Mama tahu nanti kau dah solat." Mama pergi meninggalkan pandangan tajamnya pada aku. Aku menghela nafas lega. Usai sahaja Nisa mengambil wudu' aku terus mengambil alih ruang tandas. Mengambil wudu' sehingga lencun baju.
"Kau mandi ke ape Aida?" Iffah sinis bertanya aku. Aku buat dono soalan Iffah. Tanya soalan bangang ape tu?
"Key tak layan.." Seperti biasa ayat yang dikeluarkan adik beradik aku memang selalunya serupa lagi sejibik. Aku pandang Iffah dengan muka toya. Aku mula mencapai telekung daripada Nisa dengan kasarlalu menyarungkannya ke tubuh ku.
"Ee.. Main rampas je.." Bentak Nisa. Aku senyum tunjuk gigi.
"Kesah?" Terus aje aku membaca niat dan bersolat isya'. Usai menunaikan solat, aku kembali bersila di hadapan tv. Bosan rasanya tiada internet. Lagi-lagi manusia yang gila internet macam aku ni memang boleh jadi orang tak waras. Orang arab kata, Majnun. Elok-elok ade cerita Lalila majnun tiba-tiba tukar tajuk jadi Aida majnun. Gempak beb.
"Dah lah tu tengok tv. Pergi tido.." Iffah sudah membebel pada aku. Dia yang hendak tidur terganggu konstrantasinya disebabkan bunyi bising tv tersebut. Aku akur. Mencapai remote lalu mematikan tv. Aku menarik selimut sebelum baring disebelah mama. Tanpa membaca doa, aku terus terlelap tanpa sebarang ulitan mimpi indah.
//@\\
//Esoknya\\
Aku orang terakhir yang bangun pada pagi itu. Bila aku bangun ke, aku nampak jam dinding sangat hampir dengan muka aku. Jarum jam tu menunjukkan pukul 1.40 tengahari. Bunyi jarum saat jam tu pula.. TIKTOK TIKTOK aje.. Terperanjat aku bila perasan seekor lembaga berambut serabai sedang memegang jam itu betul-betul dihadapan muka aku. Menjerit aku sampai terguling-guling ke seleah kiri. Terdengar kekekan ketawa Nisa dan Iffah yang kuat menghuru harakan suasana.
Rupanya, ternyata lembaga berambut serabut macam akar serabut itu ialah Iffah. Dah tahu dah. Pura-pura jea. Aku kelentong diri sendiri. EcewaHh.. Dah pandai ehh. Bengang aje aku tengok Nisa yang dah terjatuh ke lantai sambil memegang perut. Lawak sangat ke ngek?
"Tak lawak ok.." Marah aku. Aku mengambil jam dari tangan Iffah dan berura ura untuk memukulnya.
"Lex ahh Aida.. Awal lagi ni.. Napa bangun? Baru pukul 1 kot. Alang-alang tu bangunlah pukul 12 nanti." Perli Iffah diiringi gelak tawa Nisa yang jengkel. Aku memandang slek ke dua ekor langsuir itu. Gelak cam ape..
"Diamlah. Mana makanan aku dah lapar ni?" Aku berjalan ke arah Nisa. Nisa memberi bungkusan makanan yang entah siapa-siapa yang beli pun aku tak kesah. Yang aku pasti, mama dah tak de dalam hotel baget ni.
Iffah gelak. "Bangun-bangun cari makan. Makanan habis. Hahahahahaha" Iffah buat lawak bodoh pulak pagi-pagi ni. Ada jugak yang makan kaki aku ni.
"Pagi-pagi gelak cam pontianak. Dapat makan kaki.. Hahahahahaha.." Aku pulak balas pantun Iffah dengan lawak bodoh yang aku rasa kelakar tu. Aku gelak. Iffah dan Nisa turut ketawa sekali.
"Gelakkan lawak sendiri. Apak haru kau.." Nisa sudah tertahan-tahan tawanya. Aku campak bantal ke muka Nisa. Tak kena. Ketawa Nisa terhambur lagi. Eee.. Geramnya.
"Diamlah." Aku balas bosan. Nasi depan mata aku buka. Terus aku makan nasi lemak telur mata itu tanpa membca doa.
"Nanti aku nak pegi jenguk pantai.." Aku mula buka cerita baru.
"Pegi ahh.. Aku tak nak ikut.. Kan Nisa.." Iffah sudah mula keluar ayat mengaki dia tu. Aku jeling Iffah sebelum menyambung makan. Iffah ketawa.
"Haah Aida. Pegi sorang-sorang. Semalam suruh aku pegi sorang-sorang. Berani le?" Perli Nisa pula.
"Aku on je. Aku tak penakut macam kau. Pergi tandas pun nak buka pintu seluas-luasnya. Macam nak suruh orang tengok apa yang kau nak buat." Aku balas perlian Nisa. Nisa mencampakkan bantal padaku. Tepat mengenai belakang kepala ku.
"Sakitlah ngok." Aku campak bantal balik. Tapi sayang seribu kali sayang lagi rasa nak gila. Terkena betis dia je. Haihh.. Apalah nasib. Baling pon tak kena. Nasib ayat aku selalu pedas. Adelah jugak senjata aku untuk mencucuk dua manusia ni.
"Iffah gelak. Nisa sudah terburai ketawanya. Kang aku doakan isi perut kau teburai pulak kang. Tekentut pulak. Aku menyudahkan suapan terakhir sebelum meneguk air mineral di dalam botol jenam crystal. Seterusnya mencuci tangan dan terus membersihkan diri.
"Bila nk g pantainye? Lepas ni papa dengan mama dtang dari kebun nak ambil kita dah tak sempat. Ke kau takut Aida?" Nisa memprovok ku. Hei budak ni.
"Nak pegi lah ni. Mana tudung aku?" Aku mencampakkan tuala basah ke muka Nisa. Kali ni terkena betul-betul ke wajah sucinya. Padan muka. Nasib tak lawak.
"Ishhh..." Marah Nisa. Dia campak tudung aku padaku pula. Aku menyambutnya dengan tangan terbuka.
"Pergilah.. Kitorang tengok dari sini je..." Kata Iffah sambil senyum tak lekang. Kuang ajar. Mesti nak pedajal aku ni. Tak apa. Jangan ingat aku takut. Huahahahahuhahahhuahha..
Aku buka pintu. Memakai selipar dan terus menuju ke belakang hotel tersebut. Aku lihat Nisa dan Iffah sengih-sengih dari tingkap hotel tersebut. Berjalan menyusuri tanah agak lapang yang berbatu tersebut, terus ke pintu besi dawai yang memisahkan antara kawasan hotel baget dan hutan kecil yang kemudiannya ke pantai. Aku telan liur. Alamak.. Kenapa ada pagar-pagar daai pulak ni. Cam seram cikit je. Fikir ku. Aku membuka sedikit laluan pintu dawai itu. Lalu menerobos keluar melalui pintu itu. Aku berpaling pada hotel semula. Kelihatan dua orang manusia itu sudah pandang sambil terkebil-kebil. Mungkin tak percaya aku sudah hampir berada di pantai. Aku sudah kembang. Berjalan tanpa fikir melintas sebuah jalan motor yang bersaing sekangkang kera itu, melalui denai-denai berumput separas beris yang dikira kanannya ditutupi dengan hutan nipis yang gelap dan terus menuju ke pantai.
Kawasan pantai agak lapang dan sangat sunyi. Terdapat beberapa orang kanak-kanak sedang bermain pasir. Seorang dewasa sedang berendam dan dua orang wanita sedang berdiri tercongok. Aku senyum melihat keindahan pantai itu. Sangat sunyi. Hanya da satu keluarga itu sahaja. Terdapat sebuah papan tanda yang bertulis dengan spray. 'Pantai Tuan'. Pelik namanya. Membuatkan bulu roma aku meremang. Seketika aku rasa tidak sedap hati. Rasa takut sedikit demi sedikit menyelinap ke benak. Tiba-tiba aku lihat dua orang budak yang bermain pasir itu tiba-tiba berhenti. Kaku. Lelaki yang sedang berendam itu juga sama. Dua wanita yang tercongok juga kaku. Tiba-tiba tanpa ku duga, kelima-lima manusia yang tidak ku kenali itu berdiri dengan serentaknya. Mereka seperti orang yang dipukau berjalan tanpa pandang kiri kanan. Tiada apa-apa riak pada wajah mereka. Mereka berjalan mendekati satu sama lain. Seterusnya membentuk satu barisan panjang. Mereka menghadap laut. Langkah mereka diatur seiring sejalan seram setapak demi setapak memasuki kawasan air itu. Aku cuak. Pelik dengan keadaan spektikal itu. Mereka seperti... Sedang melakukan sesuatu seperti.. Membunuh diri beramai-ramai. Macam dipukau. Kemudian..... Bunuh diri..
Aku memegang bahu yang tiba-tiba rasa sejuk. Meremang bulu roma. Aku berpatah balik ke arah hotel. Langkah ku cepatkan. Aku tak boleh lari. Sebab aku rasa sangat takut. Aku takut terjatuh. Dn aku takut sesuatu yang lebih pelik akan terjadi kalau aku lari. Macam ade orang ekori atau kaki tersadung sesuatu. Aku mempercepatkan langkah menuju ke pintu pagar besi dawai itu. Sampai je di hadapan pintu dawai itu, aku berpaling semula ke arah pantai. Aku lihat keluarga tersebut sudah sampai ke dalam air hampir separas bahu. Tanpa ku sangka, mereka berpaling pada ku. Wajah mereka menunjukkan ekperisi takut dengan mata putih tanpa sebarang tompokan hitam. Aku terkejut. Menggeletar satu tubuh ku. Aku sedar mereka bukan manusia. Mereka berjalan lagi. Wajah mereka sudah memandang semula ke pantai. Tiba-tiba sahaja mereka lenyap. Hilang tanpa jejak. Aku takut. Air mata mula meleleh membasahi pipi. Pantai Tuan. Itulah tempatnya. Kali pertama dan seumur hidup aku nampak benda yang tak pernah aku terfikir akan nampak benda macam.... Roh.
Aku segera memasuki kawasan pagar. Berdiri kaku sambil mengesat air mata. Pagar sudah ku tutup rapat. Tiba-tiba aku rasa bahu ku digoncang. "Aida.. Aidaaaa.." Jerit Iffah dan Nisa bersilih ganti mengoyang bahu ku dengan kuat. Aku tersentap. Kepala ku bagai melayang-layang. Aku macam tersedar dari mimpi. Tapi aku yakin. Itu betul. Aku pergi ke pantai tu. Aku rasa kedinginan air laut. Dan aku rasa macam mana kaki aku terlekat dengan pasir pantai yang tidak menyelesakan kaki tu. Aku pelik. Aida dan Iffah menarik ku semula ke hotel.
"Kau kenapa tadi termenung je? Nampak sesuatu ke? Sampai menangis-nangis bagai? Cuak kitorang." Nisa mula bertanya macam-macam. Aku pelik. Berdiri kaku? Termenung? Apa ni? Kan aku berjalan ke pantai. Mana ade aku berdiri je dkat situ. Peliknya Nisa ni. Aku tak ada mood nak jawab soalan Nisa. Aku ingat dia bergurau.
"Kan aku kata, kau mesti tak beranipunya pergi pantai tu?" Iffah mengalih topik dengan nada gurau. Dia lihat kerunsingan pada wajah ku. Aku tersentak.
"Ape yang korang cakap ni? Aku kan dah lepas dari pagar tu. Dah jejak pun kaki dekat pantai tu. Tengok kaki aku ni basah. Berpasir pulak tu. Korang ni merepeklah.." Aku gelak kecil. Gelak hambar sebenarnya. Untuk tutup kegelisahan pada hati. Dorang pandang kaki aku yang basah dan berpasir. Mereka saling berpandangan. Menunjukkan iak terkejut.
"Ya allah Aida. Kau memang tadi terconggok dekat sini. Menangis tak tentu pasal. Mana pergi mana-mana. Kau macam tengah termenung. Mula-mula kau senyum, lepas tu muka kau bertukar sikit, lepastu jadi gelisah, pastu tetiba menggigil takut and then nangis. Kau tengah igt ape?"Iffah mula bersyak wasangka dengan aku. Aku kelu. Meraup wajah dengan gelisah sebelum menceritakan apa yang terjadi dari A hingga Z. Ternyata mereka sangat terkejut.
"Pantai Tuan? Macam pernah dengar." Iffah tiba-tiba sahaja menyebut nama pantai itu. Dia terkejut lalu tiba-tiba bangun menuju ke katil mengeluarkan satu naskhah surat khabar yang dah lama di bawah tilam. Iffah membaca sekilas muka hadapan surat khabar dengan riak terkejut. Dia segera mendapatkan aku dan Nisa sebelum menghulurkan surat khabar itu kepada ku. Aku membaca muka depannya.
TRAGEDI PANTAI TUAN
Johor, Ahad, 15.3.2001- Kejadian tsunami kecil yang menimpa sebuah keluarga di Pantai Tuan, Johor telah menyebabkan keenam-enam mangsa yang sedang berkelah hilang dalam kejadian tersebut. Namun, mayat mangsa-mangsa tersebut dijumpai pada hari Selasa lalu (14.3.2001) di Selatan kawasan persisiran Pantai Tuan. Menurut saksi, mereka (mangsa-mangsa) sudah diberi amaran oleh penduduk setempat bahawa angin monsun dari laut akan tiba menyebabkan kebarangkalian untuk berlakunya tsunami adalah tinggi. Malangnya amaran daripada penduduk setempat tidak langsung diendahkan malah mereka menyindir dan menidakkan amaran penduduk setempat tersebut. Pada sekitar berlakunya tsunami kecil tersebut, ramai diantara penduduk setempat yang berjaya melarikan diri. Malang kepada keluarga tersebut apabila mereka tidak berjaya menyelamatkan diri daripada tsunami kecil itu menyebabkan kematian. Ketua unit balai polis daerah mengeluarkan arahan pada Rabu lepas supaya penduduk setempat tidak mengunjungi kawasan Pantai Tuan buat sementara waktu bagi memastikan keselamatan diri.
Usai membaca petikan tersebut, aku menjeling ke arah pantai Tuan dengan gentar di dada. Sunggu aku takut. Aku genggam tangan Iffah dan Nisa mencari kekuatan. Kami saling berpelukan sebelum terdengar bunyi deruman enjin kereta Exora milik papa. Seketika kemudian satu terjahan daripintu pula kedengaran. "Helloo..."
//@\\
Itulah kejadian yang paling tak dapat aku lupakan sekali. Sampai sekarang, Pantai Tuan akan jadi satu memori pahit untuk aku. Lepas je aku balik, aku terus search dekat internet pasal Pantai Tuan. Rupanya pantai tu sebenarnya tempat yang cantik pada asalnya. Tapi terbiar sebab ramai orang yang pernah nampak kelibat keluarga itu. Sebab tulah sekarang ni kawasan Pantai Tuan tu dikelilingi dengan pokok-pokok tebal. Bila aku cerita benda ni dekat papa dan mama dorang tak percaya. Dorang kata aku buat cerita. Yalah kadang-kadang aku ni memang suka buat cerita. Tapi pasal cerita ni aku tak bohong. Semuanya adalah memori aku di PANTAI TUAN.